in

Isu Najib. Kenyataan Terkini Lokman Adam Terhadap SPRM Buat Ramai Bengang

Semoga Allah Ampunkan Dosa Kita Semua. Amin.

Isu Najib. Kenyataan Terkini Lokman Adam Terhadap SPRM Buat Ramai Bengang | Terkini ahli Majlis Tertinggi Umno, Lokman adam memberi kenyataan berani yang mengejutkan terhadap SPRM buat ramai bengang. Tak sangka.

BUANG MASA SAMAN KP SPRM

Anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno Datuk Lokman Noor Adam berkata tindakan untuk menyaman Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Shukri Abdull hanyalah sesuatu yang membuang masa.

“Bazir masa saja saman orang macam ini.

“Sebab kita tahu kerajaan Malaysia hari ini mengamalkan undang-undang rimba, bukannya kedaulatan udang-undang,” kata Lokman ketika ditemui di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau antara sejumlah penyokong yang menunggu ketibaan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menandatangani dokumen yang perlu selepas pembayaran baki RM500,000 bayaran ikat jamin bagi empat tuduhan yang dihadapinya berkaitan bekas subsidiari 1MDB, SRC International Sdn Bhd.

Lokman mengulas kenyataan Shukri Sabtu lalu yang dilaporkan mengalu-alukan pihak yang tidak berpuas hati dengan siasatan SPRM berhubung perkara itu untuk membuat laporan polis atau saman sivil terhadapnya.

Sebelum ini, Lokman yang juga presiden NGO Pemantau Malaysia Baru membuat laporan polis terhadap Shukri kerana didakwa menipu dalam pendakwaan terhadap Najib.

Najib juga memfailkan saman terhadap Shukri, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Amar Singh dan Peguam Negara Tommy Thomas atas dakwaan bersikap prejudis terhadapnya dalam siasatan skandal 1MDB.

Lokman membidas Shukri kerana menurutnya menyalahgunakan kedudukan untuk membalas dendam terhadap keluarga Najib dengan membekukan akaun bank mereka.

Walaupun telah dinafikan SPRM, beliau bertegas bahawa antara yang terkesan dengan tindakan itu termasuk cucu Najib yang berusia 10 bulan serta anak Najib, Puteri Norlisa yang kini menjalani rawatan kanser tahap empat.

“Saya tak tuduh SPRM secara keseluruhan tetapi saya berani cakap tindakan itu dibuat oleh Shukri,” katanya lagi. (Sumber: Malaysiakini)

LIM KIT SIANG – PERTEMUAN ANAK NAJIB DENGAN ARTIS TAIWAN TIMBUL TANDA TANYA

Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang mempersoalkan motif di sebalik makan malam anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Mohd Nazifuddin di Taiwan, bersama Celia Zhang.

Kemaskini FB anak Najib yang secara tidak langsung mengesahkan perjumpaan dia dengan artis Taiwan

Pertemuan kedua-dua mereka itu, seperti yang dilaporkan oleh majalah Apple Daily di Taiwan, diadakan ketika Najib berdepan dengan empat pertuduhan berhubung isu skandal SRC International, minggu lalu.

Walaupun ramai yang mempertikaikan tindakan Nazifuddin yang didakwa meminum wain dan berhibur dengan pelakon Taiwan itu ketika bapa dan keluarganya cuba mengumpul wang bagi membayar ikat jamin bekas perdana menteri itu, Lim berkata soalan paling penting nampaknya tidak dijawap.

“Persoalannya apa tujuan Nazifuddin di Taiwan dan apa agenda seharinya itu – kerana tidak ramai yang percaya bahawa tujuan keseluruhan perjalanan sehari Nazifuddin ke Taiwan adalah semata-mata hanya untuk minum wain dan makanan bersama Celia.

“Hanya Nazifuddin boleh jawab soalan ini. Adakah dia akan menjawapnya? ” soal Lim dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, satu Tabung Solidariti Bebaskan Najib ditubuhkan berikutan tindakan pihak berkuasa membekukan akaun bank bekas perdana menteri itu dan keluarganya berkaitan siasatan berterusan ke atas 1MDB.

Najib pada 4 julai lalu memohon untuk dibicarakan terhadap tiga pertuduhan melakukan pecah amanah dan satu pertuduhan menyalahgunakan jawatannya berhubung dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM 42 juta.

Beliau kemudiannya dibebaskan dengan ikat jamin RM1juta.

Sejak berita pertemuan Nazifuddin dan Zhang didedahkan terdapat banyak laporan susulan, termasuk pelakon itu mendakwa dia membayar untuk makan malam mereka dan bahawa dia tidak tidur bersama anak lelaki bekas perdana menteri Malaysia itu. (Sumber: Malaysiakini)

Loading...

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Saddiq Kutip Sampah. Ini Respon BERANI Bekas MB Perak Buat Ramai Respek

Sedar Dari Pengsan, Ucapan Pertama Hanipa Maidin Buat Rakyat Terharu