in

Anina Viral GAMBAR Seri Perdana Diceroboh. Ini Jawapan Balas Polis Putrajaya

Harap Polis Putrajaya Boleh Siasat Perkara Ni Sebab Dah Viral. InsyaAllah Semoga Dipermudahkan Segalanya. Amin.

Anina Viral GAMBAR Seri Perdana Diceroboh. Ini Jawapan Balas Polis Putrajaya | Bekas pengasas PBBM, Anina terkini mendakwa Seri Perdana telah diceroboh masuk oleh pihak tak bertanggungjawab. Ekoran viral, ini jawapan balas Polis Putrajaya yang mengejutkan ramai.

TIADA LAPORAN POLIS TENTANG DAKWAAN ANINA TERSEBUT

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dipersalahkan bekas anggota Wanita Umno Langkawi, Anina Saadudin atas dakwaan ‘kecurian’ di bilik stor di Seri Perdana, yang dikatakan mengandungi barangan milik Datuk Seri Najib Razak.

Beliau juga menerbitkan gambar bilik stor tersebut yang kelihatan telah digeledah, pada akaun Facebooknya.

Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Putrajaya, Pemangku Asisten Komisioner Rosly Hassan berkata setakat ini tiada laporan dibuat mengenai dakwaan itu.

“Di mana dia dapat cerita ini? Setakat ini, pihak polis berlum lagi menerima sebarang laporan,” katanya kepada Malaysiakini.

Dalam hantaran di Facebook itu, Anina berkata kejadian terjadi kerana Dr Mahathir didakwa menghalang Najib daripada mengambil barangan peribadinya.

‘Inspektor Sahab’

“Tun tengok lah sendiri apa yang jadi? Disebabkan Tun tak bagi Datuk Seri Najib ambil barang-barang peribadi beliau, maka ianya kini telah dimasuki pencuri yang mengambil barang-barang tersebut.

“Kenapa zalim sangat tindakan Tun ini? Itu barang-barang milik peribadi. Begini kah layanan kepada seorang bekas perdana menteri? Apakah ini sikap seorang pemimpin negara yang mahu Tun tunjukkan kepada generasi muda? Bukan kah mereka yang mengundi Tun hari tu?” Soal beliau.

Dalam hantaran itu juga, Anina seakan menyindir Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Amar Singh yang menyiasat skandal 1MDB dengan menyebut perkataan Hindi ‘inspektor sahab’.

“Jadi Tun, tolonglah suruh inspektor sahab buat siasatan tentang perkara ini,” katanya.

Perkataan ‘sahib’ atau ‘sahab’ digunakan untuk menjelaskan kedudukan pihak yang berkuasa.

Sementara itu, sumber yang rapat dengan Najib mengesahkan bilik stor tersebut telah dipecahkan dan gambar di halaman Facebook Anina adalah tulen.

Menjelaskan motosikal roda tiga Can-Am dalam gambar itu, sumber berkata: “Saya percaya ia adalah hadiah kepada bekas perdana menteri dari pengedar atau pengilang.”

Rumah besar di Putrajaya yang menjadi kediaman rasmi perdana menteri itu kini kosong, memandangkan Mahathir mahu kekal di kediamannya. (Sumber: Malaysiakini)

SYED SADDIQ – ANAK NAJIB PERGI FINAL PIALA DUNIA MOSCOW PAKAI DUIT SENDIRI

Lawatan anak bekas perdana menteri, Datuk Nazifuddin Najib ke Russia untuk menonton perlawanan akhir Piala Dunia Ahad lalu bukan dibiayai Majlis Olimpik Malaysia (MOM) atau Kementerian Belia dan Sukan (KBS), kata menterinya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

“Saya sudah periksa dengan MOM. Dia ke sana atas kapasiti peribadi.

“MOM dan KBS tidak bayar untuk perjalanannya,” kata Syed Saddiq di Twitter hari ini.

Nazifuddin adalah setiausaha agung MOM.

Beliau memuat naik beberapa gambar ketika menonton perlawanan akhir antara Perancis dan Croatia di Stadium Luzhniki, Moscos, di Facebook.

Gambar itu mengundang kritikan pengguna laman sosial yang lain termasuk cef selebriti Datuk Redzuawan ismail atau Cef Wan.

Ini kerana Nazifuddin sebelum ini pernah menyuarakan bantahan terhadap kerajaan kerana membeku akaun milik anggota keluarga Najib yang menurutnya memberikan kesn emosi dan menjejaskan rawatan kanser kakaknya, Puteri Norlisa.

Dalam satu lagi hantaran Facebook semalam, beliau berkata akan ke Jakarta bagi menghadiri Sukan Asia 2018 di Palembang.

Hantaran itu diiringi tanda pagar #IWorkInSport, dipercayai merujuk kepada jawatannya di MOM. (Sumber: Malaysiakini)

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Pesanan Tun Mahathir. Nak Cakap Apa, Cakaplah

Ini Komen Raja Perlis Buat Tun Mahathir Yang Ahli Umno Terpaksa Setuju