in

Isu Keganasan. Komen Terkini Dr Maza Ni Buat Semua Penyokong PAS Gembira

Ramai Yang Setuju Dengan Komen Dr Maza Ni. Semoga Allah Panjangkan Umur Dr Maza. Amin.

Isu Keganasan. Komen Terkini Dr Maza Ni Buat Semua Penyokong PAS Gembira | Umum mengetahui perbalahan Ramasamy dan Zakir Naik dalam isu keganasan. Terkini, Dr Maza, Mufti Perlis memberi komen mengejutkan buat ramai penyokong PAS gembira. Tak sangka.

DR MAZA UCAP TAHNIAH KEPADA PAS, NGO

Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengucapkan tahniah kepada Pas, badan bukan kerajaan (NGO) dan individu yang bertegas menuntut tindakan ke atas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Dr P Ramasamy yang dikaitan dengan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

Beliau yang lebih dikenali denagn panggilan Dr Maza mendakwa, Individu seperti Ramasamy dianggap berbahaya kepada kesejahteraan kaum dan agama dalam negara ini.

“Bahkan, organisasi LTTE itu telah diisytiharkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pihak antarabangsa sebagai kumpulan pengganas. Ia amat berbehaya kepada keselamatan setiap rakyat Malaysia terutama yang berbeza dan mengkritik mereka.

“Inilah yang kita lihat dari keganasan mereka seperti mana mereka telah membunuh Rajiv Gandhi melalui pengebom berani mati. Semoga ALLAH merahmati Pas, NGO-NGO dan semua individu yang bangkit dengan tegas dalam isu ini. Ya ALLAH, selamatkanlah negara kami,” katanya dalam catatan di Facebook miliknya, hari ini.

Sebelum ini Ketua Penerangan Pas, Nasruddin Hassan melahirkan kebimbangan apabila Ramasamy dikatakan terlibat dengan kumpulan pemisah LTTE.

Manakala Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, pihaknya menerima 53 laporan berhubung isu Ramasamy yang sebelum ini berkongsi gambar bersama anggota LTTE iaitu Vaiko atau V Gopalasamy.

Menurutnya, laporan itu diterima pihaknya dari seluruh negara termasuk laporan yang dibuat Ramasamy sendiri. (Sumber: Sinar Harian)

DOA USTAZ SUBKI BUAT NAJIB TERHARU

“Ya Allah lindungilah Datuk Seri (Najib Tun Razak) dan seluruh ahli keluarga dari fitnah ya Allah…”

Itulah antara bait-bait doa yang dipanjatkan oleh Ustaz Ahmad Subki Osman dan diaminkan oleh kira-kira 100 jemaah yang turut sama menunaikan solat hajat sempena majlis ulang tahun kelahiran bekas perdana menteri itu di kediamannya di Langgak Duta, malam ini.

Solat hajat yang ditunaikan selapas solat maghrib itu turut disi dengan tahlil dan bacaan surah Yassin.

Turut serta, ibu Najib, Tun Rahah Mohd Noah dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Majlis itu turut dihadiri ahli keluarga mangsa MH17.

Ustaz Ahmad Subki turut mendoakan agar Allah mengurniakan kekuatan kepada ahli keluarga MH17. (Sumber: Sinar Harian)

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Debat Zakir Dan Ramasamy. Ini Tindakan TEGAS Menteri Agama Buat Ramai Terkedu

PRK Sg Kandis. Ini Keputusan Nak Sokong Mana Pemimpin PAS Yang Ditunggu Ramai