in

Shahidan Mengaku Hantar Surat RAHSIA Kepada MB Perlis. MENDEBARKAN.

Benda Boleh Selesai. Tak Boleh Nak Ego Je Memanjang.

Shahidan Mengaku Hantar Surat RAHSIA Kepada MB Perlis. MENDEBARKAN. | Terkini Shahidan beritahu wartawan yang beliau ada mengutus surat rahsia kepada MB Perlis, Azlan Man. Ini isi kandungannya. Tak sangka.

SURAT SURUH AZLAN LETAK JAWATAN MB

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim mengakui mengutus surat kepada Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man, beberapa hari lalu.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu bagaimanapun enggan memaklumkan isi kandungan surat yang dihantar menggunakan pihak ketiga itu, sebaliknya meminta bertanya kepada Azlan sendiri mengenai butiran surat berkenaan.

“Kalau `you’ nak tahu, call tanya Azlan apa (kandungan) surat tu,” katanya ringkas ketika dihubungi, hari ini.

Sementara itu, sumber mendakwa surat yang dihantar Shahidan yang juga Ahli Parlimen Arau kepada Azlan adalah surat meminta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bintong itu melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar.

“Surat berkenaan juga memaklumkan Azlan perlu melepaskan jawatan kerana tidak mempunyai sokongan majoriti daripada wakil rakyat BN yang lain,” katanya.

Sumber berkenaan juga memaklumkan sembilan wakil rakyat yang tidak hadir pada majlis istiadat angkat sumpah Menteri Besar, Khamis lalu dipercayai masih tidak bersetuju Azlan menjadi Menteri Besar Perlis.

“Ada antara yang muncul di beberapa program di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing adalah atas dasar tanggungjawab.

“Apabila media bertanya, mereka mengakui akur dan menjunjung perintah Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.

“Namun mereka tidak menyatakan sokongan mereka terhadap Azlan. Jika mereka sokong sudah lama kenyataan dibuat kepada media,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas mengulas laporan sebuah portal semalam yang mengatakan sembilan wakil rakyat berkenaan akan membuat pusingan `U’ dengan memberi sokongan kepada Azlan sebagai Menteri Besar.

Katanya, sembilan wakil rakyat itu mahu antara lapan daripada mereka sahaja menjadi Menteri Besar selepas Datuk Ismail Kassim menyatakan tidak berminat menjadi Menteri Besar.

Sementara itu, usaha mendapatkan reaksi Azlan bagaimanapun gagal apabila beliau tidak menjawab panggilan serta membalas mesej yang dihantar. (Sumber: Berita Harian)

RAKYAT DESAK SHAHIDAN DAN PENGIKUT LETAK JAWATAN

Datuk Seri Shahidan Kassim didesak meletakkan jawatannya sebagai Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan UMNO negeri kerana melawan titah Raja Perlis.

Desakan itu dibuat lebih 60 individu yang berkumpul di hadapan Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Chuping, pagi semalam.

Mereka turut membawa kain rentang ‘Daulat Tuanku’ bagi menyatakan sokongan ke atas titah Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail, yang berkenan melantik Datuk Seri Azlan Man sebagai Menteri Besar Perlis.

Wakil kumpulan itu, Md Isa Seman, yang juga Ketua UMNO Cawangan Panggas Kecil, berkata beliau dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sekitar negeri itu turut mendesak semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN yang terbabit memboikot Azlan supaya berundur.

“Kami amat kecewa dengan sikap ADUN ini yang membantah keputusan Tuanku Raja Perlis dalam pelantikan Menteri Besar negeri ini.

“Mereka ini bukanlah orang biasa, …mereka ini diberi kepercayaan untuk mewakili rakyat dan bersama-sama membela nasib rakyat di negeri ini.

“Kami berharap mereka berundur. Mereka hanya memburukkan imej parti,” katanya ketika ditemui di hadapan Pusat Khidmat DUN Chuping, semalam.

Beliau berkata, tindakan Shahidan mempertikaikan pelantikan Azlan jelas melanggar perlembagaan negeri ini.

“Sepanjang UMNO ditubuhkan, belum pernah terjadi pemimpin parti melawan titah Raja yang mempunyai hak dan kuasa untuk melantik siapa pun menjadi Menteri Besar.

“Malah, tindakan dia (Shahidan) mempersoalkan maksud ‘murka’ pun jelas menggambarkan dia memandang ringan pihak istana,” katanya.

Beliau berkata, Azlan berjaya mentadbir dan membawa pembangunan ke negeri itu pada penggal lalu.

“Beliau berjaya menarik beberapa pelabur dari luar negara untuk melabur dalam Kawasan Perindustrian Lembah Chuping (CVIA) pada penggal lalu,” katanya.

Kemelut pelantikan Menteri Besar Perlis, berterusan apabila Shahidan tidak bersetuju dengan pelantikan Azlan oleh Raja Perlis.

Shahidan menganggap bantahan dan tindakan memboikot upacara mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar itu pada Khamis lalu, dengan membawa sembilan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) BN ke Kuala Lumpur, bukan suatu penderhakaan terhadap Raja Perlis.

Ditanya tindakannya itu mungkin menyebabkan Raja Perlis murka, beliau berkata: “Apa itu murka? Cuba anda jelaskan pada saya apa makna murka, apa maknanya murka?… Ini hanya bahasa yang diperindahkan sedemikian rupa.” (Sumber: Berita Harian)

Loading...

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

20 Hari Jadi PM. Ini Ulasan LANTANG Tun Mahathir Terhadap Trump Buat Ramai WOW

Teguran Azza Elite Terhadap Faiz Roslan. Mana Malu Kau Dengan Allah ?