in

2 Minggu Demam, Nadi Laju. Jumpa Doktor Je Pemuda TERKEJUT Bila Diberitahu Ada “SESUATU” Di Paru-Paru….

Lagi Akibat Dan Kesan Daripada Merokok.

2 Minggu Demam, Nadi Laju. Jumpa Doktor Je Pemuda TERKEJUT Bila Diberitahu Ada “SESUATU” Di Paru-Paru…. | Khalifah Mail Online – Seorang pegawai perubatan berkongsi satu kes kecemasan yang berlaku di sebuah hospital. Mari lah sama-sama kita renung dan ambil iktibar terhadap kesan merokok kepada diri kita dan orang di sekeliling.

‘ALI’ RASA SEPERTI NAK DEMAM

Lelaki ini berusia 24 tahun. Belum berkahwin. Bekerja sebagai pekerja am di sebuah kedai serbaneka.

Kita namakan dia sebagai “Ali”. Sudah tentu bukan nama sebenar. Ali seorang yang rajin bekerja. Tinggal bersama ibunya dan adik perempuan, manakala ayahnya sudah meninggal dunia ketika Ali darjah enam.

Suatu tengahari, Ali mengangkat barang dari lori ke stor tempat dia bekerja. Bersama Ali, adalah dua orang rakan sekerjanya. Mereka bekerja di bawah terik matahari. Seusai barang dialihkan, mereka bertiga pun lepak dibawah pohon yang rendang berhampiran. Pemetik api dikongsi, tatkala masing-masing menghembuskan asap rokok berkepul-kepul.

Pulang ke rumah petang itu, Ali rasa badannya hangat. Seperti nak demam. “Ah, mungkin sebab tengahari tadi aku berjemur panas agaknya”, getus hati Ali.

Keesokan harinya, Ali demam suam-suam kuku. Mula batuk juga. Tapi Ali bekerja seperti biasa. Hampir dua minggu demam Ali tidak kebah-kebah. Selera makannya mula berkurang, dan beliau kelihatan letih dan tercungap-cungap. Batuknya semakin kuat dan kerap sehingga Ali kekurangan tidur di waktu malam.

“Engkau ni Ali, dah macam pesakit asthma dah mak tengok! Jom ikut mak pergi hospital petang ini!” Emak Ali mula bertegas setelah dua hari Ali tidak bekerja kerana keadannya itu.

Sebaik sahaja tiba di Jabatan Kecemasan, Ali segera disorong ke ruangan asthma. Sangka MA bertugas, Ali mengalami serangan asthma.

“Tapi dia tak pernah ada asthma sebelum ini!” Ujar ibu Ali.

Ali terlalu tercungap-cungap untuk bercakap pun. Doktor segera datang, dan MA mengambil tanda vital sign Ali. Tekanan darah Ali, rendah. 100/70. Nadinya pula laju, 120 sedangkan Ali tidaklah demam mana. Suhu badannya 37.5 cuma. Namun berpeluh. Basah katil stretcher tempat Ali dibaringkan.

Kandungan oksigen didalam badannya (SPO2) nya rendah. Cuma 75%. Ali segera dibekalkan oksigen melalui facemask. Beliau disandarkan menegak. Saluran intravena dipasangkan dan cecair normal saline (NS) disalurkan masuk.

Juruxray berserta mesin Xray mudah alih (portable xray) dipanggil. Keputusan xray dilampirkan didalam gambar. Gambar yang saya lampirkan ini gambar dari carian Google.

“SESUATU” DI PARU-PARU ALI

Hasil keputusan xray menunjukkan paru-paru kiri Ali, dipenuhi cecair. Doktor segera membuat keputusan untuk “menebuk” paru-paru Ali. Prosedur tersebut adalah thoracocentesis, iaitu cecair di ruangan pleura yang menyelimuti paru-paru Ali, perlu dikeluarkan.

Cecair ini sedang menekan paru-paru Ali, menyebabkan ianya tidak dapat kembang sepenuhnya. Ali kini seperti orang kelemasan. Apabila jarum ditusuk ke rongga pleura Ali, cecair berwarna keputihan kekuningan keluar. Bagaikan…teh tarik. Namun lagi pekat. Nanah. Ya, nanah.


Gambar yang saya lampirkan adalah gambar SEBENAR nanah yang dikeluarkan dari “Ali”.

Hampir 200ml cecair dikeluarkan namun tiada tanda-tanda ia akan habis. Doktor memutuskan untuk menukar prosedur thoracocentesis dan memasukkan chest tube. Sebuah tiub berdiameter hampir sebesar jari telunjuk, dimasukkan ke dalam rongga pleura Ali. Tiub ini akan dipasang ke sebuah bekas vakum, yang akan terus terusan menyedut nanah dari ruang pleura paru-paru Ali.

