in

Selepas Lama Berdiam Diri. Akhirnya Isteri Anggota TLDM Yang Maut Buat Pendedahan Yang MENGEJUTKAN

Semoga Arwah Dikalangan Orang Beriman. Al Fatihah.

Selepas Lama Berdiam Diri. Akhirnya Isteri Anggota TLDM Yang Maut Buat Pendedahan Yang MENGEJUTKAN | Khalifah Mail Online – Isteri kepada anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laskar Kelas 1 Nik Muhammad Baihaqy Nik Mat, yang meninggal dunia Jumaat lalu akibat didera, berharap kejadian menimpa suaminya itu membuka mata semua pihak.

3 ANAK KECIL HILANG KASIH BAPA

Noor Bazlin Mohammad, 28, berkata tiada apa yang diharapkan melainkan kematian suami mendapat keadilan sewajarnya kerana tiga anaknya yang masih kecil iaitu Nik Adam Mikail, 4; Nik Aisyah Azzahra, 2; serta Nik Anas Naufal berusia 10 bulan kini kehilangan bapa buat selama-lamanya.

“Saya berharap kejadian menimpa arwah suami menjadi pengajaran kepada semua pihak terutama TLDM bagi mengelak lebih ramai yang menjadi mangsa.

“Saya kini perlu kuatkan semangat untuk meneruskan hidup dan membesarkan anak-anak seorang diri,” katanya ketika dihubungi di Kuala Lumpur, hari ini.

Noor Bazlin yang bertugas sebagai jururawat di Klinik Kesihatan Datuk Keramat turut berhasrat berpindah ke Kelantan selepas kejadian yang menimpa arwah suaminya.

KAMI AKAN BALIK KELANTAN

“Selepas tamat cuti, saya akan mengambil cuti tanpa gaji bagi menguruskan keperluan sepatutnya, malah saya akan memohon untuk pertukaran ke Kelantan bagi membina hidup baharu bersama anak-anak.

“Jika di Kelantan, saya rasa lebih kuat kerana dekat dengan keluarga berbanding tinggal di Kuala Lumpur. Justeru, saya berharap urusan saya dipermudahkan,” katanya.

DUA ANGGOTA TLDM MAUT DIPUKUL

Dalam kejadian Jumaat lalu, selain Nik Muhammad Baihaqy, 28, seorang lagi rakannya iaitu Laskar Kelas 1 Muhammad Lailatuliman Mohd Sukri, 26, meninggal dunia selepas menjalani latihan fizikal di Bilik Tahanan Unit Sungai Wangi, Sitiawan, Ipoh.

Kedua-dua mangsa mati dipercayai dipukul bertubi-tubi menggunakan objek keras sehingga mengalami sesak nafas dan pendarahan di paru-paru.

Susulan kejadian itu, tiga anggota TLDM berusia 29 hingga 44 tahun ditahan reman tujuh hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sumber : Berita Harian

Loading...

Inilah 10 Jadual MENGEJUTKAN Mark Zuckerberg Dari Pagi Ke Malam Buat Ramai WOW

Terserempak Dengan Lelaki Persis Michael Jackson. Ini Identiti SEBENAR Buat Ramai WOW