in

Inilah 5 MITOS POPULAR Tentang Tentera Malaysia Yang Pernah Kita Dengar. No #1 Paling WOW

Adakah Ianya Fakta Atau Auta ?

Inilah 5 MITOS POPULAR Tentang Tentera Malaysia Yang Pernah Kita Dengar. No #1 Paling WOW | Khalifah Mail Online – Dulu kecil-kecil bukan setakat orang dewasa je, kanak-kanak pun ikut juga gosip tentang kehebatan dan misteri ketenteraan di Malaysia.

Terkini sebuah page FB Malaysia Military Power (MMP) ada berkongsi tentang 5 mitos paling popular tentang tentera Malaysia. Mana satu yang pernah korang dengar dan mana satu perkara baru. Sempoi.

Cerita2 ni dulu dulu banyak tersebar di kalangan peminat military.. Zaman zaman shahpaskal dulu.. Masa dulu selalu la kat kodai kopi cerita2 macam ni. Rule nya simple je.. Dengar boleh percaya ikut suka hang. Oleh itu MMP senaraikan 5 mitos paling misteri tentang fasiliti tentera Malaysia. Jeng jeng jeng…

5. PUKL Merupakan Airbase Bawah Tanah

Kisahnya PUKL ni kononnya mewarisi fasiliti bawah tanah tinggalan British. TUDM kemudiannya di katakan upgrade fasiliti ini sebagai pusat pertahanan udara.

Kononnya nak masuk pun kena lalu pintu besi. Walaupun begitu belum ada sesapa berani lagi konfemkan hal ni apetah lagi nak tunjuk tunjuk gambar. Maka ia kekal sebagai misteri sehingga sekarang kepada orang awam.

4. Landasan Kapal Terbang Dalam Bukit Ibam

Satu lagi kisah myth ialah tentang Bukit Ibam. Kononnya ini juga satu lagi peninggalan British iaitu sebuah landasan yang masuk terus ke dalam bukit.

Kononnya malam2 penduduk dengar pesawat terbang dari Bukit Ibam sedangkan kita tau Bukit Ibam ni takde landasan. Tapi memang macam citer james bond dah benda ni jet bleh terbang masuk bukit.

3. Harden Air Shelter PU Gong Kedak Mampu Tahan Serangan Nuklear

Apabila suatu masa dulu Malaysia beli pesawat Sukhoi .. Maka gomen juga turut membina pangkalan udara khusus untuk sukhoi ni. Dan satu kontraktor dari Australia di panggil untuk bina sarang sukhoi dengan Harden Air Shelter (HAS).

HAS ni di bina dari konkrit dan sangat kukuh. Kononnya HAS ni di bina sangat kukuh sehinggakan jika Malaysia di hentam ICBM .. Pesawat Sukhoi kita akan kekal selamat. Gambar2 PU GK ni amat sensitip sebab tu lah MMP letak gambo HAS lain buat ganti.

2. Bunker Persediaan Peluru Roket Gemas

Apabila kita membeli Astros MLRS suatu masa dulu sebuah fasiliti khas telah di bina. Fasiliti ni boleh di lihat dalam google earth jika rajin. Fungsi sebenar fasiliti ini merupakan misteri yang tak terungkap sehingga sekarang.

Kerana jumlahnya terlalu banyak jika hanya nak simpan roket astros. Maka timbul lah cerita kononnya fasiliti tu simpan senjata misteri yang semua tak tau. Ini hanyalah lagenda andaian kodai kopi sahaja, tiada siapa pernah cerita atau tulis apa kah sebenarnya yang di simpan di sana

1. Command Centre Bawah Tanah Putrajaya

Kononnya dulu masa ex PM kita bina Putrajaya. Beliau turut bina sebuah command centre di lokasi rahsia di bawah Putrajaya. Semasa perang kononnya menteri2 dan kabinet akan berlindung di bawah tanah untuk pastikan kerajaan tetap kekal walaupun di serang.

Fasiliti ini di hubungkan dengan keretapi bawah tanah yang bersimpang siur bawah Putrajaya. Kisahni ada lojiknya la walaupun macam cerita Hollywood jawa bunyinya. Tapi belum ada sesapa lagi yang kerja kat putrajaya tu berani konfemkan.

Sekian 5 myth tentang fasiliti ketenteraan Malaysia yang kita pernah dengar. Fakta atau auta? INGAT YE.. BACA BULEH.. PERCAYA IKUT SUKA HANG. Hahaha. SUMBER: FB Malaysia Military Power


Loading...

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Inilah PERBUALAN Penghuni Syurga Dan Neraka Yang Buat Ramai MENITIS AIR MATA

“Makwe Saya Hanya Seorang”. Kawan Dedah Gurauan TERAKHIR Sebelum Maut Dibakar