in

Umat Islam WAJIB TAHU Kenapa Jurusalem TAK BOLEH Jadi Ibu Kota Israel

Semua Kena Bersatu Dan Faham. Jom Baca Dan Kongsikan.

Umat Islam WAJIB TAHU Kenapa Jurusalem TAK BOLEH Jadi Ibu Kota Israel | Khalifah Mail Online – Bila Trump umum ibu kota Israel nak tukar ke Jurusalem, ramai umat Islam marah. Bila wartawan tanya kenapa marah, ramai yang terkebil tak tahu punca. Jom baca artikel ni kenapa Jurusalem / Baitulmaqdis ni TAK BOLEH jadi ibu kota Israel. Ada video. Kongsikan…

KETIKA UMAT ISLAM MARAH, AMERIKA TIDAK PEDULI

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump hari ini mengisytiharkan Baitulmaqdis sebagai ibu negara rejim Israel dan akan memindahkan kedutaannya dari Tel Aviv ke bandar yang menempatkan masjid suci ketiga umat Islam – Masjid Al-Aqsa.

Tindakan itu mendapat kecaman daripada pemimpin seluruh dunia, namun seperti biasa Amerika berlagak sebagai polis dunia, tidak mempedulikannya.

Israel menceroboh dan menduduki Baitulmaqdis Timur ketika berakhirnya perang dengan Syria, Mesir dan Jordan pada 1967, sedang di bahagian baratnya telah ditawan ketika perang Arab-Israel pada 1948.

JURUSALEM ZON ISTIMEWA

Pencerobohan dan pendudukan Israel di Baitulmaqdis Timur berhasil meletakkan keseluruhan bandar itu di bawah kawalan rejim Tel Aviv. Bidang kuasa dan ‘pemilikan’ Israel ke atas Baitulmaqdis, bagaimanapun, tidak diiktiraf oleh komuniti antarabangsa, termasuk AS.

Status Baitulmaqdis kekal menjadi titik kepada penyelesaian konflik Palestin-Israel.

Mengikut pelan pemisahan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) 1947 bagi membahagikan Palestin di antara Yahudi dan negara Arab, Baitulmaqdis telah diberi status istimewa, bertujuan meletakkannya di bawah kedaulatan dan kawalan antarabangsa.

Status istimewa itu didasari pentingnya Baitulmaqdis kepada tiga agama yang berasaskan kepada Nabi Ibrahim.

ISRAEL AMBIL JURUSALEM SECARA TAK SAH

Dalam perang 1948, berikutan cadangan daripada PBB bagi membahagikan Palestin, tentera rejim Zionis mengambil alih bahagian barat Baitulmaqdis dan mengisytiharkan kawasan itu sebagai sebahagian daripada negaranya.

Ketika perang pada 1967 pula, Israel menawan bahagian timur Baitulmaqdis yang ketika itu di bawah kawalan Jordan, dan meletakkannya di bawah undang-undang Israel secara meluas – suatu tindakan yang melanggar undang-undang antarabangsa.

Pada 1980, rejim Israel meluluskan ‘Undang-Undang Baitulmaqdis’ dengan mengatakan ‘Baitulmaqdis, lengkap dan bersatu, adalah ibu negara Israel’, yang secara rasminya menggabungkan Baitulmaqdis Timur.

Sebagai tindak balas, pada 1980 Majlis Keselamatan PBB meluluskan Resolusi 478, mengisytiharkan undang-undang Israel itu tidak sah dan batal.

Komuniti antarabangsa, termasuk di AS, secara rasmi menganggap Baitulmaqdis Timur adalah wilayah yang diceroboh dan diduduki oleh rejim Zionis secara haram.

Sebagai tambahan, tiada negara di dunia yang mengiktiraf mana-mana bahagian Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel, kecuali awal tahun ini di mana Russia mengiktiraf Baitulmaqdis Barat sebagai ibu negara Israel.

Pencerobohan, pendudukan dan pengambilan Baitulmaqdis Timur oleh rejim Zionis melanggar beberapa prinsip di bawah undang-undang antarabangsa, yang mengariskan bahawa kuasa yang menduduki tidak mempunyai hak kedaulatan ke atas wilayah yang diduduki.

