in

Boy Iman Ditahan. Selepas Lama Berdiam Diri, Ini KOMEN Dato Nassier Wahab Yang Buat Ramai SETUJU

Sebelum Jadi Duta Apa-Apa Produk Kena Kaji Dulu Scam Ke Dak.

Boy Iman Ditahan. Selepas Lama Berdiam Diri, Ini KOMEN Dato Nassier Wahab Yang Buat Ramai SETUJU | Khalifah Mail Online – Penyanyi Datuk Nassier Wahab turut berasa sedih dan berasa terkilan dengan kekecohan berkaitan syarikat perumahan yang diterajui oleh Datuk Boy Iman (DBI) sehingga pelakon itu ditahan polis.

TAK SANGKA

Nassier yang juga duta kepada syarikat perumahan mampu milik itu berkata, apa yang berlaku adalah di luar jangkaannya dan dia berjanji untuk mencari jalan penyelesaian terbaik dalam masa terdekat.

“Saya masih belum berkesempatan untuk bertemu Datuk Boy kerana baru pulang dari Makkah dua hari lepas. Keadaan kesihatan saya juga tidak mengizinkan untuk berjumpa dengannya.

SAYA DUTA DBI TECHNOLOGY BUKAN DBI PROPERTY

Isu dibangkitkan adalah mengenai syarikat diberi nama DBI Property dan saya pula dilantik menjadi duta untuk syarikat DBI Technology.

“Saya juga dimaklumkan penahanan dia adalah bagi membantu siasatan tentang syarikat lamannya iaitu DBI Property.

“Insya-Allah bila kes ini sudah reda saya akan bertemu Boy Iman untuk membincangkan jalan penyelesaiannya. Saya sendiri berasa sedih dengan apa yang berlaku kerana adalah di luar jangkaan,” ujarnya kepada mStar Online, Selasa.

Nassier diminta mengulas tentang penahanan Boy Iman atau nama sebenarnya Norul Iman Abdul Rahman bersama dua lagi suspek utama di Ampang dan Setapak pada Isnin bagi membantu siasatan berhubung penipuan jualan rumah membabitkan nilai RM6.2 juta.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Sri Acryl Sani Abdullah Sani mengesahkan pihaknya menerima 188 laporan polis berkaitan penipuan jualan rumah yang dilakukan Syarikat DBI Properties dan Syarikat Juta Kelulut Global Resources.

Dalam pada itu, tambah Nassier, dia berharap segala kekecohan ini akan dapat diselesaikan dengan sebaiknya.

“Saya berdoa kepada Allah agar semua kekusutan yang berlaku ini dapat disesesaikan segera,” ujarnya.

VIDEO BERKAITAN

Sumber : Mstar

Loading...

930 Malam Terima Panggilan Kemalangan Di Cameron Highland. Sampai Tempat Kejadian TERKEJUT Bila Dapati…

20 Tahun Tak Pernah Tinggal Solat Malam Tapi Tak Masuk Syurga. Puncanya Buat Ramai TERGAMAM