in

Hukum Suami Tidur Dengan Dua Isteri Dalam Satu Bilik ? Ini Jawapan UAI Yg Buat Ramai TERUJA

Jom Baca Dan Kongsikan Kepada Yang Berkenaan

Hukum Suami Tidur Dengan Dua Isteri Dalam Satu Bilik ? Ini Jawapan UAI Yg Buat Ramai TERUJA | Khalifah Mail Online – Ramai ingat suami yang berpoligami akan rasa gembira dan seronok. Tapi hakikatnya hanya Allah sahaja yang tau. Selain dari mendapat tanggungjawab yang lebih besar, ilmu-ilmu agama di dada kena turut meningkat banyak. Baru-baru ni ada orang tanya apa hukum suami tidur sekali dengan 2 isterinya dalam satu bilik. Jom baca jawapan Ustaz Azhar Idrus (UAI). Ada video.

Soalan : Apakah hukumnya jika saya tidur sekamar dengan kedua-dua isteri dan melakukan hubungan badan secara bergilir-gilir dalam satu bilik?

Jawapan : Dikatakan dalam Syarah Mukhtashar Khalil karya al Khurasyii, “Seorang laki-laki boleh menghimpunkan dua isterinya dalam satu rumah dengan dua syarat:

Pertama, isterinya masing-masing memiliki bilik tersendiri dan dilengkapi dengan perabot dan keperluan seperti tandas, dapur dan yang menjadi keperluan asasinya.

Kedua, kedua-dua isteri reda terhadap hal itu dan tiada perbezaan antara isteri kedua, ketiga atau keempat.

Jika kedua-duanya tidak reda dengan hal itu, maka si suami tidak boleh menghimpunkan kedua-dua isterinya dalam satu rumah.

Bahkan, dia wajib menyediakan rumah untuk setiap seorang dan tidak harus rumah keduanya berjauhan.

Kata Imam Ahmad RH, “Jika salah seorang isterinya reda (rela) kalau dia menggauli isterinya yang satu di depannya dengan dia melihatnya, tetap tidak boleh. Kerana hal itu termasuk menghinakan, tidak masuk akal dan menjatuhkan kehormatan. Ia tidak boleh dilakukan walau dengan keredaan kedua-duanya”.

VIDEO JAWAPAN USTAZ AZHAR IDRUS BERKENAAN SUAMI TIDUR DENGAN 2 ISTERI DALAM SATU BILIK

Ringkasan jawapan dalam video UAI ini, suami tidur sekali dengan 2, 3 atau 4 isteri dalam satu bilik adalah HARUS, tetapi jadi HARAM kalau ada hubungan intim. Noktah.

Sumber: Utara News

Loading...

Comments

One Ping

  1. Pingback:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Ketika Masak Isteri Tiba2 JATUH. Bila Ke Hospital Dapat Result Terus Aku GELAP MATA

Ini KATA Jenazah Yang Sedang DIMANDIKAN Seperti Disebut Oleh Nabi SAW. Apa Yang Dicakapkan Buat Ramai TERPANA