in

Makhluk Misteri Di Parlimen. Waytha Dedah Identiti SEBENAR Individu Tersebut

Alhamdulillah. Akhirnya Netizen Mula Kenal Dengan Individu Misteri Yang Gemparkan Alam Maya Semalam.

Makhluk Misteri Di Parlimen. Waytha Dedah Identiti SEBENAR Individu Tersebut | Semalam viral di laman sosial apabila terdapat “makhluk misteri” dalam dewan. Senator Waytha akhirnya dedah identiti sebenar individu tersebut kepada wartawan. Bukan calang-calang rupanya.

ARUNACHALANANDAJI ADALAH RAKAN BAIKNYA

Senator P. Waytha Moorthy yang baru dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial) kecewa dengan penghinaan bersifat peribadi di laman sosial terhadap tetamunya.

Penghinaan tersebut dibuat oleh netizen ke atas sami Hindu yang menemaninya ke Parlimen pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Kelibat misteri di Parlimen gemparkan netizen

Waytha menyifatkan Arunachalanandaji sebagai bukan warganegara India yang menetap di negara berkenaan dihormati kerana dedikasinya kepada agama Hindu dan merupakan seorang sahabat rapat serta dianggap seperti saudara.

Arunachalanandaji mengorbankan kehidupannya untuk mempromosikan keamanan sejagat dan keharmonian kaum.

Arunachalanandaji dijemput oleh Waytha untuk menyaksikan beliau angkat sumpah sebagai senator.

Beberapa portal berita turut melaporkan mengenai mesej yang tular tentang misteri gambar lelaki berambut panjang dan berjambang tebal.

Arunachalanandaji berada di Parlimen bagi menyaksikan Waytha dan empat yang lain mengangkat sumpah sebagai senator.

Memetik laporan Free Malaysia Today, Waytha berkata, beliau menjemput Arunachalanandaji kerana menghormati sami tersebut.

“Saya fikir memandangkan dia menggunakan 30 tahun daripada kehidupannya untuk keamananan sejagat, ia adalah satu penghormatan untuk menjemputnya pada majlis angkat sumpah saya,” kata Pengerusi Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) itu. (Sumber: Mstar)

KJ – YANG SAYA TAHU PERGI PARLIMEN BUAT KERJA

Ketika semua ahli Parlimen pembangkang yang terdiri daripada parti Barisan Nasional dan PAS keluar dewan sebagai tanda protes ke atas pelantikan Speaker Dewan Rakyat baharu, hanya dua ahli Parlimen BN yang tidak berganjak dari kerusi mereka.

Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Seri Anifah Aman yang dilihat kekal di kerusi masing-masing mendapat pujian netizen kerana berbangga dengan prinsip mereka.

Turut tidak berganjak ialah bekas Ketua Puteri Umno, Datuk Mas Ermieyati Samsudin yang kini bergerak sebagai Ahli Parlimen Bebas sejak mengumumkan meninggalkan parti tersebut berkuatkuasa 1 Julai lalu.

Ahli Parlimen pembangkang bertindak keluar dewan kerana tidak bersetuju dengan pelantikan Datuk Mohamad Ariff Md Yusof oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang disokong Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman turut mengulas mengenai kejadian itu di Twitter dan berkata, mereka yang kekal di dewan itu lebih mengetahui tentang belia.

Komen Syed Saddiq berhubung insiden ahli Parlimen pembangkang keluar Dewan Rakyat pada Isnin.

“Hari pertama di Parlimen tetapi ahli Parlimen BN dan PAS dah keluar tanda protes.

“Bekas Ketua Pemuda Umno (YB @Khairikj) dan bekas Ketua Wanita Umno tidak keluar dewan.

“Mereka tidak tinggalkan kerusi walaupun didesak oleh pimpinan Umno. Mereka mengetahui tentang belia lebih daripada semua ahli Umno,” katanya di Twitter pada Isnin.

Seorang pengguna Twitter, Hermy Rahim berkata: “Tak ada rasa malu duduk dekat kerusi pembangkang dengan Anifah sahaja, sementara yang lain keluar tinggalkan dia (Khairy).

“Yang dia tahu, ke Parlimen buat kerja dia. Terus dapatkan kepercayaan rakyat semula @Khairykj,” tulisnya.

Manakala, Sauffie Mansor pula berkata, Malaysia masih jauh daripada politik matang seperti negara maju.

“Orang tengah bercakap suka menyampuk, keluar dewan, takutkan pengundi dengan isu agama dan bangsa seolah-olah mereka dah buat pilihan salah PRU lepas,” tulis Sauffie.

Seorang lagi netizen, Zawawi Ahmad berkata: “Kurang kematangan sebagai ahli politik… syabas Rembau dan Kimanis (ahli Parlimen).” (Sumber: Mstar)

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Pasca Sidang Parlimen. Kenyataan Terkini Bung Ni Buat Rakyat Gelak TERSENYUM

Isu PTPTN. Ini Komen Balas KJ Terhadap Menteri Pendidikan Di Parlimen Buat Ramai WOW