in

Lagu Dato Aliff Dapat Banyak Dislikes Melampau. Ini PUNCA SEBENAR Buat Ramai TERKEDU

Hebat Dato Aliff. Best Lagu Tu Cumanya….. Hmm.

Lagu Dato Aliff Dapat Banyak Dislikes Melampau. Ini PUNCA SEBENAR Buat Ramai TERKEDU | Khalifah Mail Online – Baru ni Dato Aliff dengan kerjasama KRU hasilkan single terbaru. Hebat dalam tempoh beberapa jam je dah cecah lebih 1 juta views di Youtube. Tapi pelik, banyak dislike dari like. Bila check, ini punca sebenarnya…Ada video. Analisa oleh FB Akhi Fairuz Al-Jengkawi

SURAT TERBUKA BUAT DATO ALIFF

Kehadapan Datuk Seri Aliff Syukri Terlajak Laris yang baik hati. Pertamanya, saya ucapkan tahniah atas kemunculan single terbaru Datuk. Sentuhan magis KRU sentiasa goosebumb dan tidak mengecewakan. Muziknya catchy, mudah diingati serta mesra pendengar.

Walau lagu ini baru 4 hari di youtube, sudah lebih sejuta orang yang views. Datuk telah berjaya mengalahkan penyanyi Tak Tun Tuang yang blur itu.

JUMLAH DISLIKE LAGI BANYAK

Saya terbaca juga di Instagram Datuk mengenai sambutan peminat akan lagu ini. Benar, ia trending, tetapi Datuk agak kecewa mengenangkan jumlah dislike lagi ramai dari yang like.

Setakat jam 5.30 petang tadi, pengguna youtube yang telah like sebanyak 14 ribu, manakala yang dislike pula 113 ribu. Jauh ya ampun beza tu Datuk! Tak sama langsung dengan sambutan peminat pada lagu I Am Me Datuk Seri Vida. Di sana lebih ramai yang tekan like dari dislike.

PUNCA SEBENAR

Mengapa semua ini boleh terjadi ya Datuk? Dimanakah silapnya? Jawapannya mudah sahaja. Mereka yang dislike itu bukan tak suka lagu Datuk ni, tetapi tak suka seorang lagi ‘Abang’ yang ada dalam lagu berkenaan.

Abang yang dimaksudkan itu tak lain tak bukan Datuk Sajat. Datuk mesti baca kan top comment dalam video tu, beliau sebut judul Abang Nak Tegur tu memang kenalah, sebab ada 2 orang abang dalam lagu ini.

Netizen ni cerdik Datuk. Mereka dapat bezakan yang mana baik dan yang mana buruk. Bangkai gajah tak dapat ditutup dengan hanya meletakkan tuala mandi anak kita.

Begitu juga jantina. Suara lelaki yang Tuhan beri dari lahir tak dapat diubah walaupun menggunakan autotune. Bagi netizen, biarlah kami klik dislike agar mesej ini sampai pada Datuk sendiri.

Saya yakin dan amat percaya, Datuk berjiwa besar. Saya respect dengan sikap Datuk yang buat silap kemudian minta maaf. Saya nampak keikhlasan Datuk.

Jadi, bila saya dan netizen menegur Datuk dengan klik dislike, Datuk anggap sahaja kami, Netizen Nak Tegur.

Kami tak mahu berikan sokongan pada lagu yang didalamnya terdapat seorang hamba Tuhan yang suruh orang lain menerima beliau seadanya, sedangkan beliau sendiri pun tak dapat menerima siapa dirinya yang sebenar. (Dokumentari Halalkah Aku, RTM 2012)

Seeloknya Datuk seorang sahaja yang nyanyi. Kalau nak berduet juga, Datin Seri Shahida kan ada. Hal lirik lagunya, bagi orang lainlah yang ulas.

Semoga terus maju jaya Datuk. Kami doakan Datuk berjaya dunia dan akhirat. Pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas. Muah muah muah muah.

VIDEO LAGU DATO ALIFF

Sumber: FB Akhi Fairuz Al-Jengkawi.
Dulu lelaki, selamanya lelaki.

Loading...

Comments

One Ping

  1. Pingback:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Kejutan. Israel Tiba-Tiba Serang Syria. Puncanya Amat MENGEJUTKAN

Hilang Kasut Di Masjid. Ketika Kalut Mencari, “SESUATU” Terjadi. Subhanallah.