in

Ayah TAKNAK Bagi Bayi 4 Bulan Makan Ubat. Alasannya Buat Ramai GERAM Rasa Nak LEMPANG…

Antibiotik Dikatanya Daripada Yahudi, Rokok Daripada Siapa Pulak?

Ayah TAKNAK Bagi Bayi 4 Bulan Makan Ubat. Alasannya Buat Ramai GERAM Rasa Nak LEMPANG… | Khalifah Mail Online – Kisah yang diambil daripada Facebook seorang doktor ini boleh dijadikan sebagai pengajaran kepada ibu bapa yang mempunyai anak kecil. Tambahan bagi bapa yang merokok, berhenti lah tabiat itu untuk kelangsungan hidup anak dan isteri anda. Semoga kita sama-sama perbaiki kehidupan kita. Jom baca lebih lanjut.

BAYI TIDAK DIBERI UBAT HOSPITAL, HANYA BAGI UBAT BATUK DAN MADU

Harini saya locum. Saya dapat kes yang menyentuh lubuk rasa saya sebagai seorang isteri dan ibu. Ada seorang wanita membawa anaknya berusia 4 bulan. Di saat anaknya dibawa masuk ke dalam bilik saya, yang pertama tertancap di cuping telinga saya adalah bunyi nafas bayi tersebut ( wheezing ) yang kalau tak dengar bunyi paru paru pun dah tahu tahap teruknya paru paru bayi tersebut.

Bayi itu merengek, menangis dan dadanya berombak laju. Sejurus memberi salam dan bertanya soalan2 wajib, ibu bayi tersebut kata,

“Doktor, saya sebenarnya dalam dilema. Selalu pun bergaduh dengan suami saya. Sebenarnya anak saya ni dah dua kali ke hospital. Ujian darah dan xray sudah dibuat tapi suami saya takmau kami ditahan.

Dia tak bagi anak saya ambil antibiotik yang doktor pakar bagi. Dia kata dia baca di Facebook ada orang kata bahaya bagi antibiotik kerana itu ubat yahudi. Suami saya perokok tegar doktor.

Balik rumah, dia buang semua antibiotik tu, cuma bagi ubat batuk dan suruh saya bagi madu sahaja”.

DOKTOR BERANG BILA TENGOK CCTV KLINIK

Merah merona wajah saya!

Sungguh, saya rasa marah sungguh dengan suami wanita ini. Dan bertambah marahnya saya bila saya lihat di cctv, suaminya sedang elok merokok di luar pintu masuk klinik!😡

Tahu tak ramai isteri dan anak anak yang menderita masalah paru paru akibat dari tindakan bapa yang ketagih rokok?

Ya, memang anda tidak merokok di hadapan mereka, tapi bau dan kesan asap rokok itu bukan sahaja melekat di baju dan seluar anda tapi di tubuh badan anda. Elok merokok, anda datang kepada anak dan peluk cium anak anda.

Yang lebih dahsyat adalah bawa anak, ada yang bawa bayi lepak di kedai makan sambil di kelilingi dengan kawan kawan yang merokok juga.

Asap berkepul dan anak anda menyedutnya. Siapa yang menderita? Kalau anda sahaja tak apa, tapi tak kasihankah pada anak/bayi anda? Kalau tak sayang diri sendiri tak apa, jangan membawa bahana kepada keluarga darah daging anda.

Makin ramai bayi dan kanak kanak yang punya masalah paru paru. Bila doktor pakar bagi antibiotik, maka wajib habiskan. Ianya untuk kesihatan anak anda.

FATWA KEBANGSAAN MENGENAI ROKOK

Antibiotik angkara yahudi? Rokok itu angkara siapa?

E-Fatwa : Kenyataan Media Mengenai ROKOK

Fatwa telah mengatakan rokok itu haram, kenapa masih menyedut? Ada fatwa kata antibiotik itu haram? Jangan kita terlebih pandai dari ahli agama. Dan jangan kita guna kuasa suami untuk memaksa isteri membuat sesuatu yang betul.

Isteri untuk dicintai

Anak untuk dikasihi

Dan keduanya adalah amanah dan tanggungjawab anda sebagai seorang suami.

Nota kaki : dari membazir beli rokok, baik bawak anak isteri buat aktiviti yang seronok.

Dr. Erna Nadia

Firman Allah SWT:
‎وَلَا تُلْقُوا بِأَيْدِيكُمْ إِلَى التَّهْلُكَةِ

Maksudnya: “Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil)” (Surah al-Baqarah 2: 195)

Sumber : Erna Nadia

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Mak MARAH Saya Bila Bagi RM10 Dari RM15 Duit Gaji Hari Saya. Rupanya Ada “SESUATU” Yang Disembunyikan…

Wanita Bekerja WAJIB Baca. Kisah Ibu “PEMALAS” Yang Buat Ramai TERKEDU