in

Kes Ibu Durjana. Polis BURU Dalang Utama Yang MENGEJUTKAN Ramai

Allahu. Akhir Zaman. Semoga Allah Pelihara Negara Kita Ya Allah.

Kes Ibu Durjana. Polis BURU Dalang Utama Yang MENGEJUTKAN Ramai | Khalifah Mail Online – Baru-baru ni negara gempar apabila seorang ibu dijatuhkan hukuman 75 tahun selepas bersalah melacurkan 2 orang anak perempuannya (13 dan 10 tahun). Terkini selepas buat siasatan, polis buru dalang utama yang mengejutkan ramai. Baca selanjutnya.

3 JAHANAM BANGLADESH DIBURU

Polis sudah mengenalpasti lokasi persembunyian tiga suspek utama yang terlibat dalam kes ibu tunggal yang melacurkan dua anak kandungnya kepada warga asing.

Kesemua suspek yang merupakan warga negara Bangladesh berusia 30 an itu termasuk seorang teman lelaki kepada ibu durjana berkenaan dipercayai masih bersembunyi di Johor dan beberapa negeri lain.

Ketua Polis Daerah Kulai Suprintendan Razak Md Said berkata, perkara itu telah dimaklumkan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri untuk diambil tindakan.

MASIH BERADA DI JOHOR

“Kita telah kenalpasti lokasi persembunyian mereka. Kita turut memaklumkan beberapa agensi kerajaan lain bagi memastikan kesemua lelaki Bangladesh itu tidak boleh keluar dari negara ini sama ada menerusi jalan sah atau haram.

“Kami yakin mereka dapat diberkas dalam tempoh terdekat. Suspek asing itu mempunyai permit kerja sah dan kami bukan saja mengenal pasti identiti mereka, malah tempat persembunyian terkini mereka,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai di sini, hari ini.

Pagi tadi, ibu kepada dua kanak-kanak malang yang berusia 10 dan 13 tahun dijatuhi hukuman 75 tahun penjara oleh Mahkamah Sesyen Johor Bahru selepas wanita itu mengaku bersalah atas perbuatan kejinya.

Untuk rekod, wanita berumur 39 tahun itu tergamak melacurkan dua anaknya dengan kadar bayaran serendah RM50 kepada warga asing di sebuah hotel di Larkin, Johor Bahru sejak bulan lepas.

Sumber: Sinar Harian

Loading...

Comments

One Ping

  1. Pingback:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Tengah Gembira Sambut Hari Jadi. Tiba2 Dapat Panggilan Jiran Yang Buat Dia Terus TERDUDUK

Inilah 12 Strategi SEBENAR Portugis Tawan Melaka Yang Ramai TAK TAHU