in

Cikgu Rampas Telefon Remaja 15 Tahun Dan TERKEJUT Bila Temui Ada “SESUATU” Pelik

Akhir Zaman. Semoga Kisah Ni Jadi Iktibar Kepada Semua.

Cikgu Rampas Telefon Remaja 15 Tahun Dan TERKEJUT Bila Temui Ada “SESUATU” Pelik | Khalifah Mail Online – Seorang cikgu displin sekolah di Kuching tekad untuk rampas telefon bimbit pelajar wanita 15 tahun yang bermasalah di sekolah dan terkejut bila temui ada “sesuatu” yang pelik. Satu sekolah terus gempar.

TERKEJUT BILA NAMPAK SESUATU DALAM TELEFON BIMBIT DIRAMPAS

Tindakan seorang pelajar perempuan membawa telefon bimbit ke sekolah membongkar rahsia dia menjadi mangsa ro#gol teman lelakinya.

Kejadian itu disedari oleh guru disiplin yang merampas dan memeriksa telefon berkenaan menemui gambar pelajar berusia 15 tahun itu bersama-sama seorang lelaki di atas katil.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Abang Ahmad Abang Julai, berkata, guru terbabit kemudiannya memaklumkan penemuan itu kepada ibu pelajar terbabit pada 29 September lalu.

IBU MANGSA TERUS BUAT LAPORAN POLIS

Beliau berkata, berikutan itu wanita itu membuat laporan polis kerana mengesyaki anaknya diro#gol lelaki terbabit.

“Siasatan awal polis mendapati mangsa mengaku mengadakan hubungan se#ks dengan teman lelakinya yang berumur 24 tahun di rumah suspek di Jalan Padungan Kuching sejak bulan Disember 2016 dan kali terakhir adalah pada 17 September lalu.

BERKENALAN MELALUI WECHAT

“Mangsa mengenali suspek sejak bulan Disember 2016 melalui aplikasi Wechat dan sering keluar bersama. Sejak itu, pelajar terbabit juga kerap ponteng sekolah,” katanya.

Abang Ahmad berkata, suspek berjaya ditahan di tepi Jalan Wan Abdul Rahman, di sini, kira-kira jam 10 pagi semalam.

“Hasil soal siasat, suspek mengaku merog#ol mangsa dan hasil ujian air kencing juga mendapati suspek positif dadah jenis Methampetamine,” katanya.

Abang Ahmad berkata, kes berkenaan masih dalam siasatan lanjut mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Sumber : Berita Harian

Loading...

Comments

One Ping

  1. Pingback:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Jemaah Haji Menangis Ketika Dengar Nassier Wahab Laung Azan. Ini Puncanya.. SUBHANALLAH

Wartawan Dedah Kisah Shahir Yang MENGEJUTKAN Sepanjang 3 Tahun Menghilang