in

Roti Canai Apek TARIK PELANCONG ke Segamat Johor. Ini RAHSIANYA….

Jarang Kita Dengar Roti Canai Apek. Selalu Roti Canai Mamak Je Kan…

Roti Canai Apek TARIK PELANCONG ke Segamat Johor. Ini RAHSIANYA….Khalifah Mail Online – Roti canai sinonim dengan gerai makan Melayu mahupun India namun seorang lelaki berbangsa Cina ini ‘memecahkan tradisi’ itu apabila dia mempunyai sebuah kedai roti canai di Segamat, Johor.

LELAKI CINA TEBAR ROTI CANAI

Menurut Malaysian Digest, Chang Wah Tey bukan sahaja memiliki kedai roti canai tersebut, malah turut menguli dan mencanai sendiri roti tersebut sejak 18 tahun lalu! Wow!

Lelaki berusia 65 tahun itu berasal dari Kampung Tengah, Segamat telah mencuba bekerja di pelbagai bidang termasuklah penoreh getah. Namun, kerana cintakan roti canai, Wah Tey gigih mempelajari rahsia dan cara-cara pembuatannya.

BELAJAR BUAT ROTI CANAI DARI RAKAN

Bersungguh-sungguh mahu mahir dalam pembuatan roti canai, Wah Tey mula belajar dari rakan India Muslimnya selama empat bulan sebelum memulakan perniagaannya. Menurutnya, dia akan memperuntukkan tiga jam untuk mempelajari cara uli roti canai dalam tiga kali seminggu.

Wah Tey kini mempunyai kedai kopi miliknya yang dibuka setiap hari jam 6.30 hingga 11.30 pagi kecuali jika dia dan isteri hendak pergi bercuti. Setiap hari sebanyak hampir 300 keping roti canai dibuat dan lebih dari itu pada hujung minggu.

“Kedai kopi ini malahan tiada sebarang papan tanda tetapi orang ramai masih tetap mengenalinya sebagai Roti Canai Kampung Tengah.”

Pada awal perniagaannya, Wah Tey hanya menggunakan minyak sapi untuk membuat roti canai tetapi kini dia tukar kepada minyak masak sayuran.

“Pelanggan tidak gemar dengan rasa minyak sapi dan percaya ia akan meninggikan paras kolestrol.”

Roti canai di kedainya dijual pada harga RM1.30 sekeping selain turut menjual roti telur dan roti sardin. Anak lelakinya juga turut menunjukkan minat dalam pembuatan roti canai dan membantunya menguruskan kedai kopi tersebut. Isterinya pula menggalas tugas menyediakan minuman seperti teh, kopi dan barli untuk pelanggan.

Meskipun terdapat banyak gerai makanan dikendalikan masyarakat Melayu dan India, ternyata kedai kopi milik Wah Tey tidak terkesan dengan persaingan sengit.

Roti canai mamak? Ini roti canai apek okaaaay!

Sumber : LobakMerah

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Rakan Terkejut Video [email protected] DIHANTAR DARI KUBUR. Rupanya Semasa Hidup Ini Yang Berlaku…

AKHIR ZAMAN. Datuk Dan 2 Bapa Saudara RATAH Dua Beradik Sejak Usia 13 TAHUN. Ini AKIBATNYA…