in

Isu Nikah 11 Tahun. Lepas Lama Diam Diri, Ini Komen Dr Maza Yang Ditunggu Ramai

Alhamdulillah. Ada Juga Wakil Agamawan Yang Bersuara.

Isu Nikah 11 Tahun. Lepas Lama Diam Diri, Ini Komen Dr Maza Yang Ditunggu Ramai | Ketika ramai aktivis persoal lelaki umur 41 tahun sanggup kahwini budak 11 tahun, golongan agamawan kelihatan senyap. Namun, lepas lama berdiam diri, akhirnya ini komen Dr Maza yang ditunggu ramai.

WALI TIDAK LAYAK MENIKAHKAN ANAK ATAS FAKTOR MISKIN

Wali yang menikahkan anak perempuan bawah umur atas faktor kemiskinan tidak layak digelar wali.

Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, ini kerana maksud sebenar wali adalah pelindung tetapi jika faktor kemiskinan menjadi alasan untuk mengahwinkan anaknya itu dia tidak layak untuk menjadi pelindung.

Bahkan menurut Mohd Asri, anak perempuannya itu boleh dianggap sebagai mangsa terhadap tindakan walinya itu.

Biarpun tiada paksaan dalam Islam untuk menikahkan anak perempuan, namun pelbagai dalil mensyaratkan kerelaan wanita dalam perkahwinan.

“Keadaan itu hendaklah dilihat dalam konteks sebenar pada tempat dan waktunya.

“Anak perempuan yang di bawah umur, yang tidak memahami realiti apa yang dipersetujui tidak boleh dianggap rela,” katanya melalui laman Facebooknya.

Lihat dalam konteks yang betul

Mengulas lanjut, Mohd Asri berkata, dalam konteks hari ini, umat Islam tidak harus menilai kepada satu mazhab sahaja kerana realiti dan cabaran kehidupan zaman ini berbeza berbanding dahulu.

“Sekali lagi ditegaskan, betapa perlu kita bersifat terbuka dalam menilai pandangan-pandangan agama sekalipun dari mazhab yang kita terbiasa dengannya. Islam itu hujah. Islam diutuskan untuk kebaikan manusia bukan untuk sebaliknya.

“Maka, segala nas, tafsiran nas dan pendapat dari apa aliran sekalipun, hendaklah dilihat dalam konteksnya yang betul. Jangan kita letakkan teks pada konteks yang salah.

“Kita tidak wajar terlalu terikat dengan sesuatu mazhab tetapi yang mesti kita lakukan berusaha memahami hujah-hajah para sarjana dari apa mazhab sekalipun selagi tidak menyanggahi al-Quran dan as-Sunnah,” katanya. (Sumber: Sinar Harian)

AYAH BUDAK – SAYA TAK BERHUTANG SAMPAI SANGGUP JUAL ANAK

Bapa kepada kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun yang berkahwin dengan lelaki 41 tahun, menafikan mereka terhutang budi sehingga menyerahkan anaknya untuk berkahwin di usia muda.

Warga Thailand, Madroseh Romadsa, 49, dari Kampung Nara, memberitahu, dia tidak pernah berhutang dengan menantu, Che Abdul Karim Che Hamid, sepanjang mengenalinya sejak 20 tahun lalu.

Katanya, tuduhan mengenai dia sekeluarga berhutang dan terhutang budi sehingga ‘menjual’ anak adalah tuduhan tidak berasas.

“Kenapa saya perlu menjual anak sekiranya berhutang? Lebih baik saya lari ke Thailand sekiranya betul saya mahu lari dari hutang.

“Saya terkilan bila ada tuduhan begitu kerana mereka berkahwin atas dasar suka sama suka. Tiada paksaan ataupun agenda lain,” katanya ketika ditemui di kediamannya, di Kampung Panggung Lalat, di sini, hari ini.

Tambah Madroseh, dia dan isteri, Ameenoh Hitae, 47, bersetuju dengan lamaran menantunya apabila Che Abdul Karim, menyatakan kesungguhan untuk menjadikan Masaryu (Ayu) sebagai isteri.

Sementara itu, Adun Galas, Mohd Syahbuddin Hashim berkata, kerajaan perlu meneliti dengan baik kes melibatkan pernikahan lelaki berusia 41 tahun dengan kanak-kanak itu.

Beliau berkata, ini kerana ia melibatkan kesahihan dari sudut agama dan perundangan negara.

“Kerajaan diharapkan dapat mengambil perhatian dalam kes ini kerana mungkin ramai lagi yang berada dalam situasi ini tanpa kita ketahui.

“Begitu juga dengan spekulasi tular dimana ia patut dihentikan kerana boleh mengundang pelbagai sisi negatif tanpa mengetahui kebenaran,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian selepas mengunjungi keluarga berkenaan di kediaman mereka di Kampung Panggung Lalat, tadi.

Tambahnya lagi, setelah mendapat maklumat terperinci daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), ia membuktikan tiada paksaan dalam pernikahan berkenaan.

“Hentikan segala spekulasi kerana ia boleh membawa kesan yang tidak baik di kalangan masyarakat,” katanya lagi. (Sumber: Sinar Harian)

Loading...

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Nikah 11 Tahun. Lepas Lama Berdiam Diri, Ini Kenyataan Balas Ayah Si Budak

Tangkap Jamal. Tukang Gunting Dedah KISAH SEBENAR Buat Ramai WOW