in

Ada Makcik Minta Tolong Isi Borang Di Bank. Lepas Dah Isi Tiba2 Makcik Tu PATAH BALIK Dan….

Sebuah Kisah Berkat Amalkan Istighfar Dalam Hidup

Ada Makcik Minta Tolong Isi Borang Di Bank. Lepas Dah Isi Tiba2 Makcik Tu PATAH BALIK Dan…. | Khalifah Mail Online – Sebelum kami paparkan apa yang sebenarnya terjadi di bank tu elok lah kita tahu bahawa amalan istighfar boleh menyelesaikan 1001 masalah kita dalam dunia insyaAllah. Allah suka akan hamba yang selalu bertaubat dan merasa kesal dengan dosa-dosanya. Ikuti kisah seorang wanita yang alami keajaiban selepas mengamalkan istighfar.

Bismillahirahmanirahim dan assalamualaikum, tujuan saya menulis ini untuk berkongsi bertapa nikmatnya “istighfar”. Semoga dengan kisah yang saya ceritakan nanti akan membuatkan saya, awak dan mereka berasa teruja untuk sentiasa beristighfar. Nama saya Umie (bukan nama sebenar), dan sudah bekerja.

Ok berbalik kepada cerita, pagi-pagi di tempat kerja saya suka buka youtube dan pasang bacaan ayat seribu dinar. Yea la kan, ayat seribu dinar ni ayat pembuka rezeki. Buka bacaan ayat seribu dinar dan mulut lantunkan kalamullah itu dengan harapan semoga hari saya dilimpahkan rezeki olehNya.

Satu hari, selepas pasang ayat seribu dinar, youtube auto play terus keluar ceramah keajaiban istighfar dan menambah rezeki oleh ustaz Halim Hassan. Dalam ceramah tersebut ustaz ada sebut Allah sangat suka akan orang yang beristighfar dan bertaubat. Sukanya Allah kpd hambaNya yang beristighfar sampaikan di akhirat kelak Allah akan ampunkan dosa mereka dan di dunia Allah luaskan rezeki mereka. Allah ada cerita tentang kelebihan istighfar dan taubat dalam surah Nuh ayat ke 10-12:

“Sehingga aku berkata (kepada mereka): Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun.” (ayat 10)

“Sekiranya kamu berbuat demikian, Ia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah kepada kamu” (ayat 11)

“Dan Ia akan memberi kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak, dan ia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai yang mengalir didalamnya” (ayat 12)

Dalam ceramah tersebut, ustaz juga ada terangkan yang Iman Ibnu Katsir pernah berkata sekiranya manusia menjadikan istighfar dan taubat itu sebagai amalan hidup mereka, maka mereka akan mendapati dari pihak Allah, Allah akan menjaga urusan kehidupan mereka. Allah taala akan mudahkan segala urusan hidupnya serta Allah pelihara urusan yang sedang mereka lalui. Di ceritakan sesiapa yang dalam kemiskinan, negeri kemarau, tiada anak yang datang menemui Hassan Al Basri, beliau sentiasa menyuruh supaya mereka beristighfar seperti mana janji Allah dalam surah Nuh.

Yea, saya rasai sendiri nikmatnya apabila kita beristighfar. Bila mulut suka lantunkan “astaghfirullahalazim”, hati terasa tenang. Walaupun kadang-kadang ada masalah, namun alhamdulillah, Allah permudahkan semuanya. Rezeki dari Dia sentiasa ada. Bila keluar makan, ada je yang nak belanja. Hari jumaat lepas, saya buka facebook dan tengok nama saya ada dalam senarai untuk terima duit biasiswa bagi tahun 2015 yang sebelum ni tergendala. Alhamdulillah, rezeki sentiasa melimpah.

Hari ini, pagi-pagi lagi dah ada seorang makcik datang minta tolong isikan borang untuk pengeluaran duit di bank sebelah. Hanya isi nama, jumlah wang dan no ic jea. Tiba-tiba dia datang balik dan hulur kan duit untuk saya. Makcik beria-ria hulurkan duit tersebut walaupun saya menolak. Masa tu juga, ada seorang makcik datang hulurkan makanan, dia cakap nak bagi makanan kat saya. Alhamdulillah rezeki sentiasa ada. Rezeki sentiasa datang dalam keadaan yang tidak dijangka-jangka.

Sesungguhnya istighfar itu menghapuskan dosa dan dipermudahkan rezeki. Jom kita sama-sama beristighfar dan semoga
Allah ampunkan dosa kita semua. Saya doakan semoga Allah ampunkan dosa, permurahkan rezeki dan permudahkan segala urusan awak, mereka dan saya sendiri ameen..

Sumber Umie via IIUM

Loading...

Comments

One Ping

  1. Pingback:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Ini KATA Jenazah Yang Sedang DIMANDIKAN Seperti Disebut Oleh Nabi SAW. Apa Yang Dicakapkan Buat Ramai TERPANA

Pegawai Pemantau Dedah TIGA Perangai PELIK Jemaah Haji Indonesia Ketika Di Mekah