in

Dana 1MDB. Bila Wartawan Tanya, Ini Jawapan Noh Omar Buat Ramai TERGELAK

Masa Ni Semua Pun Jawab Tak Tahu Dan Sabit Nama Orang Lain.

Dana 1MDB. Bila Wartawan Tanya, Ini Jawapan Noh Omar Buat Ramai TERGELAK | Akaun UMNO Selangor antara yang dibekukan kerana ada kaitan dengan 1MDB. Bila wartawan tanya, ini jawapan Noh Omar buat ramai tergelak.

NOH OMAR – SAYA TIDAK TAHU MENAHU. KENA TANYA NAJIB.

Pengerusi Umno Selangor Tan Sri Noh Omar hari ini mendakwa beliau tidak tahu-menahu sekiranya dana Umno negeri itu mempunyai kaitan dengan wang 1MDB.

Kata bekas menteri itu, beliau mendapat tahu mengenai isu berkenaan hanya melalui media sosial.

Menurut Noh, ada pihak mendakwa dana daripada syarikat pelaburan milik kerajaan yang sedang disiasat itu masuk ke akaun Umno Selangor pada 2013.

Bagaimanapun kata Noh, pada waktu itu Umno Selangor dipimpin oleh orang lain dan jawatan berkenaan hanya diserahkan kepadanya pada 2014.

“Di media sosial ada orang kata Badan Perhubungan Umno Selangor dapat dana 1MDB pada 2013.

“(Isu dana) 1MDB berlaku pada tahun 2013. Kalau (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia – SPRM) panggil saya pun saya (kata saya) tak tahu.

“Saya tak tahu-menahu sebab saya tak tender cheque waktu itu,” katanya di Tanjung Karang, Selangor hari ini.

Untuk rekod pengerusi Umno Selangor sebelum Noh ialah Datuk Seri Najib Razak.

Noh yang sebelum ini menjadi salah seorang pemimpin paling menonjol di Selangor ditanya mengenai langkah SPRM membekukan hampir 1,000 akaun Umno, termasuk melibatkan bahagian di Selangor.

Langkah itu diambil sebagai membantu badan antirasuah terbabit menyiasat dakwaan berlaku salah laku dan penyelewengan membabitkan dana 1MDB.

Tak Arah Pilih Sesiapa

Najib dikaitkan secara langsung dalam dakwaan berkenaan.

“Saya tak boleh komen sebab kita tak tahu mengapa ia dibekukan,” kata Noh lagi.

Menurut Noh, pada 2013 beliau bukan berjawatan ketua perhubungan Umno negeri.

Justeru katanya beliau tidak mempunyai sebarang kaitan dengan urusan transaksi dana.

Noh sebelum itu menghadiri mesyuarat pemilihan Umno peringkat Tanjung Karang di Dewan Datuk Hormat.

Mesyuarat perwakilan dan pemilihan Umno peringkat bahagian serta majlis tertinggi bermula hari ini dengan tumpuan paling utama terarah kepada jawatan presiden.

Lima calon sebelum ini telah diumumkan bertanding bagi jawatan nombor satu parti itu termasuk trio utama iaitu Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah, Naib Presiden yang menjalankan tugas-tugas presiden Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Ketua Pemuda yang juga Anggota Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin.

Dua lagi pencabar kerusi berkenaan yang kurang dikenali ialah anggota Umno Bahagian Bandar Tun Razak Mohamed Iqbal Maricair dan anggota Umno Bahagian Iskandar Puteri Mohd Yusof Musa@Jamaluddin, turut dinamakan sebagai calon bagi jawatan itu.

Sementara itu tinjauan Malaysiakini mendapati terdapat dua pemidang memaparkan wajah dua calon presiden walaupun ada tiga yang paling dikenali.

Pada pemidang yang dinaikkan di pintu masuk ke kawasan dewan tersebut dipaparkan wajah Khairy dan Ahmad Zahid.

Pada pemidang Ahmad Zahid tertulis “Calon Presiden Umno 03” dan “Umno Bangkit, Ahmad Zahid Hamidi” manakala mengiring wajah Khairy pula bertulis: “Calon No 02 presiden Umno, Khairy Jamaluddin” dan “Selamat bersidang para perwakilan, bersama saya membawa perubahan, menuju kemenangan”.

Noh ketika ditanya mengenai perkara itu berkata beliau tidak tahu siapa yang menaikkan pemidang tersebut dan mendakwa tidak memberikan sebarang arahan untuk perwakilan mengundi sesiapa secara khusus.

“Saya tak tahu tapi dalam senarai kita (ada sokong) Ku Li.

“Di Tanjong Karang saya tak mengarahkan perwakilan undi calon satu dua atau tiga, tapi saya hanya bagi panduan untuk pulihkan Umno, pilih bapa kita, abang kita atau adik kita,” katanya.

