in

Ingat Lagi Murid Dirantai Tong Gas? Keputusan Mahkamah Terkini Buat Ramai SEBAK

Semoga Adik Tu Dipermudahkan Urusan Dunia Dan Akhirat. Aaaamin.

Ingat Lagi Murid Dirantai Tong Gas? Keputusan Mahkamah Terkini Buat Ramai SEBAK | Khalifah Mail Online – Pernah viral dahulu kes seorang murid 10 tahun dirantai dengan kejam pada tong gas yang buat ramai berang. Selepas hampir sebulan, akhirnya mahkamah keluarkan perintah terkini yang buat ramai sebak. Allahu.

BAPA DAPAT HAK JAGAAN KEKAL

Hak penjagaan kanak-kanak berusia 10 tahun yang ditemui tidak sedarkan diri dalam keadaan berbogel, dengan leher dirantai pada tong gas oleh bapa tirinya di sebuah rumah, Oktober lalu, kekal diserah kepada bapa kandungnya di Melaka.

Perintah itu dikeluarkan Mahkamah Bagi Kanak-kanak Kuantan, selepas tempoh penjagaan sementara selama sebulan kepada bapa kandung berakhir, semalam.

Majistret Tengku Eliana Tuan Kamaruzaman bagaimanapun menetapkan perintah penjagaan itu diberikan dengan pengawasan pelindung selama tiga tahun.

Keputusan itu dibuat selepas mahkamah meneliti laporan disediakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi memastikan kebajikan dan keselamatan kanak-kanak itu terjamin.

Pegawai Pelindung JKM Daerah, Zalina Yusof memaklumkan, beliau yang mengendalikan kes itu perlu memantau perkembangan kanak-kanak terbabit dalam tempoh tersebut.

TETAPI ADA SYARATNYA

“Dalam keputusan itu semalam, mahkamah turut putuskan beberapa syarat perlu dipatuhi penjaga untuk pastikan keselamatan dan kebajikan terjamin.

“Antara syaratnya, penjaga tidak dibenarkan menukar atau memindah hak jagaan tanpa kebenaran dan kanak-kanak serta penjaga harus menghadiri bengkel interaktif di JKM mengikut ketetapan,” katanya.

Pada 11 Oktober lalu, mahkamah putuskan perintah jagaan sementara diberikan kepada bapa kandungnya yang menetap di Melaka selama sebulan.

Sementara itu, Zalina berkata, JKM akan menguruskan proses pertukaran sekolah kanak-kanak itu dalam tempoh terdekat.

“Dalam tempoh sebulan lalu, dia memang tidak bersekolah buat sementara waktu. Ketika melihat perkembangannya di Melaka, dia sangat baik dan kelihatan gembira dengan suasana baharu dilalui.

“Abang sulung kanak-kanak itu berusia 16 tahun yang mendakwa tinggal bersama keluarga angkat turut berpindah ke Melaka dan bersetuju bersekolah semula,” katanya.

Sumber : GPS Bestari

Loading...

Comments

One Ping

  1. Pingback:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Penolong Berkeras Pertahan Ustaz Zamihan. Ini Jawapan Netizen Buat Dia Terus TERDIAM

Konflik Saudi-Yaman. Perisik Malaysia Dedah Perkara SEBENAR Yang Berlaku Di Balik Tabir