in

Ini Amaran Asyraf Wajdi Terhadap Kerajaan PH Buat Ahli UMNO Tepuk Tangan

Betul. Kena ada Pembangkang Yang Hebat Untuk Buatkan Negara Terus Maju.

Ini Amaran Asyraf Wajdi Terhadap Kerajaan PH Buat Ahli UMNO Tepuk Tangan | Lepas mesyuarat UMNO, selepas ditanya wartawan, Asyarf Wajdi memberi amaran terhadap kerajaan PH buat ramai ahli UMNO tepuk tangan. Boleh tahan berani jugak dia ni. Tak sangka.

KERAJAAN PH BUKAN MALAIKAT

Umno akan terus bersuara bagi mengimbangi kerajaan sedia ada memandangkan Pakatan Harapan (HARAPAN) bukan malaikat yang tidak berbuat salah, kata ketua pemudanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

“Kita akan jadi pembangkang berwibawa. Pemuda harus ke depan membawa suara hati dan denyut hati rakyat supaya kita menjadi pengimbang kepada kerajaan yang ada.

“Sebab kerajaan yang ada kini bukanlah malaikat – tak ada dosa atau kesalahan. Mereka orang biasa.

“Tak sampai 100 hari mereka banyak sentuh isu fundamental negara, agama, perlembagaan, tadbir urus yang hakikatnya menyerlahkan Pemuda Umno untuk mainkan peranan suara rakyat bagi tujuan sedemikian,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Pemuda Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) petang ini.

Sejak membentuk kerajaan, HARAPAN berdepan beberapa tuduhan pembangkang yang didakwa memperlekeh kedudukan perlembagaan.

Antaranya isu membabitkan ahli Penasihat Kerajaan, Datuk A Kadir Jasin yang didakwa menghina Institusi diraja apabila mengkritik perbelanjaan Yang di-Pertuan Agong.

Selain itu, isu membabitkan bahasa Melayu turut menjadi modal kepada pembangkang menyerang dasar kerajaan berikutan tindakan menteri kewangan, Lim Guan Eng mengeluarkan kenyataan media tambahan dalam bahasa Cina.

Terbaru, tindakan peguam negara, Tommy Thomas yang mahu menggunakan bahasa Inggeris ketika sidang media di mahkamah, juga menerima kritikan hebat sama ada oleh Umno mahupun PAS.

Tidak cukup dengan itu, isu membabitkan agama sekali lagi memanaskan suhu politik negara dengan gesaan bekas menteri penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin agar semua sekolah tahfiz ditutup.

Pandangan Zam Dangkal

Mengulas mengenai gesaan Zam itu, Asyraf berkata pandangan tersebut amat dangkal dan tidak boleh diterima kerana ia seolah-olah mencabar keputusan majlis raja-raja dan pihak berkuasa agama negeri.

“Hujah yang diletakkan untuk menghapuskan atau menutup sekolah tahfiz ini tidak kuat bahkah bagi saya amat dangkal sekali kerana pandangan mengatakan bahawa ia tidak mampu melahirkan generasi baru Islam yang baik dan seimbang,” katanya.

Katanya, sekolah tahfiz sepatutnya diperkasa ke arah lebih baik seperti dilaksanakan BN sebelum ini dan bukan dengan cara menutupnya.

“Kerajaan BN telah merangka satu blue print yang jelas bagaimana generasi tahfiz ini kita bina, seperti generasi hufaz.

“Hufaz bukan sahaja hafiz 30 juzuk al-quran tapi mereka mempunyai penguasaan disiplin ilmu dan mempunyai kemahiran dalam pelbagai aspek teknikal dan vokasional.

“Kita perkenal pelbagai aliran, ada profesional, aliran agama dan vokasional. Itu hasrat BN sebelum ini,” ujarnya lagi. (Sumber: Malaysiakini)

BTN MANSUH TAK LAMA LAGI.

Biro Tatanegara (BTN) akan dimansuhkan dalam tempoh terdekat, kata Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hari ini.

“Kita tidak mahu BTN, ia akan dimansuhkan,” katanya pada forum bertajuk “Perubahan Landskap Politik dan Aspirasi Belia” di Sunway University, di Kuala Lumpur.

Syed Saddiq berkata demikian bagi mengulas langkah kerajaan untuk menutup BTN yang dikecam pihak tertentu sejak beberapa tahun lepas kerana mendakwa biro itu digunakan untuk memupuk doktrin perkauman serta ketaksuban dan hanya menguntungkan tuan politiknya.

Menyentuh mengenai perkara lain, Anggota Parlimen Muar itu berkata beliau komited terhadap cadangan agar usia layak mengundi diturunkan daripada 21 tahun kepada 18 tahun.

“Saya komited untuk menjadikannya suatu kenyataan dalam penggal pentadbiran Pakatan Harapan (HARAPAN) sekarang.

Usia 18 tahun layak mengundi

“Kita tidak boleh memandang rendah kebijaksanaan mereka berusia 18 tahun dan menilai lebih tinggi kebijaksanaan mereka berusia lebih 50 tahun,” katanya.

Syed Saddiq berkata sebaik sahaja Pakatan Harapan membuat pengumuman bahawa mereka yang berusia 18 tahun layak mengundi, insentif besar akan diberi kepada parti politik agar mereka mendampingi kumpulan itu.

“Minda pengundi muda adalah lebih terbuka, mereka juga terbuka kepada dialog dan forum serta berminat dengan Malaysia yang pelbagai kaum,” jelas beliau.

Bagamanapun, katanya konsep memperkenalkan identiti Malaysia dalam kalangan orang muda tidak akan tercapai sekiranya tiada pembaharuan institusi. (Sumber: Malaysiakini)

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Tak Sangka. Ini Punca Najib Nak Tukar Ketua Pendakwaraya Dalam Kes Dia

Terperangkap Dalam Gua. Wartawan Dunia Terkedu Dengan Layanan Orang Islam Thai