in

Tangkap Jamal. Tukang Gunting Dedah KISAH SEBENAR Buat Ramai WOW

Hebat Jamal Ni Berlakon. Tukang Gunting Pun Tak Perasan Dia Tu WANTED.

Tangkap Jamal. Tukang Gunting Dedah KISAH SEBENAR Buat Ramai WOW | Selepas buat risikan selama sebulan, akhirnya polis Indonesia berjaya tangkap Jamal. Ketika di tempat kejadian, wartawan diberitahu kisah sebenar yang terjadi yang buat ramai wow. Tak sangka.

TIDAK TAHU YANG JAMAL TU SEBENARNYA ORANG DIKEHENDAKI

Tukang gunting di Alexandro Barber, Jakarta, Indonesia terkejut apabila dimaklumkan bahawa lelaki yang selesai menggunting rambut di situ adalah Datuk Seri Jamal Yunos, orang buruan polis yang dikehendaki pihak berkuasa Malaysia.

Tukang gunting yang ingin dikenali sebagai Yudi, ketika dihubungi malam tadi, berkata dia tidak mengesyaki lelaki itu dikehendaki berikutan ketika menggunting rambut, Jamal bersikap bersahaja dan tidak menunjukkan sebarang kerisauan.

“Ketika dia (Jamal) masuk, saya tahu dia orang dari Malaysia berdasarkan tutur katanya yang mahu menggunting rambut, tetapi tidak tahu pula dia dikehendaki polis.

“Saya cuma tahu dia dikehendaki polis apabila sekumpulan lelaki berpakaian biasa menahannya di hadapan kedai sejurus selesai menggunting rambut,” katanya.

Pada jam 6.15 petang semalam, Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar itu ditahan Polis Negara Republik Indonesia (POLRI).

Penangkapan Jamal disahkan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu kenyataan semalam dan memaklumkan bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah dihubungi bagi menyelaras urusan membawa pulang Pengerusi Gerakan Baju Merah itu.

Menurut sumber, Jamal ditahan selepas POLRI membuat pengawasan dan pemantauan pergerakan pemimpin UMNO itu lebih sebulan.

Jamal ditahan selepas selesai menggunting rambut di sebuah kedai gunting rambut di Jakarta.

Sebelum ini, Jamal, 48, yang sedang menjalani rawatan sakit belakang dilaporkan menghilangkan diri dari Hospital Pakar Ampang Puteri dan kehilangannya disedari Penolong Pendaftar Mahkamah Shah Alam yang datang ke hospital itu pada jam 5.30 petang, 25 Mei lalu.

Beliau sebelum ini didakwa atas tuduhan melakukan mudarat awam dengan memecahkan sejumlah botol arak, tahun lalu.

Jamal bagaimanapun mendakwa berlaku salah faham berhubung proses ikat jaminnya yang dilakukan di hospital itu dan menyangka proses berkenaan sudah selesai sebelum beredar keluar untuk ke Tabung Haji bagi mengeluarkan wang.

Bagaimanapun, ketika diburu, Jamal pernah memuat naik video menyatakan masih berada dalam negara dan memaklumkan bahawa usaha kerajaan meminta kerjasama daripada pihak berkuasa negara luar termasuk polis antarabangsa (Interpol) adalah tindakan sia-sia.

Malah, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun memaklumkan bahawa waran tangkap dikeluarkan ke atas Jamal mengikut Seksyen 224 Kanun Keseksaan iaitu melarikan diri daripada tahanan yang sah. (Sumber: Berita Harian)

PEGUAM JAMAL TERUS KE INDONESIA

Peguam Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Mohd Imran Tamrin akan dijadualkan berlepas ke Jakarta, pagi ini bagi bertemu dengan anak guamnya, Datuk Seri Jamal Md Yunos yang ditahan pihak berkuasa negara itu petang semalam.

Beliau melalui mesej aplikasi WhatsApp berkata, Jamal yang sebelum ini menawarkan diri bertanding Ketua Pemuda UMNO dan tewas dalam pemilihan lalu, kini ditahan di Polda Metro Jaya, Jakarta.

“Saya telah berhubung dengan rakan peguam di Indonesia dan pada masa sama juga menghubungi Pegawai Kedutaan Malaysia.

“Segala perkembangan terkini akan dikemas kini dari semasa ke semasa,” katanya.

Semalam, NSTP melaporkan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan Jamal ditahan Polis Negara Republik Indonesia (POLRI) pada 6.15 petang, semalam.

Muhyiddin berkata, PDRM sudah dihubungi bagi menyelaras urusan membawa pulang Jamal ke Malaysia.

Jamal, 48, sebelum ini dilapor menghilangkan diri selepas didakwa di Hospital Pakar Ampang Puteri pada 25 Mei lalu dan kehilangannya disedari Penolong Pendaftar Mahkamah Shah Alam yang menguruskan proses ikat jamin beliau kira-kira jam 5.30 petang sama.

Jamal didakwa atas pertuduhan memecahkan botol arak menggunakan penukul besi di hadapan pintu pagar keluar Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di Shah Alam, Selangor, 5 Oktober tahun lalu.

Selain itu, beliau turut disiasat atas beberapa kes lagi termasuk di bawah Seksyen 34 Akta Senjata 1960. (Sumber: Berita Harian)

Loading...

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Isu Nikah 11 Tahun. Lepas Lama Diam Diri, Ini Komen Dr Maza Yang Ditunggu Ramai

Bola Sepak Thai Hilang. Penyelamat Dedah Ustaz Bantu Sampai Jumpa. SUBHANALLAH.