in

Apa Dah Jadi. Rakan Sekerja Tikam Kerani Hingga Mati. Puncanya Buat Ramai TAK SANGKA

Budaya Membawang Di Tempat Kerja Ternyata Sangat Bahaya. Semoga Menjadi Iktibar Kepada Semua. AL FATIHAH.

Apa Dah Jadi. Rakan Sekerja Tikam Kerani Hingga Mati. Puncanya Buat Ramai TAK SANGKA | Seorang kerani di Kolej Vokasional Sultan Abdul Samad Banting maut apabila ditikam oleh rakan sekerjanya. Hasil siasatan polis, puncanya buat ramai tak sangka. Allahu.

BERANG AKIBAT SELALU DISINDIR

Akibat berang kerap disindir mempunyai hubungan sulit, seorang lelaki bertindak menikam dan mencekik seorang kerani wanita sehingga mati di Kolej Vokasional Sultan Abdul Samad di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, mayat mangsa, Zaimah Mahmod, 57, ditemui di stor pejabat sekolah berkenaan akibat ditikam dengan pisau oleh suspek berusia 28 tahun yang juga rakan sekerjanya.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan daripada suspek yang mengaku baru membunuh mangsa.

“Ketika menghubungi polis pada jam 2.40 petang, lelaki itu (suspek) turut memberitahu sudah menikam dan mencekik wanita berkenaan sehingga mati.

“Hanya suspek dan mangsa berada di tempat kejadian. Beberapa kesan tikaman turut ditemui di leher dan badan wanita itu selain pisau yang digunakan suspek untuk membunuh,” katanya kepada NSTP.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati suspek yang juga pembantu makmal sekolah itu dipercayai berdendam kerana sering kali disindir mangsa.

“Mangsa yang juga ibu tunggal dikatakan kerap menyindir suspek mempunyai hubungan sulit dengan seorang kakitangan di sekolah berkenaan.

“Suspek yang baru tiga bulan bekerja, turut menjalani rawatan kemurungan di hospital selain pernah melakukan cubaan membunuh diri,” katanya memaklumkan suspek ditemui hanya duduk dalam keadaan tenang di samping mayat mangsa.

Kata Azizan, pihaknya bagaimanapun masih menjalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Banting untuk bedah siasat manakala suspek ditahan bagi membantu siasatan,” katanya. (Sumber: Berita Harian)

GURU TAHFIZ DITANGKAP PAKSA ANAK MURID BUAT 0RAL S3X

Seorang guru tahfiz ditahan selepas disyaki melakukan seks oral terhadap pelajar lelaki di sebuah sebuah sekolah tahfiz di Taman Keramat Permai, Hulu Kelang di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Hamzah Alias berkata, mangsa berusia 14 tahun itu membuat laporan polis yang mendakwa guru terbabit berusia 21 tahun melakukan seks oral terhadapnya sejak Mei lalu.

“Kejadian itu berlaku sejak Mei lalu di sekolah tahfiz berkenaan. Guru terbabit meminta untuk melakukan seks oral terhadap mangsa, namun ditolak pelajar berkenaan.

“Bagaimanapun, mangsa kemudian membenarkan guru berkenaan melakukan seks oral terhadapnya secara rela kerana tidak mahu suspek berkecil hati.

“Perbuatan itu sudah berlaku lima kali sejak Mei lalu,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Hamzah berkata, mangsa menceritakan kejadian itu kepada ahli keluarganya di Johor apabila pulang ke kampung pada 26 Jun lalu.

“Mangsa memaklumkan dia takut kembali ke sekolah tahfiz berkenaan berikutan kejadian itu.

“Suspek ditahan di sekitar daerah ini dan akan direman selama tujuh hari bermula hari ini hingga 17 Julai nanti bagi membantu siasatan,” katanya.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan kerana melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabie tanpa kerelaan. (Sumber: Berita Harian)

Loading...

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

PRK Sungai Kandis. Ini Keputusan Berani UMNO Selangor Buat Ramai Tergamam

Isu Maknyah. Ini Komen Dr Maza Yang Ditunggu Ramai. Kongsikan.