Sejurus selepas sidang media itu, Noh mengarahkan semua pemidang tersebut diturunkan. (Sumber: Malaysiakini)

DATO JOHARI – PEMIMPIAN ANGKUH PUNCA UMNO DIHUKUM

Umno dihukum kerana keangkuhan pemimpinnya, kata calon naib presiden parti itu, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Malah, bekas Menteri Kewangan II itu berkata kerana keangkuhan itulah juga parti terbabit kalah teruk pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 lalu.

“Kita berasa seperti kita ni begitu hebat di kawasan kita, sebab itulah kita boleh cakap apa sahaja yang kami mahu.

“Tetapi kata-kata itu merosakkan seluruh rakan-rakan kita (Umno) yang tidak terlibat dalam kenyataan tersebut.

“Inilah sebabnya rakyat menghukum kita. Bukan hanya orang-orang (yang sombong) tetapi parti kita (secara keseluruhan). Sebab itu parti kita kalah (pada PRU lalu),” kata Johari semasa berucap di mesyuarat perwakilan Umno Titiwangsa di sebuah hotel di Ampang hari ini.

Umno menerima tamparan hebat pada PRU lalu apabila terlepas daripada kuasa – buat kali pertama – kepada Pakatan Harapan.

Sebahagian pihak yakin kegagalan pemimpin Umno mendengar suara rakyat menyumbang kepada kekalahan berkenaan, selain isu semasa termasuk kos sara hidup serta 1MDB.

Menurut Johari Umno kini tidak lagi mempunyai pemimpin yang bijak dan boleh dipercayai, sekali gus menyumbang kepada kekalahan mereka pada PRU lalu.

“Jika kita mempunyai pemimpin yang mewarisi kepimpinan Umno, dari masa ke masa, kita akhirnya kehilangan unsur-unsur yang kita rujuk sebagai empat elemen kepimpinan penting,” katanya.

Unsur-unsur kepemimpinan tersebut katanya, ialah jujur, amanah, bijaksana dan bertanggungjawab melakukan kerja yang memberi manfaat kepada masyarakat.

Jadi Pembangkang Progresif

Pada masa sama, Johari berkata generasi terdahulu tidak dapat mengkritik kepimpin Umno kerana kurang mendapat pendedahan tentang perkembangan semasa.

Tetapi kini kata Johari, generasi muda menjadi lebih kedepan dalam menghakimi kualiti kepimpinan mereka.

“Apabila kita mempunyai pemimpin yang hanya menggantikan satu sama lain, yang tidak mempunyai empat ciri yang saya nyatakan sebelum ini, akhirnya, itulah sebabnya (kekalahan Umno),” katanya.

Selain itu, Johari juga menasihati anggota Umno agar mengubah pola pemikiran mereka supaya dapat menjadi pembangkang yang progresif.

Katanya, pemimpin Umno harus mengkritik kerajaan baru dengan fakta dan bukan hanya berdasarkan khabar angin yang belum tentu kesahihannya.

Mesyuarat perwakilan dan pemilihan Umno peringkat bahagian dan majlis tertinggi bermula hari ini dengan tumpuan pastinya terarah kepada perebutan jawatan presiden.

Lima calon sebelum ini telah diumumkan bertanding bagi jawatan nombor satu parti itu termasuk tiga yang paling dikenali iaitu Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah, naib presiden yang menjalankan tugas-tugas presiden Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Ketua Pemuda Umno yang juga Anggota Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Dua lagi pencabar kerusi berkenaan ialah anggota Umno Bandar Tun Razak Mohamed Iqbal Maricair dan anggota Umno Bahagian Iskandar Puteri Mohd Yusof Musa @ Jamaluddin.

Mesyuarat perwakilan Umno bermula hari ini di 191 bahagian dengan agenda utama hanya untuk memilih barisan kepimpinan di peringkat bahagian dan majlis tertinggi bagi sesi 2018-2021.

Bagi jawatan timbalan presiden pula, ia bakal menyaksikan persaingan di antara Anggota Majlis Tertinggi Datuk Seri Mohamad Hasan dan Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa.

Tujuh calon lagi akan bertanding merebut tiga jawatan naib presiden iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin, Sheikh Razali Sheikh Hamad, Datuk Seri Mahdzir Khalid, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan Datuk Seri Ahmad Said.

Seramai 106 calon pula akan bertanding merebut 25 jawatan sebagai anggota Majlis Tertinggi. (Sumber: Malaysiakini)

Loading...

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Aksi Teruk Ozil Dan Gundogan Di Piala Dunia. Ini Tindakan Erdogan Buat Ramai TERKEDU

Nikah Budak 11 Tahun. Lepas Lama Berdiam Diri, Si Suami Tampil Beritahu KISAH SEBENAR