in

Ustaz Ahmad Dusuki Dedah RAHSIA Arwah Nik Aziz Yg Ramai TAK TAHU. Subhanallah.

Nasihat TGNA Yang Sangat Berguna. Al Fatihah.

Ustaz Ahmad Dusuki Dedah RAHSIA Arwah Nik Aziz Yg Ramai TAK TAHU. Subhanallah. | Khalifah Mail Online – Siapa kat Malaysia ni yang tak kenal dengan tokoh yang sangat berpengaruh iaitu arwah Nik Aziz, bekas Menteri Besar Kelantan. Kehilangannya sangat dirasai dan kata-kata hikmahnya kini jadi sebutan. Ikuti wawancara wartawan dengan Ustaz Ahamd Dusuki yang masih ramai tak tahu ni.

Terasa cepat masa berlalu, dalam sedar tak sedar rupanya sudah beberapa tahun insan yang ternyata disayangi dan disanjungi ramai Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pergi meninggalkan kita semua.

Pemergiannya begitu dirasai dan meninggalkan kesan yang mendalam kepada setiap insan yang mengenali bekas Mursyidul Am Pas itu di mana puluhan ribu hadir ke majlis pengebumian ulamak terkenal ini.

Pemergian Allahyarham turut dirasai oleh anak saudaranya yang merupakan penceramah terkenal ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani.

Beliau telah berkongsikan kenangannya bersama Tuan Guru Nik Aziz kepada Sinar Harian di mana katanya, apa yang beliau paling ingat sehingga hari ini ialah kata-kata nasihat daripada Tok Guru Nik Abdul Aziz.

Ketika ini saya paling rindu ialah kata-kata nasihat beliau, yang tidak berhenti dalam menasihati keluarga ke arah perjalanan menuju ke akhirat, kerana beliau (tok guru) seorang yang optimis terhadap akhirat, maksudnya beliau dalam apa jua keadaan akan sentiasa bercakap tentang akhirat, kehidupan ini beliau gambarkan dengan suasana akhirat.

…sebab yang ini saya betul-betul terasa kehilangan rasa terlampau rindu kepada nasihat dan ingatan-ingatan dan teguran beliau,” katanya dalam satu wawancara khas bersama Sinar Harian di Kompleks Darul Thibbun Nabawi di Shah Alam disini hari ini.

Berbicara lanjut, Ahmad Dasuki berkata, sehinggakan Nik Abdul Aziz hingga ke penghujung nyawanya beliau tetap bercakap tentang dakwah Islam dan perkembangan Islam di dunia ini.

“Pada akhir hayat beliau, tok guru masih bertanya tentang perkembangan agama Islam dan penerimaan Islam terhadap masyarakat bukan Islam, beliau begitu obses hendak lihat Islam berkembang, hendak dunia terima Islam,” katanya.

Dalam pada itu, Ustaz Ahmad Dasuki berkata, Nik Abdul Aziz seorang yang tegas dalam hidup dan bukan seorang yang hidup dalam semberono.

“Kalau beliau marah, marah yang berasas, contohnya ketika waktu solat, beliau sedang berjemaah tiba-tiba ada orang yang tidak berjemaah buat ‘wirering’ kawasan masjid misalnya, lepas selesai solat pasti tok guru akan marah orang tersebut, sebab baginya dia minta mereka fokuskan waktu itu dengan ALLAH, jangan terlibat urusan lain, ini yang buat beliau marah…sebab dia betul-betul jaga solat berjemaah,” ujarnya.

Sementara itu, katanya Nik Abdul Aziz juga seorang yang sangat mementingkan nilai kekeluargaan dan pantang ada kenduri kendara keluarga, beliau akan pergi walau sesibuk manapun.

“Dia akan pergi ziarah, kerana ingin bersama keluarga,” katanya.

Berbicara lagi, Ustaz Ahmad Dasuki berkata ada satu rahsia yang mana mungkin ramai yang tidak tahu tentang perihal ini.

“Beliau akan pergi ‘bersembunyi’ di perkampungan Batu Balai di Jerantut, Pahang jika berhadapan dengan masalah terutamanya ketika ingin ‘merehatkan diri’ buat seketika daripada buruan media dan masalah politik yang melanda.

“Waktu paling saya ingat ialah ketika tok guru ada krisis dahulu, beliau ke situ, untuk asingkan diri buat seketika,” katanya.

Allahyarham Nik Abdul Aziz, 84, menghembuskan nafas terakhir pada 12 Februari 2015 lalu, di rumahnya di Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan.

Sumber: Sinar Harian

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Betul Ke Bunuh CICAK Dapat Pahala ? Ini Jawapan Ustaz Azhar Yang Buat Ramai TERKEDU

Inilah GOLONGAN Yang DIHALANG Dari Minum Air Telaga Nabi SAW – Al Kautsar. SEDIH.