in

Jemaah Haji Berasa Seolah Bawa Bas Ketika TAWAF. Seperti Bergurau, Tapi Rupanya Bila Balik Malaysia Je…

Musim Haji Bakal Tiba. Mari Sama-Sama Berdoa Pada Hari Arafah Nanti. Aaamin.

Jemaah Haji Berasa Seolah Bawa Bas Ketika TAWAF. Seperti Bergurau, Tapi Rupanya Bila Balik Malaysia Je…Khalifah Mail Online – Kisah yang diambil daripada Majalah Mastika edisi 2010 yang lalu ini boleh dijadikan iktibar kepada kita semua. Semoga semua saudara Islam kita yang telah berangkat dan akan ke Tanah Suci Mekah pada musim haji kali ini mendapat Haji yang mabrur.

PAK MAT CARI KEDAI TEH CINA

KISAH yang hendak saya ceritakan ini berlaku kepada seorang jemaah bernama Pak Mat pada musim haji 2001 lalu. Kelakuan jemaah ini sangat pelik. Pernah semasa jemaah ini sampai di hotel, dia terus keluar bilik. Bila saya tanya hendak ke mana?.. Pak Mat menjawab hendak minum teh di kedai Cina. Saya terus ketawa! Mana ada kedai Cina di Makkah, jawab saya. Ini bukan Malaysia.

Selama empat kali ke Makkah, tidak pernah sekalipun saya nampak ada kedai Cina di Tanah Suci. Saya cuba mengejar Pak Mat tetapi dah terlambat. Orang tua itu hilang di celah-celah orang ramai. Malam itu, saya membawa jemaah melakukan tawaf. Selepas tawaf, Pak Mat masih tidak muncul. Kami terus buat saie. Habis saie, kami balik ke hotel. Tapi Pak Mat masih hilang. Akhirnya saya membuat aduan di pejabat Tabung Haji memberitahu ada seorang jemaah hilang.

PAK MAT HILANG BERSAMA BEG PAKAIAN

Paling mengejutkan, pada suatu malam, saya mendapat tahu ada jemaah wanita ternampak Pak Mat balik makan di hotel. Hari itu sudah lima hari Pak Mat hilang. Setiap kali waktu makan Pak Mat balik. Habis makan Pak Mat keluar semula. Tapi saya diberitahu, masuk hari kelima jemaah wanita nampak Pak Mat bawa begnya sekali.

Saya terus bergegas ke bilik Pak Mat. Benar! Beg dan barang-barang peribadi Pak Mat tiada. Saya hairan! Kenapa Pak Mat berkelakuan aneh semasa di Mekah? Saya makin bimbang. Esok, semua jemaah akan pergi ke Arafah. Jika orang tua itu tidak balik, kami terpaksa bertolak ke Arafah tanpa Pak Mat.

Semasa berada di Arafah, saya menerima berita dari pejabat Tabung Haji bahawa Pak Mat telah ditemui. Pak Mat sedang dirawat di sebuah klinik. Saya terus ke klinik untuk mengambil Pak Mat. Saya lihat Pak Mat seperti orang bodoh. Saya tanya Pak Mat, ke mana dia pergi selama ini? Pak Mat memberitahu dia ada bersama-sama melakukan tawaf. Tapi semasa sedang tawaf berlaku kejadian pelik di depan Kaabah.

Semasa sedang tawaf Pak Mat memberitahu dia merasa seolah-olah sedang memandu bas. Semasa sedang memandu, Pak Mat ternampak seorang kanak-kanak hendak melintas jalan, Pak Mat terus mengelak, bimbang bas yang dipandunya melenyek kanak-kanak berkenaan. Peliknya sebaik saja mengelak, bas yang dipandu Pak Mat terus ghaib.

“Tapi, stereng bas ada di tangan saya,” cerita Pak Mat.

Memang tidak masuk akal cerita Pak Mat. Tapi Pak Mat beria-ria memberitahu apa yang berlaku itu bukan khayalan tetapi benar-benar berlaku. Dia sanggup bersumpah. Lalu saya bertanya bagaimana Pak Mat boleh balik ke hotel? Pak Mat menjawab:

“Mana saya tahu bila saya balik?”

