in

Subhanallah. Saintis Temui TASIK AIS Di Planet Marikh. Mungkinkah Ada Hidupan ?

Jom Baca Penemuan Mereka Ketika Kajian Dibuat

Subhanallah. Saintis Temui TASIK AIS Di Planet Marikh. Mungkinkah Ada Hidupan ? | Pada Mei 2008, iaitu 5 tahun yang lalu, saintis dari European Space Agency (ESA) telah menemui sesuatu yang luar biasa pada permukaan Planet Marikh iaitu sebuah tasik ais !!!

Penemuan ini merupakan satu keajaiban dan akan bermulanya beberapa episod penjelajahan susulan. Namun, tasik itu masih tidak dinamakan lagi.

Berdasarkan prinsip sains, “when there is water, there is life” atau dalam bahasa Melayunya, di mana ada air, di situ ada kehidupan.

Penemuan ini sangat ditunggu ramai dan berkemungkinan besar ada kemungkinan tak lama lagi kita dapat kenali kehidupan yang ada di Planet Marikh (mungkin dalam bentuk mikroorganisma atau sebagainya).

Tasik ais itu terletak di Vastitas Borealis, sebuah kawasan rata yang merangkumi kawasan sebelah utara Planet Marikh.

Kawasan tasik itu berukuran lebar lebih kurang 35km dan mempunyai kedalaman maksimum 2km. Gambar tasik ais telah diambil oleh High Resolution Stereo Camera dari ESA Mars Express.

Kajian terkini saintis membuktikan yang tasik ais tersebut wujud sepanjang tahun dan bukanlah ketika sesebuah musim sahaja. Ini dibuktikan dengan bacaan suhu dan tekanan yang stabil sekitar kawasan tasik itu ditemui.

Adalah sesuatu yang mustahil ais tersebut boleh berubah bentuk dan menguwap ke udara.

Saintis juga memberitahu wartawan yang lapisan ais tersebut bukanlah karbon dioksida yang mengeras kerana ais seperti ini sudah pun pupus jutaan tahun dahulu dari Planet Marikh.

Sumber : ESA/DLR/FU Berlin (G. Neukum) – Khalifah Mail Online

Comments

One Ping

  1. Pingback:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Umur 10 Tahun, Mak Buat Aku Macam MAID Kat Rumah. Selepas 15 Tahun Baru Tau Puncanya..

Subhanallah. 12 Gambar Pulau TIANG Di Scotland. No #7 Buat Ramai TAK CAYA