in

Nazir Razak Hadir Ke Rumah Terbuka Bersatu Dan Ini Laporan PENUH

Bagus La. Ukhwah Sesama Islam Tetap Dijaga. Terbaik La Rakyat Malaysia.

Nazir Razak Hadir Ke Rumah Terbuka Bersatu Dan Ini Laporan PENUH | Rumah terbuka BERSATU Klang jadi gempar apabila adik bekas PM ke-6, Nazir Razak hadir dan ini laporan PENUH kejadian tersebut.

DATANG BERSAMA ISTERI DAN ANAK

Pengerusi Kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Razak malam ini dilihat hadir di rumah terbuka anjuran Parti Pribumi Bersatu (BERSATU).

Majlis yang diadakan di SJK (C) Pandamaran A di Klang.itu dihoskan oleh ketua strategi BERSATU Rais Hussin, yang juga ketua BERSATU bahagian Klang.

Hadir bersama Nazir ialah isterinya Azlina Aziz dan anak mereka.

Beliau dilihat duduk bersebelahan dengan Timbalan Ketua strategi Bersatu, Wan Saiful Wan Jan.

Nazir sebelum ini pernah beberapa kali mengkritik kerajaan BN walaupun beliau merupakan adik kepada bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Pada Februari 2015, beliau bersama adik beradik yang lain mengeluarkan kenyataan keluarga untuk menafikan dakwaan bahawa kekayaan abangnya berpunca daripada harta warisan keluarga mereka.

Kenyataan itu juga menyebut dakwaan tersebut mencemarkan nama bapa mereka, Tun Abdul Razak Hussein, yang juga merupakan perdana menteri kedua Malaysia.

Kenyataan itu muncul lima bulan sebelum Wall Street Journal mendedahkan deposit berbilion ringgit dalam akaun bank peribadi Najib, yang mana penyiasat mendakwa ia berasal daripada dana 1MDB milik kerajaan Malaysia.

Najib menafikan sebarang salah laku atau mengambil dana awam untuk keuntungan peribadi.

Pada pilihan raya umum lalu, BN yang diketuai Najib mengalami kekalahan pertama dan terburuk dalam tempoh 61 tahun sejak negara mencapai kemerdekaan.

Nazir juga sebelum ini memuji Tun Dr Mahathir Mohamad dengan mengatakan perdana menteri itu tidak pernah lupa terhadap pengorbanan bapanya.

“Kedua-dua mereka berkongsi kesungguhan yang sama iaitu membangunkan negara sebaik mungkin dan melangkaui pengorbanan peribadi,” kata Nazir. (Sumber: Malaysiakini)

MENARA M – BANGUNAN BARU BAKAL TERTINGGI DI MALAYSIA

Malaysia mungkin memperoleh satu lagi bangunan tertinggi di negara ini menjelang 2030 yang buat sementara waktu dikenali sebagai “Tower M”, menurut The Edge Property.

Menara itu dijangka melebihi ketinggian dua menara lain yang dimulakan ketika pentadbiran Datuk Seri Najib Razak – Menara Exchange 106 dan Menara PNB 118.

Menara Exchange 106, yang dijangka siap tahun ini merupakan bangunan setinggi 492 meter manakala PNB118, yang dijangka siap pada tahun 2020, berketinggian 635 meter.

Menara Berkembar Petronas (KLCC) yang dibina semasa pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri keempat, berukuran 375 meter tinggi dan merupakan bangunan tertinggi di negara ini sejak dibina pada tahun 1996.

Sekiranya pembinaan “Menara M” berjalan lancar, ia akan menjadi bangunan pencakar langit pertama di bawah pentadbiran Mahathir sebagai perdana menteri ketujuh.

The Edge Property melaporkan bahawa “Tower M” akan dibina oleh KLCC (Holdings) Sdn Bhd (KLCCH), pemilik Menara Berkembar Petronas dan dijangka memiliki 145 tingkat.

Laporan itu berkata, bangunan setinggi 700 meter itu akan dibina bersebelahan stesen MRT Timur KLCC, yang merupakan sebahagian daripada projek MRT2 yang sedang dalam pembinaan.

Ia memetik seorang jurucakap KLCCH sebagai berkata bahawa kerja-kerja meletakkan batu asas bagi menara pejabat itu sudah dijalankan tetapi pembinaan bangunan itu sendiri hanya akan bermula pada masa akan datang.

“Memandangkan spekulasi pasaran semasa, dijangka bahawa menara itu hanya akan dibina jauh di masa hadapan (Selepas 2030),” katanya. (Sumber: Malaysiakini)

Loading...

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Mahdzir Khalid Dilantik Ketua Umno Terengganu. Ini Respons Akar Umbi Yang Berani

MP Umno PAS Boikot Keluar Dewan. KJ Stay. Ini Respon Netizen Yang WOW