in

Pasca Sidang Parlimen. Kenyataan Terkini Bung Ni Buat Rakyat Gelak TERSENYUM

Semoga BN Dan Harapan Sama-Sama Bantu Majukan Negara Dan Rakyat. Amin.

Pasca Sidang Parlimen. Kenyataan Terkini Bung Ni Buat Rakyat Gelak TERSENYUM | Bung muncul lagi. Selepas sidang parlimen, di depan wartawan, beliau memberi kenyataan berani yang buat rakyat gelak tersenyum. Tak sangka.

BN ADA RANCANGAN BESAR UNTUK BANTU KERAJAAN TUNAI MANIFESTA

BN mempunyai rancangan besar dalam membantu kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) memenuhi janji-janji manifestonya, kata Anggota Parlimen Kinabatangan Bung Moktar Radin.

Kata Bung Moktar, dia tahu beberapa janji dalam manifesto itu mustahil untuk dilakukan termasuklah menurunkan harga barang, menetapkan harga petrol kepada RM1.50 seliter, menetapkan gaji minimum RM1,500 dan menghapuskan tol.

Bagaimanapun, tambah Bung Moktar, memandangkan HARAPAN menang dalam pilihan raya umum (PRU) ke-14 melalui janji seumpama itu, BN akan memastikan mereka memenuhi janji berkenaan.

“Kita ada rancangan besar untuk membantu mereka menunaikan janji, kita akan pantau secara teliti. Sebagai anggota parlimen, saya akan pastikan perkara ini,” katanya tanpa mengulas lanjut ‘rancangan besar’ yang dimaksudkannya.

Selain itu, katanya, Umno akan menyuarakan kebimbangan rakyat termasuklah kontraktor projek yang terjejas dengan keputusan kerajaan baru.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini mengaku HARAPAN mungkin tidak dapat memenuhi 10 janji dalam tempoh 100 hari yang dinyatakan dalam manifesto mereka.

Dr Mahathir kemudian menyifatkan manifesto itu “bukan kitab suci” dan sebaliknya hanya “panduan” bagi HARAPAN.

Bulan lalu, Bung Moktar menggesa rakan-rakannya dalam Umno bangkit dan ” membuat sesuatu tuduhan tanpa rasa takut terhadap tindakan undang-undang.”

“Saya belum lagi bertindak agresif sebab saya akan tunggu sehingga pertengahan Ogos (untuk bertindak),” katanya kepada Malaysiakini minggu lalu sebagai merujuk tempoh 100 hari untuk HARAPAN menunaikan janji.

Jangan Gadai Maruah

Selain itu, Bung Moktar turut mengecam tiga anggota parlimen yang keluar Umno sebelum ini.

“Ketika kita dalam kerajaan, mereka sertai kami. Tapi kini tinggalkan kami, ini menunjukkan mereka hanya mahu kedudukan yang selesa. Jadi di mana maruah mereka?

“Mereka tak ada maruah. Politik bukan peluang untuk meraih apa-apa. Dalam hidup kita boleh gadai apa-apa sahaja tapi bukan maruah,” katanya.

Anggota parlimen yang keluar Umno adalah anggota Parlimen Bagan Serai Datuk Dr Noor Azmi Ghazali, Bukit Gantang Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal dan Masjid Tanah Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Selepas mengambil alih Putrajaya, kerajaan bar di bawah pentadbiran HARAPAN menyiasat skandal 1MDB dan skandal-skandal yang yang melibatkan pemimpin Umno yang sebelum ini berada di dalam kabinet.

Mengulas perkara itu, Bung Moktar mengakui ada beberapa “telur busuk” di kalangan pemimpin Umno.

“Umno parti besar dan kita tidak boleh kawal semua orang. Mungkin 100 atau 200 (pemimpin) daripada empat juta anggota hanya memikirkan kepentingan sendiri.

“Mereka ambil semuanya ketika menjadi pemimpin.

“Tapi tiada sesiapa yang boleh hentikan. Sudah tentu akan ada beberapa salah laku, jadi kerajaan sedang siasat.

