in

Masih Ingat Kes Ni ? Selepas Lama Berdiam Diri Akhirnya Ibu Itu Tampil Beri Cerita SEBENAR

Semoga Dipermudahkan Urusan Dunia Akhirat Aaamin.

Masih Ingat Kes Ni ? Selepas Lama Berdiam Diri Akhirnya Ibu Itu Tampil Beri Cerita SEBENAR | Khalifah Mail Online – Baru-baru ni viral di laman sosial video seorang ibu “naik angin” dengan anaknya berusia 3 tahun. Kejadian itu mendapat kecaman meluas netizen. Selepas lama berdiam diri, akhirnya ibu itu tampil beritahu kisah sebenar yang buat ramai terkedu. Allahu. Baca dan kongsikan.

DISEBAR “ORANG DALAM”

“SEMUA itu fitnah dan cerita palsu sengaja direka bekas biras dengan niat mahu menjatuhkan maruah saya sebagai ibu kandung.

“Saya tidak pukul atau tolak anak saya sebaliknya dia terjatuh sendiri atas jalan,” demikian penjelasan seorang wanita dikenali sebagai Umi, 38, yang mendapat kecaman netizen selepas didakwa memukul anak kandung di depan rumahnya di Taman Mahkota Emas, Kuantan, Isnin lalu.

Umi berkata, kejadian itu bukan berlaku di depan rumahnya seperti yang tular di media sosial tetapi berlaku di depan rumah rakannya di Taman Sri Teruntum, Kuantan, pada 1.30 petang.

DISEBAR “ORANG DALAM”

Menurutnya, sebelum kejadian, anaknya keluar bermain bersama anak rakannya namun tidak pulang sebelum dia berpusing sebanyak tiga kali mencari di sekitar taman berkenaan namun gagal ditemui.

Katanya, dia mula menjadi marah dan terkejut selepas melihat anaknya pulang bersendirian sambil memeluk anak anjing ditemui.

ANAK PELUK ANAK ANJING

“Saya hanya marah dia kerana memeluk anak anjing sedangkan haiwan itu haram untuk disentuh.

“Gambar yang menunjukkan dia terjatuh itu bukan ditolak saya tetapi terjatuh sendiri sebelum anak masuk ke dalam kenderaan,” katanya ketika ditemui, di sini, hari ini.

Umi berkata, laporan perubatan dibuat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan mengesahkan anaknya tidak mengalami sebarang kecederaan ataupun luka.

Katanya, dia mengalami lebam di tangan kanan kerana terkena pintu belakang kereta ketika menyuruh anaknya masuk ke dalam kenderaan.

“Saya tahu perbuatan siapa yang sengaja menviralkan kejadian itu di laman sosial dan dia adalah bekas biras saya dan saya sudah bersedia untuk mengambil tindakan undang-undang kerana dia sudah menjatuhkan maruah saya,” katanya.

BUKAN KES PENDERAAN

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

“Ibu mangsa berusia lingkungan 38 tahun tampil di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan hari sama untuk memberi keterangan berhubung kejadian itu,” katanya.

Beliau berkata, polis mengesahkan kejadian itu tidak berunsurkan kes penderaan sebaliknya hanya salah faham dalam keluarga dan doktor turut mengesahkan mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan.

Sumber : Harian Metro

Loading...

Comments

2 Pings & Trackbacks

  1. Pingback:

  2. Pingback:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Kenyataan Ayah Terhadap Pembunuh Anaknya Ni Buat Seluruh Rakyat Amerika SEBAK

Luah Gembira Kahwin Suami Orang Di FB. Komen Netizen Ni Buat Dia Terus TERDUDUK