Kakak Berkorban Untuk Adik Leukemia. Komen Suaminya Buat Ramai TERHARU. Allahuakbar. | Khalifah Mail Online – Seorang kakak tekad berkorban menjalani keperitan prosedur stem cell untuk membantu adiknya yang mengidap leukemia. Apa yang mengejutkan adalah komen suaminya buat ramai lebih terharu. Inspirasi. Jom baca dan kongsikan. Semoga mereka ini beroleh pahala dan rahmat Allah. Aamin.
PENGORBANAN KAKAK
BUKAN mudah untuk melakukannya, namun mengenangkan adik yang menghidap penyakit leukemia, seorang kakak sanggup melakukan apa sahaja buat darah dagingnya.
Hatta nyawa menjadi galang gantinya, apa sahaja sanggup dilakukan, itulah kasih sayang Salmah Yaakob yang saban masa sanggup ‘menyalurkan’ sel stemnya buat adik tersayang, Muhamad Fauzi.
Kisah pengorbanan penuh kasih sayang ini dikongsi oleh suami Salmah, Zaiham Mohd Kahar yang saban masa sanggup menemani isteri untuk ‘menyumbang’ buat Muhamad Fauzi.
“Hari ini 20 November 2017 (Isnin), awal-awal pagi lagi abam bawa isteri Salmah Yaakob ke ‘Blood Bank’ PPUM untuk teruskan prosedur ‘derma Organ’ iaitu sel stem yang telah di ‘harvest’ dalam darahnya.
PROSES YANG RUMIT DAN MENYAKITKAN
“Proses untuk ‘harvest stemcell’ pun ambil masa empat hari mulai Khamis lalu, setiap hari dua kali 9.30 pagi dan 9.30 malam perlu disuntik ubat khas yang dibekalkan oleh PPUM.
“Ada kalanya di bahagian tangan ada masanya di bahagian perut. Suntikan khas ini memberi sedikit kesan sampingan kepada orang rumah, seperti demam, pening kepala, sudah nak tidur, sakit di bahagian belakang macam orang mengandung (doktor pakar kata itu adalah perkara biasa yang berlaku),” kongsinya di Facebook.
Tuturnya, “proses pagi ini pun abang tengok agak rumit sikit, sebab isteri memang ada sedikit masalah kalau nak cari urat dia.”
Katanya lagi, buat masa ini isterinya dah macam robocop tangan kiri dan kanan ada jarum. Jadi dia berharap proses ambil darah dari tangan berjaya.
“Jika tidak mungkin akan di buat di bahagian ‘lain’. Jika semua ok akan ambil masa lebih kurang empat jam…tadi mula jam 10.30 pagi,” katanya.
KOMEN SUAMI
Namun, katanya ,sebagai suami dan abang ipar, dia faham ini adalah misi kakaknya untuk membantu adiknya Muhamad Fauzi, baru 37, tahun yang kini mengalami leukemia semenjak April 2017.
“Bagaimana keadaan dia sekarang, abam tak cakap apa apa…berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul,” kongsinya.
Mengimbau semula perkara itu, Zaiham berkata, pada awalnya memang dia tak nak isterinya untuk melalui semua perkara ini (saya ada alasan sendiri kenapa).
“Namun setelah doktor panggil abam bagi penerangan kenapa perlu melalui semua proses ini, jadi oklah, saya benar-benar faham dan isteri abam adalah satu-satunya di kalangan adik beradik mereka yang 100 peratus ‘match’ kesesuaian darahnya untuk proses ini walaupun jenis darah mereka berbeza,” katanya lagi.
Katanya, “doktor kata ini ‘miracle’, ‘entahlah abam pun tak tanya detail kenapa miracle”.
“Bagi proses pemindahan stemcell ini yang penting adalah keadaan penerimanya nanti.Jadi, abam doakan semoga ‘stemcell’ dari kakaknya ini nanti insya-ALLAH boleh memberi sinar baharu kepada adiknya,” kongsinya lagi.
Sumber: Sinar Harian
Pingback:Kakak Berkorban Untuk Adik Leukemia. Komen Suaminya Buat Ramai TERHARU. Allahuakbar. – Kabarviral.me