in

Pelajar HILANG Ketika Mandi Di Jeram. Bila Laung Azan Muncul “SESUATU” Yg Buat Semua CUAK

Pelajar HILANG Ketika Mandi Di Jeram. Bila Laung Azan Muncul “SESUATU” Yg Buat Semua CUAK | Khalifah Mail Online – Air terjun di Jeram Penitih Terengganu memang cantik. Tempatnya pun sangat jauh di pedalaman. Tetapi ianya menjadi tempat ngeri bagi sekumpulan pelajar yang mandi manda di situ. Ikuti kisahnya.

Syok Baru Abis Percubaan SPM

Kegembiraan sekumpulan pelajar untuk meraikan kejayaan selepas tamat menduduki peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bertukar tragedi apabila salah seorang daripada mereka mati lemas.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, mangsa, Ahmad Amirul Ahmad Rahimi, 17, bersama 10 rakan sekelasnya pergi ke kawasan air terjun Jeram Penitih, Seri Bandi untuk berkelah, petang kelmarin.

Rakan mangsa, Muhammad Khairul Nizam Idayanto, 17, berkata, mereka mandi beramai-ramai selepas melakukan persiapan untuk memanggang ayam.

Mangsa Mula Berperangai Pelik

“Lepas buat terjunan pertama dan naik semula, saya nampak Amirul pergi kawasan berbatu yang agak jauh dari kami. Saya nampak dia termenung. Masa tu nampak dia pelik.

“Lepas itu, dua dari kami nampak dia terjun dalam air. Tapi lepas tiga minit, dia tak timbul-timbul, kami pun carinya. Kami cari biasa-biasa sebab tak syak benda buruk berlaku. Saya ingat dia menyelam dan tahan nafas. Tapi lepas lima minit cari tak jumpa, kami risau dan sepakat laungkan azan,” katanya.

Kejutan Selepas Laung Azan

Seorang lagi, Amiruddin Mohamad, 17, berkata, selepas melaungkan azan, kami ternampak “sesuatu”. Hati dah mula tak sedap dan cuak. Mereka ternampak bayang-bayang seluar mangsa lalu dia berenang mendekati sebelum kakinya tersentuh objek macam kaki orang.

“Jadi saya selam dalam air dan tarik kaki arwah. Masa angkat badannya, muka arwah dah biru,” katanya.

Menurutnya, ketika menjumpai mayat mangsa, arwah berada di bawah bongkah batu di dasar jeram itu.

“Kedudukan kepalanya berada di bawah batu dan kakinya ke atas.

“Saya dan kawan-kawan angkatnya ke darat dan kami bagi bantuan kecemasan. Tapi mangsa dah pun pucat dan tak beri apa-apa tindak balas,” katanya.

Ekoran buntu dengan keadaan Ahmad Amirul yang ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri, Muhammad

Khairul Nizam berkata, dia mengarahkan dua rakannya keluar dari jeram itu untuk meminta bantuan manakala dia dan beberapa lagi rakannya berusaha mengusung mangsa ke tempat mereka meletakkan motosikal.

Mangsa Sudah Tidak Bernyawa

“Bila berjaya bawa mangsa ke jalan besar, mangsa dibawa ke Klinik Kesihatan Seri Bandi,” katanya.

Air Terjun Jeram Penitih berkenaan terletak kira-kira 15 kilometer dari jalan utama kawasan itu dan untuk tiba ke jeram itu kesemua pelajar berkenaan menunggang motosikal serta perlu melalui jalan ladang kelapa sawit.

Pun begitu, mangsa yang juga anak sulung daripada empat beradik disahkan sudah meninggal dunia sebaik tiba di klinik sebelum mayatnya dibawa ke Hospital Kemaman untuk bedah siasat dan urusan pengebumian.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kemaman, Deputi Superintendan Baharudin Abdullah yang mengesahkan kejadian itu berkata, hasil bedah siasat mengesahkan punca kematian disebabkan lemas dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Sumber : Sinar Harian

Loading...

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Ustaz Dedah Rahsia DOA MUSTAJAB Yang Buat Anak Rajin Solat TANPA DISURUH

Digoda Budak 12 Tahun. Tindakan Balas Atok Ni Buat Ramai TERPANA