in

Rakan Terkejut Video [email protected] DIHANTAR DARI KUBUR. Rupanya Semasa Hidup Ini Yang Berlaku…

Ibu bapa Zaman Moden Harus Mengawasi Anak Anda Jika Mereka Sudah Pandai Layari Internet.

Rakan Terkejut Video [email protected] DIHANTAR DARI KUBUR. Rupanya Semasa Hidup Ini Yang Berlaku…Khalifah Mail Online – Masa kini anak sekecil 3 tahun sudah pandai melayari internet. Namun perkara ini haruslah dipantau oleh ibu bapa agar anak-anak terhidar dari gejala sosial yang memudaratkan. Gajet jika disalah guna boleh memberi kesan yang buruk kepada anak-anak. Semoga kita semua ambil iktibar daripada kisah ini.

Masalah pornografi pada masa sekarang sangat membimbangkan. Orang ramai dapat mengakses por#nografi dari telefon atau dari pencarian internet dengan mudah. Sudah menjadi kewajipan untuk kita menjauhkan diri dari perbuatan maksiat. Kita harus mengisi masa terluang dengan perkara yang bermanfaat. Saya ingin menceritakan sebuah kisah benar yang membuat saya sedih ketika mendengarnya. Kisah ini saya dengar dari ceramah di YouTube yang diceritakan oleh Mufti Ismail Menk.

HOBI YANG TIDAK SIHAT

Ada seorang anak muda lelaki di salah satu negara di jazirah Arab. Anak itu mempunyai ‘hobi’ yang tidak sihat. Dia cenderung menonton video dan gambar pornografi. Pada suatu hari, dengan membayar menggunakan kad kreditnya, dia melanggan email mingguan yang mempunyai video dan foto-foto gadis-gadis dari salah satu website porno. Ada antara rakan anak muda itu meminta agar dia turut menghantar pornografi tersebut kepada mereka, “Kami takda duit untuk bayar jika nak mendapatkan foto-foto dan video itu, jadi apabila email itu sudah diterima, tolong forwardkan juga pada kami.” Kebetulan dia mempunyai kumpulan yang ada ramai kawan di social media nya. Jadi sudah menjadi kebiasaan dia menghantar email gambar porno tersebut kepada kawan-kawannya setiap minggu.

Oleh kerana perlu menghantar emailnya setiap minggu, anak muda itu pun menjadi penat melakukannya. Jadi dia membuat keputusan untuk menggunakan auto-forward pada emailnya. Auto-forward bererti emailnya akan dihantar secara outomatik setiap minggu.

Setelah beberapa bulan berlalu, pada suatu hari, anak muda tadi keluar bersama kawan-kawannya menaiki sebuah kereta. Dalam perjalanan itu kereta yang dinaiki mengalami kemalangan. Anak muda tadi meninggal dunia dalam kemalangan itu, manakala kawan-kawannya yang lain hanya cedera ringan dan terselamat dalam kejadian itu.

Berita sedih ini telah diketahui oleh rakan mangsa, dan rakan-rakannya yang lain begitu tersentak mendengar khabar kematian anak muda tersebut. Beberapa hari kemudian ketika kawan-kawannya berkumpul di rumahnya, mereka menangis lalu mereka bercerita kepada seorang syeikh yang hadir. Mereka berkata “Syeikh, setiap minggu kami mendapat email auto-forward yang mengandungi video dan gambar-gambar porn#ografi dari kawan kami ini, sedangkan sekarang dia sudah ada di alam kubur”.

PENGAJARAN UNTUK ORANG LAIN

Allahuakbar! Ambillah pengajaran daripada kisah ini! Adakah kita ingin perkara ini terjadi kepada kita? Anak muda tadi sudah meninggal dunia, namun akibat melakukan auto-forward, maka email por#no itu secara automatik terus dihantar kepada kawan-kawannya. Mereka berusaha untuk mencari punca server email anak muda tadi. Dan mereka memerlukan masa yang sangat lama untuk menghapuskan email tersebut, kerana mereka perlu menunggu sehingga langganan anak muda tadi habis.

Mereka semua menangis ketika menceritakan kisah ini kepada syekh tadi. Mereka semua mendapat pengajaran yang berharga. Mudah-mudahan Allah mengampuni anak muda tadi kerana kawan-kawannya sudah berhenti menonton po#rnografi setelah mendapat hikmah daripada peristiwa ini. Semoga Allah s.w.t dapat mengampuninya.

Semoga kita mengambil iktibar dari kisah ini. Jika kita meninggal ketika kita sudah terbiasa melakukan perkara yang mungkar, perkara itu akan menjadi sangat memalukan bagi kita. Maka jadilah orang yang taat kepada Allah dalam menjalani kehidupan seharian.

Sumber : InfoMekah

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Ketika Nazak Muka Lelaki Jadi HITAM Walaupun Telah BERTAUBAT. Rupanya Ada “SESUATU” Yang Dirahsiakannya

Roti Canai Apek TARIK PELANCONG ke Segamat Johor. Ini RAHSIANYA….