in

Pemilihan Pemimpin UMNO. Ini Kata Dua Muhyiddin Buat Ramai SETUJU

Semoga Lepas Ni UMNO Jadi Pembangkang Yang Lebih Bijak. Amin.

Pemilihan Pemimpin UMNO. Ini Kata Dua Muhyiddin Buat Ramai SETUJU | Ketika kecoh tentang pemilihan pimpinan parti UMNO yang baru, wartawan sempat bertanya kepada TS Muhyiddin tentangnya dan ini ulasannya buat ramai setuju. Jom baca.

DAH TAK PEDULI TENTANG UMNO

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan zamannya dalam Umno telah pun berlalu dan tidak ingin ambil peduli tentang apa-apa mengenainya lagi.

Beliau yang ditemui pemberita pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Pagoh hari ini berkata Umno adalah parti yang terlibat dengan berbagai-bagai skandal dan masalah seperti rasuah dan politik wang.

Justeru, beliau tidak kisah siapa yang akan bertanding merebut jawatan presiden parti itu pada pemilihan kali ini, biarpun pernah menjadi individu kedua terpenting dalam Umno sebelum ini.

“Sebenarnya saya tidak peduli lagi tentang Umno. Saya tidak mahu lagi mendengar apa-apa mengenainya.

“Minta maaf la, jadi saya tak kisah siapa yang nak bertanding. Itu hak dia,” katanya kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Pagoh di Kompleks Sukan Pagoh di sini.

Muhyiddin yang juga Menteri Dalam Negeri berkata demikian sebagai mengulas keputusan Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Tengku Hamzah semalam yang menawarkan diri untuk bertanding jawatan Presiden Umno.

Sebelum itu, Tengku Razaleigh atau lebih dikenali sebagai Ku Li menegaskan keputusan beliau itu diambil selepas meneliti kedudukan dan situasi Umno terutama berkaitan soal kepimpinannya.

Setakat ini, hanya Ku Li dan Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah pun mengumumkan secara rasmi akan bertanding jawatan itu manakala Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin juga mengesahkan bertanding jawatan itu.

Pemilihan Umno kali ini akan berlangsung pada 30 Jun. (Sumber: Malaysiakini)

NAZRI AZIZ BALAS KATA KJ

Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Nazri Abdul Aziz berkata beliau tidak ada masalah dengan ikrar Khairy Jamaluddin Abu Bakar untuk “membebaskan Umno dari cengkaman panglima politik” meski mengakui beliau adalah salah seorang daripadanya.

“Betul, masih ramai panglima politik dalam Umno. Itu lumrah dalam sesebuah parti.

“Itu pendapat Khairy sendiri. Tak ada masalah. Contohnya, saya panglima politik di Padang Rengas. Saya sudah menjadi ketua bahagian di situ untuk 20 tahun,” katanya.

Awal hari ini, Khairy mengumumkan untuk bertanding jawatan presiden Umno dan menyatakan ikrarnya untuk menerajui Umno menjadi parti yang lebih terbuka dan bebas daripada cengkaman warlords (panglima politik).

Diminta mengulas lanjut, Nazri berkata, “kita tunggu dan lihat” sama ada Khairy mampu.

“Kita perlu tunggu dan lihat keputusan namun apa pun jadi di peringkat tertinggi, saya akan sentiasa jadi panglima politik Padang Rengas,” katanya.”

Tujuh calon telah menyerahkan borang pencalonan untuk jawatan presiden Umno namun ramai pihak bertumpu kepada tiga nama iaitu Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Khairy.

Tambah Nazri, umur Khairy atau mana-mana pemimpin politik tidak seharusnya menjadi ukuran kemampuan mereka.

Nazri juga menegaskan dirinya sebagai penyokong Ahmad Zahid meskipun mengalu-alukan pencabar lain.

“Saya rasa masing-masing yang bertanding mempunyai rancangan mereka sendiri untuk membangkitkan Umno dan satu-satunya cara untuk mereka melaksanakan hal itu adalah dengan menjawat jawatan tertinggi parti. Saya ucapkan selamat berjaya kepada mereka.

“Untuk saya, saya akan menyokong Ahmad Zahid dan Tan Sri Annuar Musa demi kesatuan, kestabilan dan kelangsungan (Umno),” katanya.

Untuk memberi sokongan kepada Ahmad Zahid, Nazri berkata, beliau akan membantu pemangku presiden Umno itu berkempen meskipun tempoh kempen singkat.

“Saya tidak pasti apa peluang AHmad Zahid untuk menang tapi saya akan sokong dia.

“Mungkin agak lewat kerana kita cuma ada 13 hari (berkempen) dan itu tidak berapa baik… tapi saya akan hubungi rakan-rakan saya dan meminta mereka menyokon Ahmad Zahid,” katanya. (Sumber: Malaysiakini)

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Lupakan Kisah Lampau. Ni Komen PADU Anwar Ibrahim Buat Najib TERKEDU

Bertanding Parlimen. Ni Jawapan Anwar Ibrahim Yang Ditunggu Ramai