in

1982 Ramai Orang KL Dapat Surat BERDARAH. Ramai TERDUDUK Bila Tau Puncanya. SUBHANALLAH

Semoga Allah Rahmati Posmen Tersebut. Aaamin.

1982 Ramai Orang KL Dapat Surat BERDARAH. Ramai TERDUDUK Bila Tau Puncanya. SUBHANALLAH | Khalifah Mail Online – Tahun 1982 pernah viral kisah misteri ramai orang dapat surat berdarah. Ada yang terkejut dan marah. Tapi bila tau kisah sebenar, semua terduduk respek. Allahu. Jom baca dan kongsikan kisah ni.

KEMALANGAN POSMEN BAWA SURAT

Assalamualaikum. Jika beberapa hari lepas aku menulis kisah Ustaz Amin membantu pesakit Aids, hari Jumaat yg mulia ini aku nak kongsi kisah 34 tahun lalu…lebih tepat pada tanggal 10 Ogos 1982 di Kuala Lumpur.

Ketika itu Norlisman Abu, seorang posmen sedang menunggang motorsikalnya sambil membawa sejumlah surat biasa dan SURAT BERDAFTAR. Malang menimpa apabila motornya terbabas ketika cuba mengelak sebuah kereta yg melanggar traffic light.

BANGKIT PELUK SURAT BERDAFTAR

Akibatnya Norlisman parah kerana terhumban di tepi jalan. Namun atas prinsip amanah, walau dalam keadaan berlumuran darah dan terhoyong-hayang, dia tetap bangun dan berjalan mendapatkan surat-surat itu serta memeluknya dgn erat.

Walaupun polis yg tiba di situ memujuknya untuk mengambil surat itu, Norlisman hanya memberi surat biasa, tetapi tidak dengan SURAT BERDAFTAR. Akhirnya dia dibawa ke hospital dgn SURAT-SURAT BERDAFTAR itu sekali.

Di hospital juga begitu. Norlisman tetap enggan menyerahkan surat-surat tersebut sehinggalah wakil Pos datang mengambilnya di wad beliau dirawat.

Keputusan yang dibuat itu telah menyelamatkan surat-surat berdaftar tersebut sehingga semuanya selamat diserahkan kepada penerima beberapa hari selepas kejadian walaupun dalam keadaan dgn dipenuhi darah kering.

DAPAT PERHATIAN PERDANA MENTERI

Beliau diberitahu disebabkan surat-surat itu berdarah, ramai penerima terkejut dan ada juga yang marah. Tetapi selepas mereka tahu apa berlaku melalui akhbar, ada yang datang melawatnya di hospital.

Apa yg menarik dalam kes ini, waktu dia memeluk surat itu dlm keadaan berlumuran darah, ada jurugambar sempat mengambil gambarnya.

Esoknya kesemua akhbar di negara ini menyiarkan foto berkenaan hingga menarik perhatian Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Dr Mahathir. Dr M kemudian mengarahkan menteri melawat dan memberi penghormatan pada beliau di HKL.

Sifat amanah Norlisman ternyata LUAR BIASA. Tak ramai yg tahu kisah ini atau mungkin dah lupa.

Aku yg tahu dan ingat rasa bertanggungjawab untuk menukilkannya kembali agar ia tidak pudar ditelan masa…dialah ‘unsung heroes’ yang kita perlu kenang jasa-jasanya… – Khalifah Mail Online

Sumber : Syahril A Kadir

Loading...

Comments

One Ping

  1. Pingback:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Lama Siasat. Akhirnya Wartawan Temui Result SPM Syed Mokhtar Yang MENGEJUTKAN Ramai

Lelaki 56 Tahun Kahwin Remaja 17 Tahun. Ini SEBABNYA Kisah Ni Viral Di Indonesia