in

SUBHANALLAH. Remaja 19 Tahun Pilih Jalan Kaki Ke Mekah. Laporan PENUH.

Semoga Adik Ni Selamat Pergi Dan Pulang. Bukan Selalu Jumpa Anak Muda Yang Bersemangat Waja Macam Ni.

SUBHANALLAH. Remaja 19 Tahun Pilih Jalan Kaki Ke Mekah. Laporan PENUH. | Buktikan dia bukan gila. Seorang remaja Malaysia berusia 19 tahun teringin sangat nak ke Mekah dan tekad untuk pilih jalan kaki untuk ke Tanah Suci Umat Islam tersebut. Mengejutkan. Ikuti laporan penuhnya. #inspirasi

REMAJA 19 TAHUN TEKAD JALAN KAKI KE MEKAH

Malaysia harus berbangga kerana telah mempunyai rakyat Malaysia yang menyahut cabaran melakukan misi konvoi ke Mekah menggunakan motosikal dan kereta.

Namun, bagi seorang remaja, Muhammad Yusuf Abdullah, 19, telah menyahut cabaran melakukan misi berjalan solo ke Mekah, Arab Saudi yang telah memulakan perjalanan sejak lima hari lalu.

Remaja yang memulakan misi tersebut di Masjid Negara, Kuala Lumpur akan merentasi tujuh buah negara serta dijangka sampai ke Mekah pada Febuari tahun depan.

Muhammad Yusuf berkata, sebelum ini dia pernah melakukan misi sama ke seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak selama lima bulan yang baru sahaja berakhir pada Mei lalu.

“Selepas misi itu selesai, saya rasa tertarik untuk mencabar diri melakukan misi ke Tanah Suci Mekah dan hasrat itu akan akan sedaya upaya saya lunaskan.

“Saya ingin buktikan yang saya tidak ‘gila’. Saya ingin buktikan bahawa remaja seperti saya juga mampu melakukan cabaran yang ‘gila’ seperti ini,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di sini, kelmarin.

Dalam pada itu, Muhammad Yusuf mengakui sebelum ini ramai yang telah mengejeknya mengatakan dirinya kurang siuman hanya disebabkan misi tersebut dia tidak menghiraukan kata-kata itu.

jalan kaki ke mekah

“Saya yakin dengan niat yang betul, misi ini akan berjaya akhirnya. Saya tak peduli apa yang orang sekeliling kata tetapi saya hanya berserah kepada ALLAH untuk dipermudahkan perjalanan.

Sementara itu, beliau berkata berbekalkan RM2,000, dirinya akan meneruskan perjalanannya dari Pahang ke Terengganu sebelum singgah di Kota Bharu, Kelantan untuk mengambil kelengkapan ke luar negara dan kemudiannya memasuki Thailand.

Tambahnya, antara negara yang bakal dilalui adalah Thailand, Myanmar, Bangladesh, India, Pakistan, Iran dan Iraq.

“Misi ini juga akan menguji ketahanan fizikal dan mental berikutan menghadapi cuaca musim panas dan sejuk di beberapa negara yang akan saya lalui.

“Jika di negara Islam, saya akan tumpang berehat dan tidur di surau atau masjid namun jika di negara bukan Islam saya akan menggunakan khemah.

“Saya akan melakukan perjalanan pada waktu malam kerana malam tidak panas dan saya boleh berjalan dengan lebih lama berbanding siang. Siang saya akan guna untuk berehat,” katanya.

Beliau juga memohon agar rakyat Malaysia mendoakan kejayaan misinya ke Mekah dan dapat kembali ke tanah air dalam keadaan sihat. (Sumber: Sinar Harian)

LELAKI SEDIH JADI GAMBAR HIAS KOTAK ROKOK

Seorang lelaki di Jawa Barat menuntut penjelasan pemerintah apabila wajahnya digunakan sebagai gambar amaran merokok pada kotak rokok.

Dadang Mulya dari Desa Pancalang, berkata beliau kesal apabila gambarnya digunakan tanpa kebenaran oleh pihak berkuasa Indonesia dan perkara itu hanya disedarinya apabila ia mula tular di media sosial.

“Rakan-rakan dan orang kampung datang ke rumah memaklumkan perkara ini. Wajah saya dirakam pada 2012 ketika sedang menyaksikan perlawanan bola sepak.

“Namun, baru sekarang gambar saya muncul di beberapa kotak produk rokok terkenal,” katanya.

Susulan itu, Dadang telah membuat laporan polis kerana berasa malu dan terhina akibat perbuatan berkenaan.

Pada 2013, Presiden Indonesia menandatangani peraturan yang memerlukan kotak rokok menggunakan imej amaran dan bahayanya merokok serta mengharamkan penggunaan istilah ‘sederhana’ atau ‘ringan’ berhubung produk tembakau.

Ia bagaimanapun mendapat tentangan dari kumpulan peladang dan syarikat tembakau. – Sindonews via Sinar Harian

Loading...

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Kj mahathir parlimen

Kenyataan Terkini KJ Terhadap Tun Mahathir Buat Ramai Penyokong PH Berang. Ini Puncanya.

Penemuan Terkini Saintis Itali Di Planet Marikh Ni Buat Ramai Terpegun. SUBHANALLAH.