in

YA ALLAH. Murid 10 Tahun Maut Didera. Doktor Dedah Punca Kematian Buat Ramai BERANG

Semoga Allah Masukkan Arwah Ke Dalam Syurga. InsyaAllah. Amin.

YA ALLAH. Murid 10 Tahun Maut Didera. Doktor Dedah Punca Kematian Buat Ramai BERANG | Seorang murid lelaki berusia 10 tahun maut didera di rumah. Lepas siasatan, doktor dedah punca kematian yang mengejutkan buat ramai berang.

MENINGGAL AKIBAT PENDARAHAN ESOFAGUS

Punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun yang dipercayai didera oleh ibu kandungnya di Taman Permatang Badak Maju, Permatang Badak di sini, semalam adalah disebabkan oleh pendarahan di bahagian esofagus.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Asisten Komisioner Othman Nayan berkata, hasil bedah siasat pada pukul 10 pagi tadi mendapati keadaan itu berkemungkinan oleh faktor salur darah pecah atau berlaku ulser pada esofagus.

“Ini berkemungkinan oleh stress atau force trauma, selain terdapat banyak kesan parut lama dan luka baru di bahagian kepala dan seluruh anggota badan mangsa yang berkemungkinan adalah kerana didera,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurutnya pemeriksaan fizikal mendapati terdapat banyak kesan lebam ditemui pada bahagian pergelangan kaki, belakang badan, bahagian pinggang, punggung, bahagian siku kiri, bahagian bawah ketiak kanan dan kesan melecur pada bahagian kemaluan mangsa.

“Mangsa yang merupakan pelajar tahun 4 dari Sekolah Chung Ching Tanah Putih merupakan anak pertama dari dua beradik lelaki. Yang kedua berumur lapan tahun,” katanya.

Othman berkata bapa mangsa yang berumur 30 tahun bekerja sambilan sebagai penjual kereta terpakai selain menjadi pemandu Grab, manakala ibu mangsa mengambil upah menjaga tiga orang kanak-kanak di rumahnya.

Tambahnya, ibu dan bapa mangsa kini ditahan reman sehingga 16 Julai bermula semalam dan kes ini disiasat mengikut seksyen 302 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati.

Jenazah kanak-kanak malang itu dituntut oleh keluarganya pada jam 3.40 petang tadi untuk dikebumikan. (Sumber: Berita Harian)

KETUA POLIS: ROSMAH TAK TUNTUT BARANG KEMAS LUBNAN

Polis tidak menerima permohonan daripada isteri bekas perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor untuk menuntut barang kemas bernilai ratusan juta yang dirampas Mei lepas, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

Beliau berkata, jika Rosmah ingin berbuat demikian, beliau harus mengikut undang-undang dan ada caranya untuk memohon.

“Perkara ini bukannya mudah kerana ia mempunyai kaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB),” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-83 Perwakilan Koperasi Polis Diraja Malaysia (KPDRM) di sini, hari ini.

Beliau mengulas tindakan sebuah syarikat pemborong barang kemas di Lubnan memfailkan saman terhadap Rosmah di Mahkamah Tinggi di sini, bulan lepas.

Syarikat itu menuntut supaya isteri bekas perdana menteri memulangkan kembali 44 barangan kemas yang dihantar kepadanya untuk dipilih atau membayar barang kemas berkenaan berjumlah AS$14.79 juta (RM59.831 juta).

Sementara itu, Mohamad Fuzi berkata polis akan membuktikan apa didakwa bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tentang serbuan dilakukan di beberapa premis milik beliau dan anaknya sebagai tidak memenuhi Prosedur Operasi Standard (SOP).

“Itu hanya sekadar dakwaannya sahaja, macam-macam dia boleh cakap. Biar (Najib) nak cakap apapun, kita kena ikut proses undang-undang,” katanya. – Bernama via Sinar Harian

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Masih Ingat Prof Yang Pernah Kutuk Tun Mahathir Ni . Kenyataan Terkini Dia Buat Ramai Terkedu

Tun Mahathir Dedah Rahsia Hampir Menemui Ajal Pada Tahun 1989 Yang Ramai Tak Tahu