in

7x Gagal Ujian Pemandu. Apa Yang Dilakukan Pada Ujian Ke-8 Buat Sekolah Memandu TERGAMAM

Usaha Itu Tangga Kejayaan. Bersabarlah.

7x Gagal Ujian Pemandu. Apa Yang Dilakukan Pada Ujian Ke-8 Buat Sekolah Memandu TERGAMAM | Khalifah Mail Online – Ingatkah anda perasaan pertama kali mengambil ujian memandu? Perasaan takut gagal dan takut melakukan kesalahan di depan pengajar memandu. Setiap bahagian ujian dirasakan sebagai sesuatu ujian yang sangat getir.

UJIAN KE-8 TURUT ALAMI KEGAGALAN

Mungkin di antara kita ada yang terpaksa mengambil ujian memandu ini lebih dari dua atau tiga kali untuk melepasi ujian dan mendapatkan lesen memandu yang sah.

Tetapi bagi seorang wanita di Zhuhai, Guangdong, China, dia mengambil ujian memandu sebanyak 8 kali dan setiap kali itu juga dia gagal melepasinya.

KERETA TERBALIK

Ujian kali ke lapan merupakan sesuatu yang tidak diingininya apabila dia bukan sahaja gagal dalam ujian, tetapi juga terlibat dalam kemalangan dan menerbalikkan kereta yang dipandunya semasa ujian.

Kejadian ini berlaku pada 18 Ogos, di mana dia kehilangan kawalan semasa ujian jalan berliku “S”, kemudian melanggar dinding dan menyebabkan kereta terbalik 180 darjah.

Ini menyebabkan kereta terbalik dan bumbung kereta berada di bawah. Nasib baik kerana tiada kecederaan yang serius menimpa pelajar memandu itu. Namun dia dilihat menggigil kerana ketakukan akibat kejadian itu.

CIKGU PENGAJAR YANG COOL

Di dalam sebuah video menunjukkan pegawai memandu membantunya keluar dari kereta yang terbalik itu. “Tidak apa, asalkan anda tidak cedera. Jangan panik, lepaskan tali pinggang keledar itu dan keluar dari kereta,”

Apabila ditanya, pelajar memandu itu berkata: “ Saya menekan brek apabila kereta melalui selekoh tetapi kereta tersebut tetap bergerak laju jadi saya menekan dengan lebih kuat, namun ianya tetap tidak berhenti.” Selepas tenang daripada kejutan, dia menyedari bahawa dia sebenarnya memijak pedal minyak atau pemecut dan bukannya pedal brek.

Wanita ini sebelumnya mencuba dalam ujian memandu kenderaan manual sebanyak 5 kali, tetapi sering sahaja gagal. Dia kemudian mencuba dan memilih pula ujian pemanduan automatik sebanyak dua kali, tetapi tetap juga gagal.

VIDEO KERETA TERBALIK

Sumber: Era Baru

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Sangka Tengah KLIM#AKS. Tapi Rupa2 Sedang Hadapi SAKARATUL MAUT…

Bakal Suami Doktor Alim Tak Pernah Tinggal Solat. Tapi Lepas Kahwin Baru Tau Rupa2nya Dia….