in

Tak Puas Hati Jamal Menang. Ini Rancangan Khir Toyo Buat Ramai Respek

UMNO Dilanda Tsunami. Apa Yang Bakal Terjadi ?

Tak Puas Hati Jamal Menang. Ini Rancangan Khir Toyo Buat Ramai Respek | Bekas MB Selangor, Khir Toyo dikatakan tidak puas hati dengan kemenangan Jamal yang masih bersembunyi di Indonesia. Ini perkara yang bakal Khir Toyo lakukan buat ramai respek.

BERCADANG NAK KELUAR UMNO TAPI TAK KOMFEM LAGI

Bekas menteri besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo dispekulasikan bercadang keluar Umno kerana kecewa Datuk Seri Jamal Mohamad Yunus terpilih jadi semula menjadi ketua Bahagian Sungai Besar.

Mohamad Khir dikatakan memberi gambaran itu melalui Whatsapp memohon maaf kepada rakan-rakannya kerana terpaksa meninggalkan Umno, seperti dilapor Sinar Harian.

“Saya mohon maaf kepada sahabat-sahabat kerana saya akan meninggalkan perjuangan dalam Umno kerana tak boleh fikir bagaimana orang seperti (Datuk Seri) Jamal Yunos masih dipilih menjadi pemimpin bahagian.

“Orang yang dalam buruan polis dengan longgokan kes jenayah yang masih menantinya masih dipilih kerana pengaruh wang,” kata mesej yang dipercayai dihantar Mohamad Khir.

Bagaimanapun, Mohamad Khir enggan mengesahkan atau menafikan spekulasi itu apabila dihubungi akhbar berkenaan.

Mohamad Khir menambah dia akan mengadakan sidang media dalam masa terdekat.

Mohamad Khir sebelum ini juga berhasrat merebut jawatan itu namun tidak layak kerana mempunyai sabitan kes rasuah.

Jamal berjaya mempertahankan jawatan ketua Bahagian Sungai Besar dalam pemilihan Umno baru-baru ini.

Dia kini dalam buruan polis berhubung kes memecahkan botol arak di hadapan pejabat pentadbiran negeri Selangor dan dakwaan gambarnya memegang senjata api

Jamal dipercayai bersembunyi di Indonesia. (Sumber: Malaysiakini)

KETUA SAYAP UMNO SUNGAI PETANI DAN AHLI KELUAR UMNO BERAMAI-RAMAI

Naib Ketua UMNO Bahagian Sungai Petani dan tiga ketua sayap bersama lebih 40 ahli jawatankuasa daripada tiga sayap bahagian itu hari ini meletakkan jawatan selepas mendakwa keputusan pemilihan Ketua Bahagian UMNO Sungai Petani baharu sebagai tidak telus.

Naib Ketua UMNO Bahagian, Muhamad Effendi Mashum; Ketua Wanita, Wan Mohalina Wan Mohamad, Ketua Pemuda, Mohd Rahmat Darus dan Ketua Puteri, Mashitoh Mohamad Yusoff mengumumkan melepas jawatan dalam satu sidang media di sini, sebentar tadi.

Muhamad Effendi berkata, keputusan yang dibuat adalah secara ikhlas dan teliti tanpa dipengaruhi atau desakan mahu pun dorongan mana-mana pihak.

“Kami mengesan terdapat unsur politik wang berlaku dalam pemilihan semalam dan kami merasakan ia melanggar konsep demokrasi yang diamalkan parti.

“Kami harap keputusan kami kali ini dijadikan sebagai contoh teladan dan pengajaran kepada semua calon di luar sana yang bertanding supaya menjauhi perkara ini (politik wang) yang boleh merosakkan masa depan parti,” katanya.

Mohalina berkata, biarpun mereka meletakkan jawatan, mereka tidak akan meninggalkan parti dan akan terus berkhidmat kepada parti dan bangsa Melayu.

Sementara itu, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Merdeka, Datuk Ali Yahaya, hari ini turut mengumumkan keluar daripada parti.

Ketua Cawangan UMNO Kampung Haji Wahab itu berkata, beliau tidak akan terikat dengan mana-mana parti dan surat keluar parti akan dihantar ke UMNO negeri dan bahagian esok.

Pada pemilihan semalam, Datuk Shahanim Mohamad Yusuff menang jawatan Ketua UMNO Bahagian Sungai Petani dengan mendapat 428 undi menewaskan penyandang, Mejar (B) Datuk Abdul Rahim Saad. (Sumber: Berita Harian)

Loading...

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Ini Cabaran BERANI Ketua Wanita UMNO Yang Baru Buat Wakil Rakyat BN Yang Tinggal Parti

Pelakon Popular Noorkhairiah TERKILAN. Puncanya Buat Ramai Peminat Simpati