in

PAU – Ini Komen Balas Puteri UMNO Kepada Fathia Buat Ramai WOW

Kedua Pihak Pun Ada Point Baik Masing-Masing. Kan ?

PAU – Ini Komen Balas Puteri UMNO Kepada Fathia Buat Ramai WOW | Khalifah Mail Online – Fathia baru-baru ni popular apabila mempertahankan Tun Mahathir dan ramai mengecam beliau. Terkini ketika di PAU, seorang Exco Puteri UMNO telah memberi komen balas kepada Fathia yang lebih wow. Jom baca dan kongsikan.

JANGAN JADI KEYBOARD WARRIOR

Exco Puteri Umno, Khaidhirah Abu Zahar dari Tangga Batu, Melaka menyelar pelakon, Fathia Latiff semasa Perhimpunan Agung Umno pada Rabu.

“Jika dia benar-benar mahu bercakap tentang perjuangan rakyat, turun padanglah seperti Puteri Umno. Tak perlu kalau dia hanya mahu menaip perkataan menggunakan telefon pintarnya,” kata Khaidhirah atau lebih dikenali sebagai Dira yang juga seorang selebriti.

Beliau menasihatkan Fathia supaya ‘duduk diam’ dan menumpukan pada kerjaya lakonannya.

“Tidak perlu mencampuri urusan kerajaan,” kata Dira dalam ucapannya.

APA JADI SEBELUM NI?

Dalam satu ‘posting’ sebagai penghormatan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad, di Instagramnya baru-baru ini, Fathia berkata, sumbangan bekas perdana menteri itu kepada negara seolah semakin dilupakan.

Dr Mahathir kemudiannya membalas dengan berterima kasih dan memuji Fathia kerana menyuarakan pandangannya.

BACA : DIHENTAM Ramai Kerana Bela Tun Mahathir. Ini Komen TERKINI Fathia Yang Lebih WOW

“Saya kagum dengan keberanian @fatiyalatiff,” kata Dr Mahathir itu di Twitter, yang merujuk kepada pelakon berkenaan.

Fathia pernah menemuramah Dr Mahathir menerusi program yang disiarkan secara penstriman langsung, Apa Kata Tokoh pada 16 Jun lalu.

Sumber: Mstar

Loading...

Comments

One Ping

  1. Pingback:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Umat Islam WAJIB TAHU Kenapa Jurusalem TAK BOLEH Jadi Ibu Kota Israel

Teruk DIKECAM. Kata BERANI Ahmad Idham Terkini Buat Fathia Rasa LEGA