in

Tragedi Tahfiz. Luahan Isteri SEDIH Suami Maut Selepas Hanya Seminggu Berkahwin

Semoga Allah Berikan Kekuatan Kepada Puan. Ada Hikmahnya. Al Fatihah.

Tragedi Tahfiz. Luahan Isteri SEDIH Suami Maut Selepas Hanya Seminggu Berkahwin | Khalifah Mail Online – Seorang isteri tidak dapat menyembunyikan kesedihannya apabila suami yang baru berkahwin tak sampai seminggu meninggal dunia dalam tragedi tahfiz terbakar. Suaminya merupakan warden bertugas. Ikuti luahannya. Sedih. Al Fatihah.

BARU KAHWIN SEMINGGU

Hati siapa tidak pilu apabila orang tersayang yang baru dikahwini meninggal dunia.

Kepiluan dan kesedihan itu terpaksa ditempuh Noor Fatihah Osman, 23, selepas suaminya yang dinikahi pada Mei lalu, Mohd Amirul Nizam Sokarno, 25, yang merupakan seorang warden Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Keramat, di sini maut dalam kebakaran di bangunan tiga tingkat pusat tahfiz tersebut awal pagi tadi.

Difahamkan, pasangan terbabit baru sahaja seminggu melangsungkan majlis kenduri perkahwinan mereka.

Noor Fatihah dilihat tidak berhenti menangis ketika ditemui di lokasi kejadian dan enggan ditemu bual pemberita.

Ibu saudara Noor Fatihah, Asmah Yaakob, 50, ketika ditemui berkata, anak saudaranya itu dikejutkan dengan kejadian tersebut kira-kira pukul 6 pagi tadi.

“Fatihah ketika itu berada di hostel tempatnya belajar di Universiti Sains Islam malaysia (USIM) di Bangi sebelum terus bergegas ke lokasi,” katanya dalam nada sebak ketika ditemui hari ini.

PELAJAR TERSELAMAT CUBA SELAMATKAN MANGSA TERPERANGKAP

Mohd Arif bersama guru serta penduduk cuba menyelamatkan mangsa yang terperangkap.

Dalam pada itu Asmah berkata, selalunya Mohd Amirul akan telefon anak saudaranya untuk kejutkan bangun Subuh, namun hari ini tiada panggilan telefon itu.

Katanya, Noor Fatihah juga cuba menelefon suaminya tapi tidak berjawab.

“Saya tidak menyangka kejadian ini terjadi kepadanya,” katanya.

TERJAGA SELEPAS DENGAR BUNYI “RIBUT”

Dalam pada itu, seorang kakitangan pusat tahfiz berkenaan, Mohd Arif Mawardy, 24, berkata, dia ketika itu berada di tingkat dua bangunan berkenaan bersama tiga lagi guru cuba menyelamatkan pelajar di asrama pada awalnya selepas terdengar bunyi kuat seperti ribut di luar bangunan berkenaan.

“Saya terjaga dan melihat keluar tingkap namun bukan ribut dan saya terkejut melihat kepulan asap di tingkat tiga. Kemudian saya terdengar suara dari tingkat atas menjerit supaya menyelamatkan diri kerana berlaku kebakaran,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Sultan Kedah Mangkat Telah Buat Maharaja Jepun MENANGIS. Puncanya Buat Ramai SAYU

Kebakaran Tahfiz. Ibu Dedah Tindakan Anak Sebelum Pulang Ke Maahad Sangat Dirindui