in

Ke Sungai Buloh. Ini Pesanan Rafizi Kepada Jamal Buat Ramai TERGELAK

Lucu Gak Rafizi Ni Sejak PH Jadi Kerajaan. Apa-apa Pun Layan Je La.

Ke Sungai Buloh. Ini Pesanan Rafizi Kepada Jamal Buat Ramai TERGELAK | Ikat jamin Jamal ditolak mahkamah dan dia terus ke Penjara Sg Buloh. Ekoran itu, ini pesanan terkini Rafizi buat Jamal buat ramai tergelak. Adoi tak sangka.

JANGAN TERKEJUT KALAU AIR TAKDE

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli menitipkan tiga pesanan buat Datuk Seri Jamal Md Yunos yang kini ditahan di Penjara Sungai Buloh.

Pesanan Rafizi yang dimuat naik di Twitter itu mendapat reaksi yang pelbagai dari netizen, terutamanya mengenai nasihatnya tentang reman.

Mahkamah pada petang Khamis tidak membenarkan permohonan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar itu untuk diikat jamin dan memerintahkan supaya dia ditahan di Penjara Sungai Buloh.

Jamal sebelum itu mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melarikan diri daripada jagaan pihak polis di sebuah hospital di sini, 25 Mei lalu.

Beliau mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Muhamad Firdaus Sadina Ali.

Di Twitter juga, netizen turut mengaitkan penahanan Jamal di penjara Sungai Buloh sebagai satu ‘karma’ buat dirinya. (Sumber: Astro Awani)

PADAH INTAI ISTERI JIRAN MANDI

Seorang tukang kebun sekolah ditahan selepas didapati berkelakuan mengaibkan, mengintai seorang wanita sedang mandi di sebuah rumah di Taman Melati, Tanjung Belanja, semalam.

Kejadian jam 6.30 pagi itu disedari sendiri wanita berusia 43 tahun terbabit yang terlihat kelibat suspek mengintai di sebalik tingkap bilik mandi.

Terkejut dengan keadaan itu, wanita berkenaan terus menjerit dan suaminya yang kebetulan berada di dapur nampak suspek tergesa-gesa membuka pintu belakang rumahnya.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Zainal Abdullah berkata, daripada laporan diterima, suspek berusia 31 tahun tinggal bersama keluarga mentuanya dan merupakan jiran mangsa sejak 19 tahun lalu.

Menurutnya, mangsa telah lama mengesyaki suspek menjalankan aktiviti mengintai, namun tidak mempunyai bukti sehingga tertangkap.

“Siasatan mendapati terdapat kesan umpil pada besi aluminium tingkap bilik mandi mangsa.

“Suspek ditahan pada hari sama sekitar jam 10.15 pagi di hadapan rumahnya,” katanya.

Beliau berkata, hasil ujian air kencing, suspek disahkan positif dadah jenis methamphetamine dan memiliki dua rekod jenayah lampau. (Sumber: Astro Awani)

Loading...

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Beku Akaun Bank Cucu Najib. Ini Jawapan Balas SPRM Yang Ditunggu Ramai

Kes Najib. Ini Luahan Terkini Anak Lelaki Bekas PM Buat Ramai Ahli UMNO Sayu