in

PRK Sg Kandis. Tindakan Berani Calon Lokman Adam Buat Ramai Penyokong PAS Resah.

Semoga Yang Paling Baik Untuk Malaysia Menang PRK Kali Ni. InsyaAllah Amin.

Lokman Adam PAS

PRK Sg Kandis. Tindakan Berani Calon Lokman Adam Buat Ramai Penyokong PAS Resah. | Mula-mula ramai pelik bila PAS tak hantar calon bertanding. Terkini pula tindakan berani calon Lokman Adam dari BN ni buat ramai penyokong PAS terus resah. Tak sangka.

LOKMAN ADAM AKAN BERJUMPA PIMPINAN PAS AJAK KEMPEN BERSAMA

Calon BN bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis, Datuk Lokman Noor Adam akan mengadakan perjumpaan dengan pemimpin PAS di kawasan berkenaan sebagai salah satu usahanya untuk mengajak parti itu bersama-sama BN mendekati pengundi Melayu.

Beliau berkata, perjumpaan itu berkemungkinan akan dilakukan pada minggu ini.

“Saya dah berhubung dengan rakan-rakan daripada PAS, kepimpinan Umno sendiri sedang mengadakan rundingan, ada kemungkinan kalau boleh kita nak jumpa dengan semua Ketua PAS cawangan di sini (Sungai Kandis) untuk berkempen bersama-sama.

“Tapi untuk beberapa hari terawal ini saya memfokuskan untuk berjumpa dengan pemimpin BN di sini (Sungai Kandis) terlebih dahulu, mungkin Rabu atau Khamis nanti baru saya akan pergi berjumpa pemimpin PAS,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Klang hari ini.

Undi pembangkang tak pecah

PAS sebelum ini memutuskan untuk memberi laluan kepada Umno bertanding satu lawan satu dengan PKR bagi memastikan undi pembangkang tidak berpecah.

PRK DUN Sungai Kandis ditetapkan pada 4 Ogos ini berikutan kematian penyandang kerusi itu, Mat Shuhaimi Shafiei akibat kanser limfoma pada 2 Julai lepas.

Lokman Noor ditentang calon PKR Mohd Zawawi Ahmad Mughni dan calon Bebas, K. Murthy.

Sementara itu Lokman Noor berkata, isu kesukaran mendapatkan lesen perniagaan menjadi antara fokusnya jika diberi mandat dalam PRK itu kelak.

“Semasa saya melakukan lawatan di pasar pagi di sini, ramai peniaga menyuarakan rasa tidak puas hati kerana sukar mendapatkan lesen perniagaan.

“Mereka juga mengadu bahawa terdapat ramai warga asing berniaga sehingga menjejaskan peluang rakyat tempatan. Kerajaan negeri perlu bertindak tegas bagi mengatasi masalah ini,” katanya. (Sumber: Malaysiakini)

PAS NAFI BERI PELUANG KEPADA UMNO

Keputusan PAS untuk tidak bertanding di PRK Sungai Kandis bukanlah kerana memberi laluan kepada Umno tetapi atas pertimbangan pelbagai faktor, kata pengarah pilihan raya pusat parti itu Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Beliau berkata PAS membuat kajian dan melihat maklumat terkini – termasuk kedudukan kewangan parti – sebelum membuat keputusan itu.

“Bukan (kerana) PAS beri laluan, bahasa itu kena jelas.

“Ia adalah keputusan PAS sendiri untuk tidak letak calon atas pelbagai faktor (dan) setelah dapatkan pandangan daripada rakan di Selangor.

“Maka kita buat keputusan untuk tidak bertanding,” katanya yang juga menteri besar Terengganu.

Beliau mengakui ada pihak yang melihat langkah itu sebagai memberi laluan kepada Umno tetapi menegaskan ia adalah tafsiran “pihak luar”.

Samsuri memberi penjelasan itu menerusi rakaman yang dimuat naik di laman Youtubenya semalam dan dikongsi di Facebooknya hari ini.

Sebelum ini Setiausaha Agung PAS Datuk takiyuddin Hassan juga mengatakan langkah PAS itu tidak bermakna partinya akan bekerjasama dengan Umno.

Beliau berkata keputusan itu atas pelbagai sebab – sama seperti keputusan untuk tidak bertanding di PRK sebelum ini, misalnya di DUN Batu Talam pada 2007.

Bagaimanapun Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan mengeluarkan kenyataan hari ini bahawa parti itu tidak mahu memecahkan undi agar Pakatan Harapan dapat ditewaskan.

Melaungkan slogan ‘Asal Bukan Pakatan Harapan – ABAH’, bekas anggota parlimen Temerloh itu berkata pengundi Sungai Kandis mempunyai “1,001 sebab” sebab untuk menolak HARAPAN.

Berhubung PRK Balakong pula, Samsuri berkata PAS masih belum membuat keputusan sama ada untuk meletakkan calon atau tidak.

“Kita akan berbincang dan akan dapatkan pandangan daripada bawah (termasuk) jentera pilihan raya PAS Selangor sebelum buat keputusan,” katanya. (Sumber: Malaysiakini)

Loading...

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Najib Sambut Hari Jadi Ke 65, Dua Hari Lebih Awal. Ini Puncanya.

Debat Zakir Dan Ramasamy. Ini Tindakan TEGAS Menteri Agama Buat Ramai Terkedu