in

Diarah Ke Perlis. Ini Respons Khaled Nordin Terhadap Tindakan Zahid

Dari Johor Ke Perlis. Bukan Calang Tugasan Tu.

Diarah Ke Perlis. Ini Respons Khaled Nordin Terhadap Tindakan Zahid | Umno hari ni gempar dengan tindakan Presidennya, Zahid yang meminta Naib Presiden, Khaled Nordin untuk pindah dari Johor ke Perlis. Ini respons mengejutkan Khaled Nordin.

KHALED YAKIN ADA SEBAB PENTING

Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyerahkan kepada presidennya untuk menjelaskan rasional beliau dipilih menjadi pengerusi badan perhubungan parti itu di Perlis.

Kata Mohamed Khaled pelantikannya ke jawatan itu mengundang banyak persoalan di kalangan pimpinan Umno Perlis.

Menurutnya penjelasan itu sewajarnya dibuat secepat mungkin demi kepentingan Umno secara keseluruhan.

“Harapan saya ialah pencerahan daripada presiden ini akan segera dapat dilakukan agar tidak tertangguh lagi usaha pembaharuan Umno pascapilihan raya umum ke 14,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Hamidi mengumumkan senarai pengerusi badan perhubungan Umno negeri serta anggota lantikan Majlis Tertinggi (MT) Umno.

Seperti biasa pelantikan itu menarik perhatian ramai atas pelbagai sebab. Pemilihan Mohamed Khaled mengetuai Umno Perlis adalah salah satu daripadanya.

Untuk rekod Mohamed Khaled ialah bekas menteri besar Johor dan pernah dilantik sebagai pengerusi badan perhubungan Umno negeri berkenaan.

Dalam persaingan merebut jawatan naib presiden Umno pada 30 Jun lalu beliau berada di kedudukan terakhir berbanding dua pemenang lain.

Ada Perancangan Sendiri

Di peringkat dalaman parti Mohamed Khaled dianggap lebih berani bersuara menongkah arus dan mendedahkan pernah “diserang” kerana membangkitkan isu 1MDB.

Tempat Mohamed Khaled di Johor digantikan oleh Anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Benut Datuk Ir Hasni Mohammad.

Perlis ialah negeri terkecil di Malaysia dan mempunyai tiga kerusi parlimen dan 15 DUN saja. Bagaimanapun selepas PRU ke-14 lalu Perlis menjadi negeri terakhir membuat pelantikan menteri besar serta barisan exco negeri.

Sebelum ini badan perhubungan Umno Perlis diketuai Datuk Seri Shahidan Kassim.

PRU ke-14 lalu menyaksikan Pakatan Harapan menawan Johor tetapi gagal mengatasi BN di Perlis.

Kata Mohamed Khaled beliau menghargai kepercayaan yang diberi Ahmad Zahid untuk mengetui Umno Perlis. (Sumber: Malaysiakini)

BEKAS PM NAJIB KESAL DENGAN TINDAKAN SEGELINTIR AHLI UMNO

Datuk Seri Najib Razak menasihati mana-mana anggota Umno yang enggan atau tidak berani berkorban mempertahankan pertubuhan itu supaya meninggalkan parti berkenaan dengan segera.

Beliau yang sebelum ini menjadi presiden ketujuh Umno berkata parti itu tidak memerlukan individu yang berpaling tadah, atau menunjukkan kesetiaan apabila ia menguntungkan diri sendiri.

“Kadang-kadang ada juga orang kita melaungkan kesetiaanya, tapi kesetiaan itu waktu kita berkuasa.

“Apabila kita dah tak ada kuasa, bendera Umno dipijak-pijaknya.

“Orang begini memang lebih baik dia keluar Umno. Kita hanya nak orang yang setia dan sanggup atau berani mati dalam Umno,” katanya yang dipetik akhbar Sinar Harian hari ini.

Kata Najib, untuk golongan yang tersebut, sokongan mereka hanya diberikan ketika parti berada di tampuk kuasa, namun ia hilang sebaik sahaja pemimpin itu jatuh.

Walaupun tidak secara jelas merujuk kepada sesiapa namun apa yang berlaku difahami terjadi terhadap dirinya kini.

Cahaya Di Hujung Terowong

“Dalam politik, ada menyokong apabila dia dapat sesuatu, ada menyokong pada waktu kita senang tetapi ramai daripada kita lebih mementingkan apa yang kita dapat.

“Kita lebih pentingkan kelompok kita sendiri sehingga kita tak dapat apa kehendak kita. Kita sanggup belakangkan parti.

“Malah ada juga kelakuan seperti mengugut parti kita, tapi yang anehnya ia dilakukan oleh mereka yang ada jawatan dalam parti,” katanya.

Najib yang juga bekas perdana menteri terpaksa melepaskan jawatan presiden Umno selepas parti itu gagal mempertahankan kuasa mereka sejak 61 tahun memerintah negara pada pilihan raya umum (PRU) ke-14, 9 Mei lalu.

Mengulas lanjut, Najib yang juga anggota parlimen Pekan berkata dengan apa yang berlaku itu beliau tidak hairan ada dikalangan pemimpin Umno turut sama menyerang parti dianggap penyokongnya sebagai keramat itu.

“Kalau inilah perangainya maka tak hairanlah apabila pembangkang menggasak kita, orang melihat Umno ini dalam satu keadaan di mana kita sudah lupa akan nilai tradisi perjuangan.

“Biarlah kita benar-benar ikhlas, setia dan kasih pada perjuangan Umno, barulah ada cahaya di hujung terowong,” katanya. (Sumber: Malaysiakini)

Loading...

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Tahun 1975. Ini Amalan RAHSIA Syed Mokhtar Jadi Kaya Raya Yang Ramai Tak Tahu

Apandi Tolak MT Umno. Ini Reaksi Berani Fathul Bari Buat Ramai Ahli Umno Setuju