in

Dewan Rakyat Tertangguh. INI Rupanya Yang Terjadi Di Kalangan MP Di Luar Dewan

Kalau Itulah Alasannya. Rakyat Boleh Tarik Nafas Lega Kerana Mereka Tidak Berhenti Kerja Untuk Kebajikan Rakyat Seluruhnya.

Dewan Rakyat Tertangguh. INI Rupanya Yang Terjadi Di Kalangan MP Di Luar Dewan | Rakyat hari ni berang apabila viral sesi dewan rakyat tertangguh disebabkan ramai MP dari kerajaan dan pembangkang tidak masuk dewan tepat pada waktunya. MP Beruas, Ngeh Koo Ham akhirnya tampil beri penjelasan apa yang sebenarnya terjadi di luar dewan yang ramai tak tahu. Tak sangka.

KAMI TIDAK MAKAN, TETAPI BUAT MESYUARAT

Seorang ahli parlimen Pakatan Harapan (HARAPAN) menjelaskan bahawa mereka sedang bermesyuarat, hingga menyaksikan sidang Dewan Rakyat terpaksa ditangguhkan kerana kekurangan kuorum petang tadi.

“Kami bukan makan tengah hari,” kata Ahli Parlimen Beruas Ngeh Koo Ham kepada Malaysiakini.

“Kami tetap bekerja ketika waktu rehat makan tengah hari, kami sedang bermesyuarat (di salah satu bilik jawatankuasa) untuk membincangkan pelbagai perkara.

“Apabila loceng dibunyikan, kami bergegas ke dewan sedangkan mesyuarat sebenarnya masih belum selesai,” katanya.

Ngeh juga menjelaskan bahawa ada kalanya wakil rayat tidak hadir semasa sidang kerana menghadiri urusan lain.

Beliau berkata ahli parlimen tidak mampu sekadar “duduk” di Dewan Rakyat sedangkan belum tiba giliran mereka untuk berbahas.

“Hanya kerana kami tidak berada di dalam dewan tidak bermakna kami tidak hadir di Parlimen. Kami mungkin berjumpa dengan pegawai atau orang ramai yang memohon bantuan kami.

“Kami perlu memaksimumkan masa. Kami tidak boleh sekadar duduk di dalam dewan sepanjang hari,” katanya.

Pemimpin DAP itu berkata wakil rakyat juga sering-kali terpaksa bergegas pulang ke kawasan pilihan raya mereka untuk menangani isu pengundi mereka.

Malaysiakini sebelum ini melaporkan sidang sesi petang tadi terpaksa ditangguhkan selama lima minit apabila korum minimum 26 anggota parlimen gagal dicapai selepas waktu rehat dan makan tengah hari selama 90 minit. (Sumber: Malaysiakini)

KERAJAAN DISARAN UNTUK MULAKAN SESI SEKOLAH PUKUL 8 PAGI. MENARIK!!

Kementerian Pendidikan disaran mencontohi kerajaan Kelantan dengan melewatkan sesi persekolahan selama 30 minit.

Sekolah-sekolah bawah Yayasan Islam Kelantan (YIK) kini bermula pukul 8 pagi, berbanding 7.30 pagi di sekolah kelolaan kementerian.

Exco Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Teknologi Maklumat negeri, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, pendekatan yang diambil sejak tiga tahun itu mendapat respon positif ibu bapa.

“Waktu tersebut lebih sesuai kerana memberi ruang lebih selesa kepada ibu bapa sekali gus mengelak suasana kelam kabut aliran trafik pada waktu pagi.

“Pertemuan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan disusuli pertemuan barisan exco dengan menteri-menteri berkaitan bidang tugas masing-masing,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Abdul Rahman Yunus (Pas-Pasir Tumbuh) dalam sesi soal jawab sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kota Bharu, hari ini.

Mohamed Fadzli yang juga anggota dewan undangan negeri (ADUN) Temangan berkata dalam pertemuan dengan menteri pendidikan nanti pihaknya bukan sekadar mahu mendapatkan pandangan, malah akan memberi pandangan kepada pusat bagaimana menambah baik sistem pendidikan negara.

“Antara cadangan kita ialah supaya kementerian bukan setakat mengkaji kasut sekolah tapi mengkaji waktu persekolahan bagi memberi ruang lebih selesa kepada ibu bapa,” katanya

Sementara itu, Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob menjelaskan langkah kerajaan negeri menukar waktu persekolahan sekolah-sekolah YIK kepada bermula jam 8 pagi sebelum ini sudah dikemukakan kepada Jabatan Pendidikan negeri.

“Kita maklumkan keputusan menukar waktu persekolahan ini untuk pengetahuan jabatan dengan harapan semoga sekolah-sekolah di bawah kementerian juga dapat bersama kita,” katanya. (Sumber: Malaysiakini)

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

MasyAllah. Pemain Perancis Dembele Derma Duit Menang Piala Dunia Bina Masjid. Laporan PENUH.

Dewan Rakyat Tak Cukup Korum. Cadangan BERANI Rais Yatim Ni Buat Hampir Semua MP BERANG