in

Mulanya Kena Reject Masuk Polis. Lepas Buat “SESUATU” Akhirnya Alhamdulillah Diterima

Dah Tertulis Rezeki Dia Dapat Tawaran Macam Tu. Alhamdulillah.

Mulanya Kena Reject Masuk Polis. Lepas Buat “SESUATU” Akhirnya Alhamdulillah Diterima | Khalifah Mail Online – Salam admin. Terima kasih kerana luluskan cerita saya ni. Actually saya ada cerita menarik nak dikongsikan ni. Mungkin ada kata rezeki, ada kata dah takdirnya dan macam-macam la orang akan kata.

Saya nak kongsi ni sebab bila saya cerita kat orang lain ramai terkejut. Saya yakin cerita ni jugak buatkan para pengikut page Khalifah Media Networks yang ada dekat 1.6 juta likes mesti berminat gak. Semoga bermanfaat hendaknya ye.

DARI KECIL CITA-CITA NAK JADI POLIS

Saya ni seorang wanita. Sekarang umur 24 tahun. Dari kecik lagi teringin nak jadi polis. Betul. Sebab ayah pun ex-polis. Bila tengok ayah pi kerja, macam cool je. Dapat tolong orang. Ada pistol hihi. Jadi teringin la nak jadi polis ni. Memang dari kecik lagi saya ni sukakan aktiviti lasak. Di kala kawan-kawan perempuan lain join PBSM atau Puteri Islam, saya pulak join Pengakap. Aktiviti paling syok adalah camping dalam hutan.

Gambar Hiasan

Tapi bila dah masuk sekolah menengah, mata saya mula jadi kabur-kabur. Ingatkan apa, lepas jumpa doktor, rupanya mata dah rabun. Aduhai. Power mata dekat 300+ dah. Habis terbantut semua aktiviti lasak dan kena slow down. Payah kot bila pakai spek ni. Lepas PMR, alhamdulillah dapat masuk MRSM. Time tu power dah dekat 600.

Jadi minah study la gamaknya huhu. Tapi satu je nak bagitau, walau bertahun telah pun berlalu, di saat ramai yang dah pun bertukar mimpi lalu, cita-cita saya masih tetap mahu jadi polis. Jadi lepas abis je tamat pelajaran ijazah di universiti tempatan dalam bidang Sains Kimia, kebetulan ada nampak iklan jawatan kosong kadet inspektor, saya terus buat permohonan.

GAGAL UJIAN PENGLIHATAN

Ini lah masanya untuk mengejar cita-cita sebenar kan. Alhamdulillah semua ujian saringan berjaya dilalui dengan cemerlang. Lepas dua minggu. Bad news. Berita buruk. Permohonan saya untuk jadi polis ditolak. Sebabnya ? Walau cemerlang dalam semua ujian, tapi saya gagal dalam ujian peglihatan. Allahu.

Tapi masih ada peluang kedua untuk ambil kembali ujian penglihatan tu. Tapi mata dah rabun nak buat camna. Bila periksa power terkini pun dah dekat 700+. Waktu tu memang saya betul-betul buntu. Tak tahu nak buat apa. Dalam hati dah mula berbisik bukan-bukan. Kononnya memang dah bukan rezeki nak jadi polis.

AMAL SOLAT DHUHA DAN SURAH AL WAQIAH

Ada satu hari tu, saya terlihat di TV seorang ustaz bercerita tentang kelebihan solat Dhuha dan bacaan surah Al Waqiah. Betul gak kan. Mungkin Allah nak ilhamkan saya sesuatu. Saya pun amalkan selama 3 hari. Mana tau ada rezeki yang tak tersangka kan. Contohnya, tiba-tiba ada “orang dalam” bagi masuk jadi polis ke kan. Hehehe jahat tak fikiran saya waktu tu.

Alhamdulillah hari ketiga lepas buat amalan-amalan tu, ada seorang kawan baik di MRSM dulu ajak keluar bergosip minum kopi. Saya ON je. Bila jumpa dia, saya macam tak kenal. Ikutkan tak sampai 5 tahun pun tak berjumpa. Dia betul-betul dah berubah. Ye lah, dulu dia geng sama dengan saya pakai spek, tapi sekarang tak pakai spek. Maybe pakai contact lens kot. Kan biasa je pakai contact lens memang amalan wanita zaman kini hehe.

Tapi saya beranikan tanya, “Farah, hang pakai contact lens ye? Cantik la” .. Farah jawab tak. Saya terus tergamam sat. Abis tu apa dia kan. Dia bagitau dia baru je buat rawatan LASIK untuk rawat rabun jauh di Klinik Pakar Mata dan LASIK Abdul Razak di Sungai Petani. Baru 6 bulan. Saya pulak terus telan air liur dan mula bertubi-tubi melayangkan pertanyaan demi pertanyaan. Dipendekkan cerita, saya kena belanja dia minum air kopi “Bintang Duit” la petang tu. Huhu terbakor duit.

JALANI RAWATAN LASIK

Alhamdulillah itu lah kisah saya 5 bulan yang lalu. Kini saya sedang menjalani akademi latihan polis di Cheras. Berkat bantuan dan rekomendasi dari Farah, tak lama lepas sesi mengopi, saya telah jalani rawatan rabun mata LASIK (pinjam duit mak ayah huhu) dan alhamdulillah lepas seminggu saya boleh nampak seperti orang lain yang normal tanpa spek mata. Selang dua minggu kemudian, saya jalani kembali ujian penglihatan untuk kemasukkan polis baru dan lulus.

Saya cuma nak nasihatkan kepada adik-adik di luar sana, di mana ada kemahuan di situ insyaAllah ada jalan. Jangan putus asa. Setiap masalah ada penyelesaiannya. Tinggal kita nak cari atau tidak je. Semoga kisah saya ni boleh la dijadikan inspirasi kepada yang ada masalah macam saya. Nak jadi askar ke, polis ke, pilot ke kan. Dan jangan lupa doakan saya dipermudahkan urusan dalam alam perkerjaan yang bakal saya lalui ni ye. Aamin.

Sekarang harga untuk rawatan LASIK untuk kedua-dua belah mata adalah RM5,500 sahaja. Tapi kalau betul-betul berminat boleh hubungi FB Pusat Pakar Mata Dan LASIK Abdul Razak untuk dapatkan harga diskaun. Boleh call 04-440 4368 / 012-435 8181 / 013-432 1786 untuk temujanji atau pertanyaan.




Comments

One Ping

  1. Pingback:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Lelaki Tidur Setiap Malam Dengan Seorang Wanita. Lepas 7 Tahun Baru Tau Wanita Tu Rupanya Adalah…

Azan Tiba2 Dilaungkan Ketika Kebumi Jenazah. Bila Tanya Ustaz, Ini Jawapan Yang MENGEJUTKAN