in

Misteri Ular Bidar Yang Mendiami Tasik Kenyir Igauan NGERI Pemancing. Ada Video.

Sulur Bidar Ni Katanya Penunggu Tasik Kenyir. Wallahualam. Hanya Allah Sahaja Yang Benar-Benar Tau. Subhanallah.

Misteri Ular Bidar Yang Mendiami Tasik Kenyir Igauan NGERI Pemancing. Ada Video. | Bagi yang gila mancing, nama ular bidar, atau sulur bidar sangat digeruni. Makhluk ni boleh telan beberapa pokok besar sekelip mata. Lepas banyak khabar angin, akhirnya seorang pemancing berjaya merakam gerangan makhluk sulur bidar ini. Ada video dan gambar2. MasyaAllah.

SULUR BIDAR MAKHLUK MISTERI MENDIAMI TASIK KENYIR

Video sulur bidar telan pokok ada di bawah sekali. Sulur Bidar merupakan makhluk misteri yang popular diceritakan oleh kaki pancing dan orang-orang lama. Sulur Bidar ni dikatakan ditemui di sekitar tasik dan sungai besar seluruh Malaysia antaranya Tasik Kenyir, Tasik Banding Royal Belum, Tasik Chini dan Sungai Pahang.

Tasik Kenyir contohnya, Sulur Bidar sering dikatakan akan muncul semasa musim hujan. Nama lain Salur Bidar turut dikenali sebagai Hantu Balung Bidai. Menurut cerita orang-orang di sekitar tasik Sulur Bidar mempunyai bentuk fizikal yang aneh iaitu berbentuk sehelai permaidani atau tikar putih.

Selain itu terdapat empat kepala di setiap penjuru. Sulur Bidar dikatakan akan menggulung mangsa lalu menariknya ke dalam air selama beberapa hari.

Kedatangannya dapat dikesan melalui buih-buih atau pusaran yang muncul secara tiba-tiba bersama dengan daun-daun yang berada di dasar tasik timbul di permukaan air. Daun-daun yang timbul tadi apabila diambil ianya kering walaupun muncul dari dasar tasik seolah-olah ada “sesuatu” yang telah memerah atau mengeringkan daun tersebut.

Menurut orang-orang tua daun yang timbul tadi boleh dibakar walaupun ia dari dasar tasik. Sekiranya tanda-tanda tersebut telah muncul anda disarankan melaungkan azan dengan kuat untuk menghindarkan diri dari makhluk tersebut.

Terdapat cerita mengenai seorang pemancing yang terserempak Sulur Bidar lalu cuba membaling mata kail ke arahnya namun ia menembusi badan makhluk tersebut. Kebenaran makhluk ini belum dapat dibuktikan secara saintifik walaupun ada yang mendakwa pernah menangkap gambarnya.

Sulur Bidar mempunyai pelbagai versi, penemuan serta pandangan yang berbeza. Di bawah ini beberapa versi yang akan diketengahkan.

1. Sulur Bidar dikatakan berbentuk tikar putih, mempunyai kepala seakan-akan labi-labi di setiap penjuru dan mempunyai kaki kecil seperti ulat gonggok yang banyak di sekelilingnya.

2. Ada sesetengah berpendapat Sulur Bidar merupakan haiwan seperti ular besar pelik yang menjalar di atas air dan ada juga mengatakan ia mempunyai kepala yang bulat serta rambut dipenuhi ular berbisa.

3. Sulur Bidar dikatakan adalah seekor ular besar (Ular Bidang) yang berbentuk leper seperti permaidani yang berukuran 4 meter x 4 meter.

4. Sulur Bidar yang ditemui Red Indian kelihatan seperti minyak beku terapung di permukaan air yang dapat melemaskan mangsa serta mampu memasuki lubang bot untuk menangkap mangsa.

5. Sulur Bidar merupakan makhluk halus dalam kepercayaan orang Melayu. Kemungkinan ia terdiri daripada jin atau syaitan yang suka mengganggu manusia. Ia juga dikatakan semangat jahat yang tinggal di dalam air. Ia menyerupai tikar mengkuang yang hanyut dan akan menggulung serta melemaskan mangsanya.

Maka secara ringkasnya Sulur Bidar merupakan makhluk sangat misteri yang belum lagi menemui jawapannya. Begitu banyak pendapat, pandangan dan penemuan namun sehingga kini soalan yang belum lagi terjawab iaitu apakah sebenarnya Sulur Bidar? Sila SHARE artikel ni supaya lebih ramai lagi pemancing tau tentang makhluk misteri ni. (Sumber: Khalifah Mail Online)

Video Sulur Bidar Telan Beberapa Pokok Besar Sekelip Mata

Comments

One Ping

  1. Pingback:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Bunyi SERAM Dari Langit. Kemudian SESUATU Jatuh Dari Langit Buat Penduduk CUAK

Naga Ditemui

Pelancong Kaget Bila Terlihat Naga Terbang Di China. Hasil Siasatan Buat Ramai Tak Sangka