in

Tindakan PANTAS Pengetua Ittifaqiyah Di Mahkamah Buat Keluarga Mangsa Kebakaran LEGA..

Semoga Allah Permudahkan Segala Urusan. Aamin.

Tindakan PANTAS Pengetua Ittifaqiyah Di Mahkamah Buat Keluarga Mangsa Kebakaran LEGA.. | Khalifah Mail Online – Pendakwaan suspek kes kebakaran tahfiz sudah pun bermula. Ada “sesuatu” yang pantas dilakukan oleh Pengetua pusat tahfiz berkenaan yang buat ramai keluarga mangsa kebakaran lega.

TERUS DAPATKAN PEGUAM PEMERHATI

KUALA LUMPUR: Pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, mendapatkan khidmat peguam pemerhati bagi waris mangsa yang terkorban dalam kebakaran pada 14 September lalu.

Pengetua pusat tahfiz berkenaan, Mohd Zahid Mahmood, berkata pihaknya mengikuti setiap perkembangan siasatan kes berkenaan, termasuk proses pendakwaan di Mahkamah Majistret, Jalan Duta, di sini, semalam.

“Dalam prosesn pendakwaan itu, peguam yang hadir adalah Bosetamam Ahmad dan Tajudin Razak. Kehadiran mereka direkodkan oleh mahkamah.

“Pada masa ini, pihak kami juga sudah mengambil inisiatif untuk mendapatkan peguam yang sudi dan sedia memberikan perkhidmatan mereka secara percuma sebagai peguam pemerhati, mewakili pusat tahfiz dan waris yang terbabit,” katanya dalam satu kenyataan, sebentar tadi.

Katanya, barisan peguam berkenaan akan diketuai oleh seorang peguam yang dilantik iaitu Abdul Razak Muhidin.

WARIS YANG PERLUKAN PEGUAM JUGA BOLEH

“Insya-Allah, semasa proses sebutan di Mahkamah Majistret pada 28 November depan, peguam sukarela ini akan hadir dalam prosiding mahkamah sebagai peguam pemerhati bagi pihak tahfiz dan waris yang memilih untuk diwakili,” katanya.

Mohd Zahid berkata, mana-mana waris yang ingin diwakili peguam pemerhati juga boleh menghubungi pengurusan Darul Quran Ittifaqiyah untuk diselaraskan.

Beliau juga berharap semoga tuhan menzahirkan kebenaran dan keadilan melalui proses mahkamah itu.

Kebakaran yang berlaku 14 September lalu mengorbankan 21 pelajar dan dua guru, yang juga warden pusat tahfiz berkenaan.

Semalam, Majistret Siti Radziah Kamaruddin, menetapkan 28 November depan sebagai tarikh sebutan semula kes ke atas dua remaja yang dituduh membunuh 21 pelajar dan dua warden pusat tahfiz berkenaan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sumber : Berita Harian

Loading...

Mak MAUT Ditikam Depan Anak 4 Tahun. Hasil Siasatan Awal Polis Mendapati…

Suami Kesal TERAJANG Isteri Mengandung. Nasihat Netizen Buat Dia Terus TERDUDUK