PENDUDUK ASAL JURUSALEM BANGSA PALESTIN DITINDAS

Walaupun, pendudukan dan pelaksanaan undang-undang Israel di Baitulmaqdis Timur, rakyat Palestin yang tinggal di sana tidak diberi kerakyatan Israel.

Kini terdapat kira-kira 420,000 rakyat Palestin di Baitulmaqdis yang diberi kad pengenalan ‘penduduk tetap’. Mereka juga memiliki pasport sementara Jordan, tanpa nombor pengenalan negara. Ini bermakna mereka bukan sepenuhnya warganegara Jordan – mereka memerlukan permit untuk bekerja di Jordan, dan tidak layak mendapat perkhidmatan atau kemudahan kerajaan, seperti pengurangan yuran pendidikan.

Rakyat Palestin yang tinggal di Baitulmaqdis pada asasnya tiada negara, terjebak dalam mainan undang-undang – mereka bukan warganegara Israel, Jordan atau Palestin.

Rejim Zionis melayan rakyat Palestin di Baitulmaqdis Timur sebagai pendatang asing yang tinggal di situ atas belas ihsan yang diberikan Israel, bukan kerana hak mereka, walaupun dilahirkan di situ. Mereka dikehendaki memenuhi keperluan tertentu bagi memastikan status penduduk mereka tidak dibatalkan.

Mana-mana rakyat Palestin yang tinggal di luar sempadan Baitulmaqdis bagi satu tempoh tertentu, sama ada di luar negara atau di Tebing Barat sekalipun, adalah berisiko kehilangan hak untuk tinggal di Baitulmaqdis.

Mereka yang gagal membuktikan bahawa kehidupan mereka berpusat di Baitulmaqdis dan bahawa mereka telah tinggal di luar secara berterusan, hilang kelayakan untuk menetap di tempat mereka dilahirkan. Malah, jika memiliki kerakyatan negara lain, hak mereka terhadap Baitulmaqdis, hilang.

BANGSA YAHUDI SELURUH DUNIA BOLEH DAPAT KERAKYATAN JURUSALEM

Pada masa sama, mana-mana Yahudi di seluruh dunia menikmati hak untuk tinggal di Israel dan mendapat kerakyatan Israel.

Sejak 1967, Israel dilaporkan telah membatalkan status terhadap 14,000 warga Palestin.

Dalam pada itu, pembukaan kawasan baharu untuk projek penempatan di Baitulmaqdis Timur, yang bertujuan menyatukan bandar itu di dalam Israel, dianggap haram di bawah undang-undang antarabangsa.

PBB mengesahkan beberapa resolusi bahawa projek penempatan itu secara langsung telah melanggar Konvensyen Keempat Geneva, yang melarang negara yang menduduki daripada memindahkan populasinya ke kawasan yang diduduki.

Namun, sejak 1967 lagi, rejim Israel telah melaksanakan berpuluh-puluh projek perumahan untuk Yahudi Israel, sesetengahnya berada di tengah-tengah kawasan rakyat Palestin di Baitulmaqdis Timur.

Terdapat 200,000 warga Israel tinggal di Baitulmaqdis Timur di bawah perlindungan ketat askar dan polis rejim dengan 44,000 daripadanya tinggal dalam satu kompleks perumahan.

Walaupun Israel mendakwa Baitulmaqdis sebagai ibu kota yang tidak dikongsi, realiti kehidupan di situ tiada banyak bezanya.

Sedang, warga Palestin tinggal dalam suasana apartied, warga Israel menikmati hidup normal, selain keadaan mereka dijamin oleh negara mereka. – Agensi

VIDEO WARTAWAN BARAT TENTANG JURUSALEM

Sumber: Khalifah Mail Online via Ismaweb

Loading...

Comments

3 Pings & Trackbacks

  1. Pingback:

  2. Pingback:

  3. Pingback:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Dapat Call Direct Dari Trump. Ni KATA KERAS Raja Salman Buat Amerika TERKEDU

PAU – Ini Komen Balas Puteri UMNO Kepada Fathia Buat Ramai WOW