“Kita juga bimbang, tapi apa boleh buat? Tidak kira berapa banyak pemimpin yang didapati melakukan penyelewengan, Umno perlu bergerak ke depan dengan pemimpin lain (yang bersih).

“Jika sesuatu terjadi kepada pemimpin hari ini, katakan 10, 20 atau 30 didapati bersalah, pemimpin baru perlu dilahirkan,” katanya yang menjelaskan ia akan menjadi proses yang panjang dan sukar. (Sumber: Malaysiakini)

WANITA PKR PERINGAT UNTUK JULANG DEMOKRASI WALAU ANWAR DICABAR

Wanita PKR menyambut baik hasrat Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding jawatan presiden dalam pemilihan parti, namun mengingatkan agar parti bersedia “menjulang prinsip demokrasi” sekiranya jawatan itu dicabar.

Jelas ketuanya, Zuraida Kamaruddin, PKR perlu menjuarai isu demokrasi yang diperjuangkan selama 20 tahun dan ia perlu bermula dari kalangan pemimpin parti itu sendiri.

“Peranan beliau (Anwar) dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selaku pencetus agenda perubahan hampir 20 tahun lalu tentulah tidak dapat disangkal mana-mana pihak.

“Pasca pilihan raya umum ke-14 menyaksikan PKR telah pun menjadi parti terbesar dalam kerajaan, ia juga membawa bersama perubahan dalam struktur kepimpinan parti serta dinamika yang berbeza dari sebelumnya.

“Dalam pada tawaran Anwar diterima dengan terbuka, parti juga harus bersiap-siaga menjulang prinsip demokrasi dalam menghirup udara segara Malaysia baru yang diamanahkan oleh rakyat Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Anwar pada 15 Julai lalu mengumumkan akan bertanding jawatan presiden dalam pemilihan parti itu Ogos ini.

Keputusan itu, kata Anwar, diambil selepas berbincang dengan isterinya, Dr Wan Azizah yang juga merupakan penyandang jawatan presiden.

Terdahulu Dr Wan Azizah menyatakan sedia berundur untuk memberi laluan kepada Anwar bertanding jawatan itu.

Azmin Mampu Galas Tanggungjawab

Sementara itu, dalam kenyataan sama Zuraida turut menyorot “kecemerlangan” pentadbiran Selangor dan kepimpinan bekas menteri besarnya yang juga merupakan Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Kata Zuraida, PKR mempunyai ramai pemimpin berkelayakan yang teruji kesetiaannya, berkarisma dan mempunyai rekod cemerlang pentadbiran.

“Tidak boleh disangkal lagi bahawa tatakelola dan kecemerlangan kerajaan Selangor menjadi antara penyumbang signifikan kepada keyakinan rakyat dalam melihat model pemerintahan Malaysia baru.

“Keyakinan inilah yang menyebabkan BN yang berusi 61 tahun mampu ditumbangkan.

“Datuk Seri Mohamed Azmin Ali antara watak pimpinan yang dinamik dan dilihat mampu menggalas tanggungjawab kepimpinan.

“Telah dibuktikan dalam pentabdiran kerajaan Selangor terdahulu, peranan terkini beliau yang memegang portfolio kanan kerajaan selaku menteri hal ehwal ekonomi membuktikan lagi sumbangan beliau bakal memberi impak positif dalam bersama-sama mengemudi bahtera PKR yang kita cintai,” katanya

Zuraida yang merupakan anggota parlimen Ampang turut mengingatkan bahawa PKR “berbeza” dengan Umno yang sering menyaksikan jawatan tertinggi parti mereka tidak ditandingi.

“Justeru, Wanita PKR menegaskan bahawa di samping menerima baik tawaran Anwar bertanding jawatan presiden, parti juga perlu menghormati perlembagaan parti dalam hal membuka ruang pertandingan mana-mana jawatan tanpa sebarang usaha sekatan.

“We must walk the talk, kita perlu lakukan apa yang kita laungkan,” katanya. (Sumber: Malaysiakini)

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Ini Komen Raja Perlis Buat Tun Mahathir Yang Ahli Umno Terpaksa Setuju

Makhluk Misteri Di Parlimen. Waytha Dedah Identiti SEBENAR Individu Tersebut