in

Saintis Nak Cari Kapal Lama. Tapi Mereka Temui “SESUATU” Di Dasar Laut Baltik Yang Amat MENGEJUTKAN

Tak Sangka. Memang Penemuan Di Luar Jangkaan.

Saintis Nak Cari Kapal Lama. Tapi Mereka Temui “SESUATU” Di Dasar Laut Baltik Yang Amat MENGEJUTKAN | Khalifah Mail Online – Sekumpulan saintis ingin mencari kapal lama, tapi bila menyelam je ingatkan kapal yang dijumpai tetapi adalah “sesuatu” yang pelik. Jom baca lanjutan beritanya dan tengok gambar-gambar di bawah ini.

MISTERI DI DASAR LAUT BALTIK

Semenjak penemuannya oleh pakar pengkaji laut pada tahun 2012, objek besar dengan saiz kelebaran 200 kaki yang ditemui 300 kaki di bawah Laut Baltik ini benar-benar mengejutkan kerana rupanya yang mirip kapal makhluk asing.

Walaupun jawapan sebenar kepada misteri penemuan ini belum terungkai sepenuhnya, para pengkaji kini percaya bahawa mereka semakin hampir dalam mencari kebenaran di sebalik misteri tersebut.

OBJEK SEPERTI UFO DALAM STAR WARS

Ada pendapat yang menyatakan bahawa objek misteri tersebut kelihatan mirip seperti kapal lagenda di dalam filem Star Wars iaitu Millennium Falcon sekali gus membuatkan mereka menganggap objek tersebut sebagai kapal makhluk asing atau UFO!

Pengkaji Sweden, Peter Lindberg bersama-sama dengan pasukan penyelamnya telah berjaya menemui objek aneh tersebut sewaktu menyelam ke dasar laut bagi misi pencarian kapal karam lama.

Akan tetapi, dia dan pasukannya telah menemui sesuatu yang sangat janggal dan pelik.

Menurut Denis Asberg, lelaki yang sama-sama menemui objek misteri tersebut, “Di kawasan tersebut terdapat satu gunung setinggi 20 hingga 25 meter dengan jurang yang dalam di tengah-tengah. Di bawahnya terdapat banyak batuan-batuan kecil”.

“Terdapat dua kesan jejak dan salah satunya membawa kepada objek bulat yang besar ini. Kami sangat terkejut dan keliru dengan apa yang baru kami temui. Ini pastinya bukan kapal yang karam. Kami hanya sangkakan ini mungkin kesan daripada alam semulajadi”.

SAINTIS GEOLOGI SANGKAL IANYA SEMULAJADI

“Kami menghubungi ahli geologi, ahli biologi marin dan mereka menyatakan mereka tidak pernah melihat sesuatu seperti itu”.

Lebih mengejutkan, kira-kira pada jarak 200 meter daripada objek pertama ditemui, terdapat sebuah lagi objek misteri yang mempunyai struktur seperti tangga.

Spekulasi menyatakan objek tersebut mungkin alat yang pernah digunakan sewaktu Perang Dunia Kedua, senjata peperangan atau mungkin piring terbang (UFO).

BAHAN ASASNYA ADALAH BESI

Walaupun pada pandangan mata kasar ianya kelihatan seperti sebuah batu yang besar, para saintis menyatakan objek tersebut diperbuat daripada bahan besi. Malah, segala peralatan menyelam elektrik dikatakan terpadam sebaik sahaja mereka mendekati objek misteri ini.

“Apa-apa barangan elektrik dan juga telefon bimbit tidak akan berfungsi apabila kami berada dekat pada objek tersebut. Apabila kami menjauhkan diri lebih kurang 200 meter, ianya berfungsi semula”.

Linderg dan beberapa ahli pengkaji lain telah melakukan siasatan lanjut selama bertahun-tahun dengan meneliti dasar Laut Bothnia di antara Sweden dan juga Finland.

MISTERI DI DASAR LAUT BALTIK

Hasil penyelidikan berjaya menemukan kesan seretan di belakang objek tersebut sekali gus membuatkan mereka percaya bahawa objek tersebut bukan wujud atas dasar pembentukan semulajadi.

“Keganjilan bentuknya selain daripada teori yang berlainan daripada para saintis membuatkan kami sukar untuk mengenalpasti apakah sebenarnya objek ini. Walau apapun, yang pastinya, ia adalah sesuatu yang jarang ditemui di dasar Laut Baltik”.

Volker Bruchert, seorang profesor geologi di Universiti Stockholm menyatakan, “Hipotesis saya adalah objek dan struktur ini dibentuk ketika Zaman Ais kira-kira 140,000 tahun yang lalu”.

VIDEO OBJEK MISTERI DI DASAR LAUT BALTIK

Sumber : Era Baru

Loading...

Comments

One Ping

  1. Pingback:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

As-Syahid Syeikh Ahmad Yasin, “Zionis Akan MUSNAH Menjelang Tahun 2027”

Kesemua Anak Kapal Dan Penumpang Tiba2 TAK SEDAR DIRI. Apa Jadi Selepas 2 Jam Amat MENAKUTKAN