in

Kematian Adam. Ini Hasil Siasatan Polis Yang Buat Ramai Sedih Tak Terbayang

Allah. Tak Tergamak Nak Bayang Kesengsaraan Adik Adam.

Kematian Adam. Ini Hasil Siasatan Polis Yang Buat Ramai Sedih Tak Terbayang | Selepas buat siasatan dan bedah port mortem kes bayi Adam. Polis akhirnya dedahkan punca kematian Adam yang buat ramai terkejut dan sedih tak terbayang. Ingatkan tersedak susu tapi sebenarnya adalah…

RETAK TEMPURUNG KEPALA, PENDARAHAN DALAMAN

Punca kematian bayi lelaki, Adam Rayqal Mohd Sufi, berusia lima bulan di rumah pengasuhnya di Kampung Nakhoda, Batu Caves, malam kelmarin, disebabkan kecederaan di bahagian kepala.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat, berkata hasil bedah siasat terhadap mangsa menemui kesan retak di tempurung kepala sebelah kiri dan pendarahan di bahagian kanan otaknya.

“Kita masih menjalankan siasatan sama ada bayi itu dipukul, dihempas atau terjatuh ketika berada dalam jagaan suspek. Tiada sisa susu ditemui pada kerongkong mangsa.

“Setakat ini, tiada sebarang senjata ditemui berhubung kes ini tetapi kita masih siasat perkara ini,” katanya kepada media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini, hari ini.

Fadzil berkata, bedah siasat dijalankan di Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN), Hospital Kuala Lumpur (HKL) bermula jam 9.45 pagi tadi hingga jam 1 tengah hari.

Katanya, dengan laporan bedah siasat itu, ia sekali gus menafikan keterangan awal suspek sebelum ini bahawa bayi berkenaan tersedak susu.

Mengulas lanjut, Fadzil berkata, pada hari kejadian, suspek turut mengasuh dua lagi bayi lain, namun diserahkan kembali kepada ibu bapa mereka.

“Hasil siasatan awal mendapati suspek bekerja sebagai pengasuh kanak-kanak sejak dua tahun lalu dan turut mempromosikan perkhidmatannya di laman sosial.

“Siasatan menyeluruh akan dijalankan termasuk berkemungkinan mangsa didera sebelum ditemui mati termasuk motif pembunuhan,” katanya. (Sumber: Berita Harian)

JENAZAH AKAN DIKEBUMI DI KUALA TERENGGANU

Jenazah bayi lelaki, Adam Rayqal Mohd Sufi, yang ditemui mati di rumah pengasuhnya di Jalan Nahkoda Kiri Tiga, Kampung Nakhoda, Batu Caves semalam, selesai dibedah siasat di Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini, jam 2 petang tadi.

Jenazah Adam Rayqal berusia lima bulan kemudian dimandikan sebelum disembahyangkan di surau IPFN HKL pada jam 2.15 petang tadi.

Jenazah mangsa yang dibalut dengan kain batik dipangku ibunya, Farrah Madihah Othman, 28, menaiki sebuah kereta Honda Jazz bersama suaminya, Mohd Sufi Naeif Mohd Fauzi, 28, serta beberapa ahli keluarga untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Ladang Sekolah, Kuala Terengganu, Terengganu, hari ini.

Kenderaan itu dilihat beredar dari IPFN HKL pada jam 3.06 petang tadi.

Menteri Kesihatan, Dzulkefly Ahmad turut meluangkan masa kira-kira 20 minit untuk menziarahi keluarga mangsa selepas tiba di IPFN HKL pada jam 2.20 petang tadi.

Malam tadi, NSTP melaporkan Adam Rayqal dilaporkan hilang selepas dikatakan tersalah serah bayi berkenaan kepada seorang lelaki yang menyamar sebagai bapanya di rumah pengasuh terbabit di Kampung Nakhoda, Batu Caves kira-kira 6.30 petang, semalam.

Bagaimanapun, siasatan polis menemui mayat bayi berkenaan disorokkan dalam bahagian sejuk beku peti ais dua pintu di rumah pengasuh terbabit, kira-kira jam 11 malam tadi selepas mendapati terdapat keraguan pada keterangannya.

Menurut Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Ali Ahmad dalam sidang media di lokasi kejadian awal pagi tadi memaklumkan bayi berkenaan lengkap dengan pakaian dan berbalut kain lampin serta disumbat dalam beg berwarna hijau.

Polis menahan pengasuh berusia 33 tahun itu bersama rakan serumahnya yang berusia 36 tahun di rumah sewa mereka, semalam dan direman selama tujuh hari bermula hari ini hingga 10 Julai nanti bagi membantu siasatan kes berkenaan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. (Sumber: Berita Harian)

Loading...

Comments

One Ping

  1. Pingback:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Keluarga Ibu Bapa Arwah Adam Dedah SESUATU Tentang Sikap Pengasuh Yang Bagus Tapi..

Lama Menghilang Diri. Luahan Mak Jamal Yunos Ni Buat Ramai Wanita SEDIH