in

Hilang Kasut Di Masjid. Ketika Kalut Mencari, “SESUATU” Terjadi. Subhanallah.

Mudahkan Urusan Orang Lain, Allah Akan Mudahkan Urusan Kita InsyaAllah. Aaamin.

Hilang Kasut Di Masjid. Ketika Kalut Mencari, “SESUATU” Terjadi. Subhanallah. | Khalifah Mail Online – Seperti diceritakan oleh Cikgu Ghani. Seorang lelaki gelisah mencari kasutnya yang hilang selepas solat jemaah di masjid. Tengah kalut tu, “sesuatu” terjadi buat ramai terdiam. Allahu. Subhanallah.

NAMPAK ORANG HILANG KASUT

Ketika singgah di sebuah masjid dan bersolat,ada beberapa orang lain yg singgah bersolat. Ketika menuruni tangga masjid,saya melihat seorang yg singgah disitu tercari-cari kasutnya.Beberapa orang lain turut meninjau ke beberapa arah tidak jumpa.

Akhirnya seorang lelaki berkata, “Encik,ambik selipar saya ni,saya sedekahkan,encik mungkin nak berjalan jauh lagi,rumah saya dekat sini saja.”

Walaupun pada mulanya ia menolak,tetapi akhirnya ia menerima dan menerus perjalanan.Saya melihat lelaki itu berjalan balik ke rumahnya dg berkaki ayam, tetapi diwajahnya membayang kepuasan,apa tidaknya jika saya ditempat lelaki itu,saya pun mahu merebut peluang ini,tetapi saya pun bermusafir.

HADIS MUDAHKAN URUSAN ORANG LAIN

Dari Abu Hurairah ra, Nabi SAW, bersabda: “Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. Barang siapa yang menutupi aib seorang muslim, pasti Allah akan menutupi aibnya di dunia dan di akhirat. Allah senantiasa menolong hamba Nya selama hamba Nya itu suka menolong saudaranya”. (HR. Muslim)

Jika datang satu kesusahan orang lain kehadapan kita,jangankah menolak.memberi alasan,buat tak tahu,tak mahu ambik tahu kerana itu adalah tawaran dari Allah untuk melepaskan kita dari satu kesusahan diakhirat.

Soal siapa curi kasut,itu mencari salah,memberi kasut,itu melihat peluang.Ada baaaaanyak peluang yg Allah datangkan kpd kita untuk melepas kesusahan orang,tapi dlm bentuk berbeza.Jika Allah tidak hadirkan peluang,ciptalah sendiri peluang untuk berbuat baik, tawarkan diri utk menolong.Jom kita lihat,hari ini apa peluang kita untuk melepaskan kesusahan orang lain.

CONTOH UNTUK PEGAWAI KERAJAAN

Mengintai syurga bukan mesti disejadah,tetapi dimana juga,cuma kita yg buta,yg tidak mahu berfikir,tidak melihat sesuatu sebagai peluang.

Hadis itu juga menyebut siapa yg memudahkan urusan orang lain didunia,kelak dimudah urusan akhiratnya.Maka mereka yg jadi pegawai kerajaan, peluang ini cukup banyak.

Mudahkanlah urusan orang ramai contoh borang yg sedikit tidak lengkap,tolonglah lengkapkan,selagi boleh ditolong lengkapkanlah, rebutlah peluang ini.

CONTOH UNTUK PEGAWAI PENGUATKUASA

Kpd pegawai penguatkuasa undang-undang, kesilapan kecil yg boleh dimaafkan,rebutlah peluang memudahkan,jangan seronok nak saman saja kerana itu menambah kesusahan,pertimbangkanlah untuk menasihat,memudahkan, moga Allah beri ganjaran lebih besar dsbnya.

Ada orang berkata,bertuah jd cikgu kerana boleh menyuruh yg baik tiap hari,saya nak berkata bertuah jd pegawai kerajaan kerana anda berpeluang memudahkan urusan orang lain,menolong melancar suatu urusan hidup,jd kita semua ada peluang,cuma letak pada niat dan ilmu,dan adakah kita nampaj itu sebagai peluang.

HADIS ORANG PALING DICINTAI ALLAH

Pada suatu hari Rasululah Sholallahu ‘alaihi wassallam ditanya oleh sahabat beliau : “Ya Rasulullah, siapakah manusia yang paling dicintai Allah dan apakah perbuatan yang paling dicintai oleh Allah ? Rasulullah menjawab : “Manusia yang paling dicintai oleh Allah adalah manusia yang paling banyak bermanfaat dan berguna bagi manusia yang lain; sedangkan perbuatan yang paling dicintai Allah adalah memberikan kegembiraan kepada orang lain atau menghapuskan kesusahan orang lain, atau melunasi hutang orang yang tidak mampu untuk membayarnya, atau memberi makan kepada mereka yang sedang kelaparan dan jika seseorang itu berjalan untuk menolong orang yang sedang kesusahan itu lebih aku sukai daripada beri’tikaf di masjidku ini selama satu bulan ”. ( HR Thabrani )

Maka saya nak mengajak anda,dimana pun kita berada, marilah kita menjadi orang yg bermanfaat kpd orang lain dg berbagai usaha,tindakan dan peranan.Marilah kita berusaha menghapus kesasshan orang lain,memudahkan mereka dg apa cara untuk menjadi hamba yg dikasihi Allah kerana kita akan masuk syurga dg rahmat dan kading sayang Allah,bukan dg ibadat semata.

Lihat bandingan diakhir hadis itu bahawa nabi lebih suka orang yg berjalan menolong orang lain yg kesusahan dari orang yg beritikaf di masjid selama sebulan.

Jadi bukankah lebih baik membantu yg miskin,yg terlantar,yg sakit,yg memerlukan dari bawa tikar bantal ke masjid,berpindah dari masjid ke masjid utk beritikaf, atau menunggu disejagah masjid bagai tumbuh akar.

Saya sangat suka dg satu syair arab yg dibaca oleh guru saya Allahyarhan Tuan Syeikh Azmi,apakah mereka yg basah janggutnya menangis kerana takutkan Allah di masjidil haram lebih mulia dari kami yg bermandi darah di medan perang.

Saya pinda sikit berdasar hadis diatas apakah mereka yg basah janggutnya di masjid kerana takutkan Allah lebih mulia dari kami yg belemoih,berlelah dan bermandi peluh membantu yg memerlukan.Anda tidak perlu meinggalkan rumah utk dikasihi nabi, hulurkan bantuan, sumbangan. Wallahu a’lam

Sumber: Khalifah Mail Online via Cikgu Ghani

Comments

2 Pings & Trackbacks

  1. Pingback:

  2. Pingback:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Bayi Hidup Semula Semasa Perjalanan Ke Kubur. SUBHANALLAH.

Tegur Tuan Haji Yang Nak Beli Rumah Baru Di Bank. Apa Jadi Seterusnya Buat Ramai SENTAP