Hampir satu liter nanah dikeluarkan. Ali semakin stabil. Bacaan oksigennya sudah meningkat ke 98% dengan bantuan wayar oksigen (nasal prong). Ali juga sudah tidak sesak nafas dan tidak lagi tercungap-cungap. Ali dimasukkan ke wad untuk pemantauan.

Chest tube tersebut akan dikekalkan sekurang-kurangnya tiga hari, setidaknya sehingga habis nanah dikeluarkan. Ali pula, perlu berada di wad untuk diberikan antibiotik kuat, Ceftriaxone, melalui saluran intravena untuk tempoh sekurang-kurangnya empat minggu.

Bermaksud, empat minggu Ali perlu berada di wad. Rujuk gambar rawatan antibiotik yang dipetik dari National Antibiotic Guideline Malaysia. Beliau perlu menjalani latihan physioterapi yang intensif bagi memastikan paru-paru beliau kembali kembang dan berfungsi seperti sediakala. Jika tidak, beliau bagaikan manusia yang hidup dengan sebelah paru-paru sahaja. Berjalan 100 meter, sudah tercungap kebiruan.

EMPYEMA THORACIC

Penyakit yang Ali hadapi ini, namanya Lung Empyema. Atau Empyema Thoracis. Ia berlaku kerana jangkitan kuman pada paru-paru. Orang sihat, kebiasannya mampu “mengalahkan” kuman ini dengan mudah. Namun bagi orang tertentu, mempunyai sistem imun yang lemah, jangkitan kuman yang biasa mudah sahaja merebak pantas, akhirnya membentuk koloni kuman yang besar seperti empyema. Ali tidak pernah dijangkiti Batuk Kering (TB). Beliau juga tiada penyakit kronik seperti Kencing Manis, Darah Tinggi, atau jangkitan HIV

Beliau cuma seorang pemuda berusia 24 tahun yang sihat tubuh badan, bekerja buruh dan hidup bersama keluarganya.

Oh ya, beliau cuma merokok. Sekotak tiga hari. Sejak umur 17. Itu sahaja. Merokok, menyebabkan sistem imun badan terutamanya di kawasan paru-paru, lemah. Kerana itulah perokok, lebih berisiko mendapat empyema berbanding orang lain.

Tanyalah mana-mana doktor, pasti pernah menjumpai dan merawat pesakit seperti Ali. Pesakit seperti Ali, muncul sekurangnya sekali dalam dua bulan. Di hospital besar khasnya, mesti ada at least seorang pesakit empyema at all time.

Ini kerana pesakit seperti Ali ini, perlu duduk lama di hospital. Empat minggu. Penyakit empyema, menyerang pesakit majoritinya lelaki berusia 20 hingga 40 tahun. Most productive age, kita kata. Kesian kan, muda-muda sudah kena tahan wad sebulan. Kerja entah ke mana. Anak bini adik emak entah siapa yang sara.

EMPYEMA THORACIC PENYAKIT YANG BOLEH BERULANG

Majoriti kes empyema ini, akan berulang. Puncanya adalah kerana risk factor masih ada. Iaitu pesakit masih merokok, tak serik-serik. Recurrent empyema, akhirnya akan menjadi chronic lung disease. Umur 50 dah perlu bantuan oksigen sepenuh masa. Rawatan untuk empyema ini agak sukar. 15 ke 50 peratus pesakit empyema, gagal dirawat dan meninggal dunia. Atas pelbagai faktor.

Ali? Tiga hari didalam wad, demam Ali masih tidak mahu kebah. Ali masih batuk- batuk kuat walaupun penatnya berkurangan. Pada pagi hari ketiga, Ali batuk kuat. Macam nak tersembur paru-paru dari mulutnya.

Tiba-tiba, tersembur darah bercampur kahak yang banyak. Ya, secara literal, Ali mengamburkan paru-parunya dengan batuk. Ali mengalami komplikasi yang dinamakan bronchopleural fistula. Jangkitan yang ada, memamah isi paru-paru Ali sehingga ke bronkus (saluran pernafasan).

Dalam masa beberapa minit, Ali pengsan. Pucat. Doktor berhempas pulas cuba menyelamatkan. Masuk tiub pernafasan. Tekan dada. CPR. Beberapa jam. Ali disahkan meninggal dunia. Pulmonary hemorrhage. Pendarahan dari salur darah arteri pulmonari yang cedera ketika Ali batuk kuat tersebut.
Lagi kita nak benarkan rokok dijual dengan lebih mudah didapati?

Dr. Mohd Syamirulah Rahim
Medical Mythbusters Malaysia (M3)
Untuk pembaca yang berminat membaca lebih lanjut : PMC

Sumber : Mohd Syamirullah

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Tengah Basuh Pinggan Di Dapur Tiba2 Bapa Mertua Datang. Tindakannya Buat Ramai MARAH

Selalu Kerja Offshore. Satu Hari KANTOI Perbuatan Adik Aku Kat Isteri. Tak Sangka Dia Rupa2nya….