WANG 700 RIYAL HILANG

Sekali lagi saya merasa pelik dengan perangai Pak Mat. Pak Mat juga tidak tahu ke mana perginya beg pakaian dan barang-barang miliknya. Pak Mat juga tidak tahu berapa hari dia hilang. Orang tua itu juga tidak sedar wangnya sebanyak 700 riyal juga hilang.

Selepas kejadian itu, saya terus memantau pergerakan Pak Mat. Selepas habis ibadah haji, saya bawa rombongan ziarah Madinah. Tapi, selepas lima hari di Madinah, Pak Mat sekali lagi hilang. Puas saya mencari Pak Mat, tetapi tiada seorang pun jemaah yang tahu. Akhirnya saya mendapat tahu Pak Mat berada di Hospital Madinah. Menurut pihak hospital, fikiran Pak Mat terganggu. Saya meminta kebenaran membaawa Pak Mat balik ke hotel.

Sampai di hotel saya terus memarahi Pak Mat. Pelikya, Pak Mat menjawab ada seorang jemaah mengajaknya minum teh tarik. Semasa hendak membayar, jemaah tersebut meminjam duit Pak Mat. Mereka berpisah di situ. Pak Mat pula terpinga-pinga tidak tahu jalan balik ke hotel. Saya cuba memeriksa wang dalam poket Pak Mat. Cuma ada 20 riyal. Saya bertanya kepada isteri Pak Mat, berapa riyal yang diberi kepada Pak Mat? lsterinya memberitahu, sejak duit Pak Mat hilang 700 riyal, dia hanya beri 20 riyal sahaja.

Hairan! Kenapa duit Pak Mat tidak luak. Mengikut cerita Pak Mat, jemaah yang mengajaknya minum pinjam duitnya minta membayar harga dua cawan teh? Memang pelik cerita Pak Mat ini. Banyak yang tidak masuk akal! Tapi Pak Mat kata dia tidak berbohong. Apa yang berlaku benar-benar terjadi. Tiba-tiba saja Pak Mat menangis di hadapan saya. Pak Mat mengakui segala yang telah berlaku mungkin sebagai balasan di atas segala kejahatan yang dilakukan dulu.

“Dulu, Pak Mat jahat. Pak Mat banyak buat dosa. Pak Mat lupa pada Allah,” beritahunya.

PETANDA AJAL

Paling mengejutkan, Pak Mat mengaku dia tidak ada hati langsung hendak buat haji. Mungkin sebab itulah hatinya tidak khusyuk dan selalu saja hilang. Mungkin inilah balasan Allah pada Pak Mat. Orang tua itu terus menangis teresak-esak. Saya melihat orang tua itu benar-benar insaf walaupun tidak berniat hendak mengerjakan haji di Mekah kerana banyak dosa.

Empat hari selepas balik ke tanah air, saya menerima berita bahawa Pak Mat terlibat dalam nahas jalan raya ketika sedang memandu bas. Pak Mat cedera parah. Tiga hari dirawat di ICU, Pak Mat meninggal dunia. Saya terkenang kembali kisah yang diceritakan Pak Mat semasa tawaf.

Pak Mat merasa seolah-olah sedang memandu bas dan semasa mengelak kanak-kanak melintas jalan, stereng tercabut di depan Kaabah. Rupa-rupanya itulah petanda Pak Mat akan pergi dulu. Saya berdoa semoga dosa-dosa Pak Mat diampunkan dan ibadatnya diterima sebagai haji yang mabrur.

Sumber : OhDUnia

Loading...

Comments

One Ping

  1. Pingback:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

MASYAALLAH. Sengaja Hina Allah. Apa Yang Jadi Kepada Wanita Ni Buat Umat Islam TERKEDU

Ketika Nazak Muka Lelaki Jadi HITAM Walaupun Telah BERTAUBAT. Rupanya Ada “SESUATU” Yang Dirahsiakannya